Menanam rumput mutiara - selepas 6 bulan

Assalamualaikum,

Ketika saya menulis post Menanam rumput mutiara (pearl grass) pada bulan Februari yang sudah, saya ada berjanji untuk updatekan status laman rumput mutiara sekangkang kera saya ni selepas 6 bulan. Sekarang ni dah lebih 6 bulan, 7 bulan to be exact. Jadi hari ni saya nak updatekan sikit status laman saya ni.
Alhamdulilah, sekarang laman ni still going strong. Rumput mutiara masih hijau. Tapi, pada hari raya yang lepas, laman teruk. Kami sekeluarga pada raya yg lepas, hampir satu minggu tak berada di rumah. Laman tak bersiram, panas pulak masa tu. Jadi rumput mutiara tu dah kekuningan. Certain area ada rumput yang mati. Saya pun call la Husni, contractor yg buat laman saya dulu tu. Contractor suggestkan letak baja dan tambahkan kekerapan menyiram. Jadi, semenjak hari tu, saya banyak gunakan masa selepas pulang dari bekerja untuk menyiram rumput mutiara. Baja pula saya letak dua minggu sekali. Proses pemulihan pun bermula.

Hasilnya dapat dilihat dalam gambar-gambar kat bawah ni. Rasanya gambar-gambar ni boleh bercerita dengan sendiri. Tak perlu la menulis panjang-panjang.

Bila laman hijau ni rasa sejuk mata memandang....










Itu saja untuk kali ni. Salam...

Kat bawah ni saya share lagi sekali link ke post saya yang pertama tentang menanam rumput mutiara ni.


Comments

  1. Cantik bro rumput

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa harga sekaki rumput + upah?

      Delete
    2. Salam Zaini. Saya tak pasti harga untuk rumput sahaja. Tapi untuk kawasan rumah saya tu yg berukuran 5 kaki x 15 kaki, total cost ialah RM300. Cost tu termasuk upah, tanah, racun, piping, rumput dsbnya.

      Delete
  2. Salam perkenalan Raziff Yahaya. Cantik laman rumah saudara. Klu x keberatan blh share no contact kontraktor tengag mencari kontraktor untuk taman mini jugak. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Noraza.
      Contractor tu namanya Husni dan contact nombornya ialah 012-4808457. Husni ni based di Pulau Pinang. Kalau berdekatan mungkin dia boleh support. Tapi telefon la dia dulu untuk dapat confirmation.
      Good luck on your taman mini!

      Delete
    2. Lahaaiii dekatnye... igtkn sekitar klang valley. ;))

      Delete
  3. rumah saya pun lama nye mcm ni, kt tepi ada longkang.. so bila tgk bro tutup longkang tu & cover semua dgn rumput.. ermm.. boleh tiru ni.. :) mula2 ingat nak tanam rumput Philippines tu, tp nampaknye rumput mutiara lagi cantik kot.. thanks for da good info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa senang hati bila dapat tolong bagi idea utk orang lain :)

      Delete
  4. salam bro, tq byk sgt info.nk tahu pearl grass ni kena potong brapa bulan sekali.mcm xkan panjang je rumput ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam shah, rumput mutiara ni still kena potong. Sekarang ni sebulan sekali potong. Kalau nak lebih sebulan potong pun tak mengapa sebab daunnya tumbuh mendatar, tak menegak...

      Delete
  5. Slm brother..cantikknya rumput

    Rumah sy mmg dpt cahaya matahari yg lama..tp nmpak pearl grass lg cantik ye.
    Philipine ke mutiara yg lg senang jaga? Yang kurang maintenance.
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...dari pengalaman saya, rumput carpet agak susah nak dijaga. Rumput mutiara ni agak senang. Lagi cantik dari rumput philippine sebab warna rumput mutiara lebih hijau pekat.

      Delete
    2. Salam tuan.. Umah area mna ni

      Delete
    3. kalau rumput mutiara ni senang tak rumput2 liar tu nak naik?

      Delete
    4. Yg saya nampak, memang ada rumput liar. Memandangkan laman saya tu kecil, tak susah sgt nak mencabut rumput-rumput liar tu....

      Delete
  6. salam.. cantiknya... rumput ni rata ja.. dimesin ka atau mmg rata cam tu... nak tya baja apa yg digunakan ..saya nak beli la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...gambar diambil selepas rumput dipotong. Tak guna mesin, guna gunting jer. Memang sifat rumput mutiara ni memanjang secara mendatar. Dia tak menegak sangat. Jadi rumput tu nampak rata.
      Saya guna baja organik. Boleh dibeli di mana-mana nursery. Harga pun tak mahal, dalam RM5 jer untuk satu packet....

