Assalamualaikum,
Selepas lebih setahun bertungkus lumus menyiapkan satu lagi projek di tempat kerja, akhirnya pada hujung bulan 5 yang lepas, projek sudah bertukar status kepada release. Maksudnya selesai sudah another project, dah boleh cuci tangan. Masa untuk celebrate.
Untuk this round, the team decided to go to Halab Restaurant for our product release celebration. It is a new restaurant, located along Chulia Street. Asalnya, bangunan tersebut adalah sebuah bungalow dan pernah dijadikan bar. Tetapi, selepas direnovate, that building was turned to a modern, extremely cosy eatery. Exterior of the building reminded me of Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre di Hongkong. Maybe because of the flat and tall exterior walls. You can check out the picture of that Islamic Centre from my earlier post below:
Bila aku melangkah masuk ke Halab, aku dah terpegun dengan interior designnya. Dengan syiling yang tinggi, exposed bricks, struktur asal rumah kayu yang diberi nafas baru, contemporary deco serta dim lightingnya, hati ni dah mula terpesona. Aku berpusing kiri dan kanan, akan ada jer sesuatu yang menarik perhatian. Pokok pun aku berkenan.
Apa yang aku makan?
Baba Ghanoush dan Hummus Beiruti - Out of these two appetizers, aku lebih suka Baba Ghanoush. Lebih banyak perisa. Flavour explosion.
Pita Bread - Aku makan roti ni berkuahkan Baba Ghanoush dan Hummus Beiruti. Cicah jer. Ada juga aku balut Shish Tawook dan Lamb Cubes/Kebab dengan Pita Bread tu. Satu benda yang aku notice ialah, they keep on topping up Pita Bread tu bila dah habis. Bagus, free flow. (RALAT: Pita Bread ni BUKAN free flow yer. Qty bergantung kepada berapa banyak appetizer yang diorder.). Teringat aku makan Pita Bread ni di Taiwan dulu. Makan di sebuah restoran Turki. Ingatkan dah tak akan jumpa Pita Bread ni bila balik ke Malaysia, tapi alhamdulillah, dapat juga jumpa di sini. Taste pun sama. Kat bawah ni link to my post on that Turkish Restaurant in Taiwan.
Shish Tawook - Ini sedap. Ketulan ayam yang dipanggang ni memang sungguh sedap. Kalau aku ke Halab lagi, this will be the first thing that I'll order. Sangat berperisa. Entah apa rempah ratus yang diguna untuk masak ayam ni. Ketulan ayam pun sangat lembut.
Lamb Cubes dan Lamb Kebab - Both are excellent. Both dishes have their own unique taste. Kalau ke Halab, aku recommend kedua-duanya sekali. Kat bawah ni gambar Lamb Kebab jer. Lamb Cubes lupa ler pulak nak snap.
Falafel - Least favorite when compared to the rest. Agak tawar. Aku cicah dengan Baba Ghanoush to add some flavor to it.
Freaka Lamb - Freaka Lamb ni part of the main course. Daging kambingnya sangat lembut. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Lamb Cubes atau Lamb Kebab tadi, aku lebih prefer Lamb Cubes dan Kebab. No pics though, sorry.
For full menu, boleh click link di bawah ni. Menu ada dengan gambar. Harga pun ada sekali. Senang nak prepare budget. Talking about prices, dishes aku rasa harganya berpatutan. Tapi harga minuman agak tinggi.
In summary, I like this place. Love the ambiance and definitely love the foods. Planning to take my family to Halab one of these days. Love this place so much that I start writing this post on the same day that I went to Halab. Tak pernah aku buat macam ni dulu. Buang tebiat agaknya.
Here are details on Halab Restaurant:
Alamat - No. 380, Jalan Chulia, 10200, Georgetown, Pulau Pinang.
Operating hours - 11am until 4am (dibuka 7 hari seminggu)
Website - https://halabrestaurant.com/
Phone - 04 - 251 9550
Parking - Available at the rear of the building. Access to parking is through a small lane beside the building.
Comments
Post a Comment