      Delete
  7. Sy minat rumput ni...mmg cantik...senang pula ya dia hidup semula wlpun dah start kuning2?....tapi kat rumah sy byk kena panas..nampak gayanya kena pakai rumput philipine la...tapi rumput ni kalau dah tumbuh byk dia xkan rata mcm rumput mutiara...kena tekan2 utk ratakan semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayza...bila rumput saya tu dah start kekuningan saya start letak baja ngan kerapkan siram. Lepas tu dah balik ke normal. Kalau cukup makan (baja) dan minum (air) insyaallah ok. Tapi saya rasa between rumput philipine dgn rumput mutiara, saya prefer rumput mutiara sebab warnanya hijau pekat dan rata. Yg bestnya tak payah kerap potong sebab dia memanjang ke tepi, bukan ke atas. Tapi kalau kawasan kena banyak cahaya matahari, rumput philipine lebih sesuai. Saya cadangkan cuba juga tanam rumput mutiara di kawasan panas, mungkin dua tiga keping. Make sure rajin siram dan dibajakan. Experiment la kiranya ni....

      Delete
  8. salam..cantik..plan memang nak letak jugak rumput mutiara ni..sebab dia susah nak panjang..so tak payah kena potongkan..macam rumput2 lain..heheheh..nak tanya, rumput ni kucing suka berak tak?sebab setahu saya, rumput philiphines memang faveret kucing2 untuk melepaskan hajat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...soalan cepu mas! sejak tanam rumput mutiara ni sudah beberapa kali jugak dah di berak dek kucing. Jadi tandas kucing la pulak. Ada pulak sekor kucing jiran ni (jenis persian kut, bulu panjang gebu) suka melepak ngan tido di atas rumput tu. Jadi kesimpulan yg saya dapat, kucing suka rumput mutiara ni...

      Delete
  9. Assalam,

    sepanjang 6 bulan tu, byk x rumput liar tumbuh sama?

    T.Q

    ReplyDelete
  10. Assalam,

    Nak tanya, sepanjang tempoh 6 bulan tu..byk tak rumput liar tumbuh?

    T.Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shah...dlm tempoh 6 bulan memang ada rumput liar yg tumbuh. Tapi tak banyak. Sikit jer. Mungkin sebelum saya tanam rumput mutiara tu, saya ada sembur racun dulu. Mungkin sebab tu rumput liar tak banyak...

      Delete
  11. cantik.. tqvm 4 info..

    ReplyDelete
  12. Assalam tuan.......tumpang tyn..baja apa tuan guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....saya guna baja organic. Memang dijual di mana-mana nursery. Tak susah nak dapat.

      Delete
  13. rumput mutiara ni tahan lasak tak kalau anak2 main bola/beskal kat atas rumput ni? kontraktor husni ni kat mana kedai dia? saya duk area sungai dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hidayah. Sekarang ni basikal anak-anak memang "parking" kat atas rumput mutiara tu. Setakat ni rumput-rumput tu still bertahan. So setakat ni, rumput ni tak banyak kerenah. Kecuali bila musim kemarau sekarang ni kena la rajin siram, kalau tak dia start kering.
      Husni tu kalau nak ke sg dua tu sepatutnya tak ada masalah. Dia duduk dekat area seberang perai ni ja...jadi sg dua tu dia boleh cover.

      Delete
  14. salam. saya dah tanam rumput mutiara. tapi, tak tahan la. mula2 hijau, tak lama tu kuning, dan terus mati. tapi, saya ada terbaca kat website lain, rumput mutiara tak tahan panas . kalau laman en razif separuh kena panas, rumput tu tak mati ke? rumah saya corner lot, mmg setiap pagi & tgh kena matahari. satu lagi, nak tanya, top soil tu tanah apa ye? saya tgk apek2 yg jual rumput ni guna tanah kuning tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...setakat ni walaupun kena panas direct matahari, rumput mutiara saya tu still bertahan. Tapi bila musim kemarau sekarang ni saya kerap siram. Pagi dan petang saya siram. Waktu tu rumput memang nampak kekuningan sikit. Tapi bila dah selalu siram tu alhamdulilah dah start menghijau balik. Rumput mutiara ni perlu banyak air...kalau kurang air susah nak survive.
      Tentang top soil tu saya sendiri kurang pasti apa compositionnya.

      Delete
    2. As salam..ke nak tanam cow grass yea?? sebb lamn saya pun sama keadaan nya mcm dew berries..tapi takut tak smart pulak cowgrass..

      Delete
    3. Salam Hanif..kalau laman Hanif tu banyak kena panas, rasanya vow grass lagi sesuai...

      Delete
  15. Assalamualaikum,

    saya pernah menanam rumput pearl grass dan carpet gras) philipine grass.

    masalah pearl grass adalah penyakit ulat daun dan juga kucing. saya pernah kena serangan ulat daun yang teruk tapi akhirnya dapat saya kawal dengan racun serangga. Masalah kucing. saya tak ada bela kucing, tapi ada kucing liar sering berada dikawasan rumah saya. kalau dia kencing & buang air kat atas rumput tu. confirm mati pearl grass tu..

    Bagi yang nak menanam pearl grass. saya nasihatkan sila lihat kawasan rumah anda. kalau kawasan rumah tu besar baik fikirkan semula kalau nak tanam rumput hiasan. letih dibuatnya. kena buat maintenance (cabut rumput lain yang tumbuh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...bila cerita pasal kucing dgn rumput mutiara ni, memang saya boleh confirm kucing suka melepak atas rumput mutiara. Itu memang saya notice. Selesa agaknya...
      Kalau tanam rumput di area yg besar, memang tak boleh nafi maintenance sure banyak. Kena rajin. Kalau tak rajin, nanti jadi semak la jawabnya....tapi kalau rajin tu, hasilnya seronok tengok. Hijau jer...

      Delete
  16. Salam. Bagus artikel ni. Saya pun sedang berkira2 nak tanam rumput. Laman agak besar. 20 x 120. Saya suka mutiara. Suami pula cow grass. Kena study lebih pro dan kontra. Yang saya tahu...letak racun dulu sblum tanam..tak lupa kaji dlu kwsn kita tu banyak matahari x.

    T.kasih skali lagi ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih juga sebab sudi baca artikel ni. Good luck on your laman.

      Delete
  17. Salam tuan. Sgt cantik rumput tu. Pernah ade masalah tersumbat dengan saliran paip yg dikambus tu ke? Agak2 berapa saiz potongan saliran air atas paip tu? Terima kasih

    ReplyDelete
  18. Salam tuan. Pernah ade masalah tersumbat ke dgn saliran paip yg dikambus tu? Agak2 berapa saiz potongan atas paip tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidil. Sehingga sekarang tak pernah ada masalah paip tersumbat. Potongan atas paip tu dibuat dgn gergaji. Jadi tidak begitu besar.

      Delete
  19. Tahniah encik raziff! Perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.

    ReplyDelete
  20. Salam En. Razif, saya telah menanam rumput mutiara dengan cara yang terdapat dalam blog ini di kawasan yang hampir serupa saiz dan keadaannya. Walaubagaimanapun saya mempunyai masalah terjadi rekahan di kawasan longkang yang telah dikambus dan ditanam rumput yang mana berlaku setelah hujan lebat beberapa minggu kebelakangan ini. Saya percaya, tanah/pasir di bawah permukaan rumput telah dihanyutkan. Saya telah cuba membaikinya dengan mengorek semula di kawasan longkang dan meletakkan ketul-ketul batu besar dan kemudiannya kerikil kecil dan akhir sekali pasir, tetapi kejadian sama berulang. Ada apa-apa yang patut saya lakukan untuk membaiki keadaan dan menghalang kejadian berulang. Terima kasih.Email : hmohamad68@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Mohamad....longkang di dalam kawasan rumah pasti alirannya menuju ke longkang utama yg terletak di luar kawasan rumah. Apa yg contractor saya buat selepas dia memasang paip ke dalam longkang itu ialah dia akan simenkan keliling paip tu tadi pada bahagian di mana longkang di dalam laman rumah bertemu dengan longkang utama di luar kawasan rumah. Selalunya akan ada tembok sempadan antara kawasan luar dan dalam, jadi contractor tu akan simen di bahagian itu saja. Bila sudah disimen, segala tanah, pasir, batu tak akan dihanyutkan ke dalam longkang utama. Kalau explanation saya ni kurang jelas, sila beritahu saya supaya saya dapat emailkan beberapa keping gambar sebagai rujukan......

      Delete
    2. salam tuan raziff, tahniah sumput tuan sangat sangat cantik, boleh hantar gambar cara letak paip dan menyimen longkang yg betol, saya kurang faham. azmanmorad@yahoo.com terima kasih

      Delete
    3. Salam....insyaallah saya akan share gambar ke email saudara. Tapi ambil masa sikit ya, sebab nak kena search balik gambar-gambar lama saya tu. Ntah ada ke tak lagi...

      Delete
    4. Salam, gambar-gambar lama yg saya ambil time buat paip tu dah tak dapat dikesan....mohon maaf ya....

      Delete
  21. Assalamualaikum . berminat jgk nak gmbr2 tersebut. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.....memang hajat hati nak share gambar-gambar lagi, tapi gambar-gambar lama yg saya ambil waktu pasang paip dan tanam rumput mutiara tu dah tak jumpa....mungkin dah delete....mohon maaf ya...

      Delete
  22. Menarik, walaupun ruang terhad tp kehijauan rumput tu memukau..hehe..tq for sharing. Nak try pun rumah sendiri belum ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hafiz...takpa, bila dah ada rumah sendiri boleh try.

      Delete
  23. Aku tgh mcm cow grass jer rumput kau ni...kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....cow grass dgn pearl grass ni memang rupa nak sama. Bezanya, cow grass tumbuh menegak dan pearl grass tumbuh mendatar....

      Delete
  24. salam En.Razif,
    saya plan nak taman rumput cow grass sbb pencahayaan direct matahari.

    berapa kerap saya perlu siram ye??

    Masa en Razif tanam tue jarak antara petak rumput tue berapa inci??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Hairul...bila saya tanam rumput mutiara saya tu dulu, saya tanam rapat-rapat. Tak ada jarak. Semua area Tanah tu saya akan letakkan rumput....
      Pasal cow grass, saya tak begitu arif sebab tak pernah tanam cow grass.

      Delete
  25. As salam en raziff...sy tanam rumput pearl ni kat laman sy yg boleh tahan luas jg...dh 3 bln lbh
    Tp rumputnya mcm x rata..berbonggol kt tiap rumpun dia tu..x nmpk cantik mcm en raziff punya...
    Sy siram 2x sehari..guna sprinkler

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam cik noorlizawati..sebelum diletak rumput, ada tak letak pasir utk jadikan permukaan tu rata? Kalau letak pasir senang nak ratakan permukaan tanah tu...
      Tapi tak mengapa, kalau rumput dah ditanam saya syorkan supaya letak pasir di atas rumput tu. Tenggelam pun tak mengapa. Gunakan pasir tu untuk timbus area yg rendah. Jgn risau kalau tu tenggelam bawah pasir, nanti dia akan tumbuh jugak...

      Delete
    2. Ms kontraktor tu tanam..xde pulak letak pasir..terus susun je
      In shaa Allah sy try mcm en. Raziff cadangkn tu
      Terima kasih atas nasihat...

      Delete
  26. Kena direct sunlight pg dan tghari

    ReplyDelete
  27. En razif...saya follow blog ni dr tahun lepas tapi tahun lepas hanya angan.tahun ni saya n wife berjaya tanam rumput philipines.

    Apa2 pun tq coz idea en razif.saya follow step.cik razif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah...harapnya rumput philipine tuan tumbuh dengan elok. terima kasih sebab jenguk-jenguk blog ni..

      Delete
  28. Saya pun tanam rumpur mutiara kat belkaang rumah sbg trial. Hari tu kering sebab panas dan kurang siram. Tp bila musim hujan dah tumbuh semula. Cuma nak tanya, perlu ke mesin rumput ni supaya nampak rata dan kemas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk rumput mutiara di rumah saya tu, saya akan potong supaya nampak kemas. Tapi tak selalu perlu potong sebab dia memanjang ke tepi.

      Delete
  29. Bro, saya minat rumput ini, tapi tak tahu mana beli dan harganya. Kalau contractor bikinkan barapa charge? Boleh bro kasih kontek no?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contractor yg buat dulu dia charge saya RM300. Contractor tu namanya Husni. Dia selalunya cover area utara tanahair. Tapi boleh cuba tanya sama ada dia boleh tolong di other area in Malaysia or not.
      Contact number dia 012-4808457.

      Delete
  30. Salam bro Raziff... Sgt2 berminat dgn rumput nie.. Nk tny penjagaan rumput pearl nie mudah ke? Boleh selalu pijak ker? Cz baca kt artikel lain.. Rumput jenis nie perlu penjagaan rapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...bagi saya tak susah nak jaga rumput mutiara ni. Cukup air dan baja, insyaallah ok. Lagi satu, pastikan rumput tak kena banyak matahari sebab rumput ni tak tahan kalau banyak kena direct sunlight.

      Delete
  31. salam...boleh saya tahu sekeping berapa Rm rumput ni..tq

    ReplyDelete
  32. salam.baja organik tu organik ape?tahi ayam ke organik sisa mknan ke?

    ReplyDelete
  33. salam.nk tnye baja.sy dh 3 kli tukar bja.sbb xde prubhn.rumput ttp kuning.x hijau.bja pnh guna 15:15:15,bja urea,bja tahi ayam.sume x jd.mhon tnjuk ajar.

    ReplyDelete

Post a Comment