Menanam rumput mutiara (pearl grass)

Assalamualaikum.....
Inilah keadaan rumput philippine (rumput carpet) di rumah saya. Dah nak dekat 2 tahun laman rumah tu tak siap-siap (boleh dipanggil laman ker kalau tanah hanya sekangkang kera? Kawasannya hanya berukuran 5" x 15" sahaja.) Kesimpulannya tanah sekangkang kera saya ni need an urgent makeover. Nak tunggu Eric Leong tolong datang buat make over, rasanya bertahun lagi la jawabnya laman tu nak siap. Tak sedap mata memandang. Terasa malu dan segan jer kalau tetamu datang ke rumah.

**Ralat** Kepada sesiapa yang interested untuk tahu bagaimana keadaan rumput mutiara saya ni selepas 6 bulan, boleh la klik di link kat bawah ni. Saya baru jer letakkan gambar dlm post saya yang baru pada 14/09/2013.



Kalau ditengok pada gambar di bawah, typically cahaya matahari hanya akan kena pada top half laman sahaja. Selalunya terdedah pada cahaya matahari (yang direct) kurang 4 jam sehari. Bergantung juga pada peredaran masa, kadang-kadang bahagian kiri juga akan terkena sedikit matahari, for a short time period only. Rumput jadi susah nak hidup sebab kurang cahaya matahari. Rumput jadi tak sihat. Time masuk rumah dulu tak sedar yang area tu tak dapat banyak cahaya matahari. Tak tunggu dan lihat dulu, terus jer belasah tanam rumput philippine. Tak mengapa, belajar dari kesilapan.
 
Niat dihati nak ditutup longkang dengan batu-batu sungai, tapi longkang tak sama level dengan area berumput. Satu lagi alasan ialah satu beg batu sungai = berpuluh ringgit...mahal la. Banyak pulak batu sungai yang perlu untuk tutup keseluruhan longkang. Area berumput pulak tak sama level dengan ruang lantai porch yang bertiles.
Jadi lately, saya merajinkan diri membaca artikel berkenaan rumput ni. Nak mencari rumput yang sesuai dengan keadaan redup. Salah satu blog yang bagus untuk mencari dan menimba pengetahuan berkenaan rumput kat Malaysia ni ialah mynormas. Banyak ilmu kita boleh dapat dari situ. Dari situ la saya dapat tahu kalau kawasan memanjang jer redup, rumput yang sesuai ialah rumput mutiara (pearl grass). Blogger seperti Impiana Iman ada juga memberi tips dan menceritakan experience dia dengan rumput mutiara ni. Even kontraktor yang saya approach untuk merenovate laman saya tu juga immediately suggest supaya saya mencuba rumput mutiara apabila dia tahu laman saya tu kurang menerima cahaya matahari.

Selepas menimba ilmu serba sedikit serta mendapat feedback dari kontraktor, saya bertekad mencuba menanam rumput mutiara. The plan was to cover up the longkang with rumput as well, supaya laman tadi nanti lebih "luas". Jadi, pada minggu cuti tahun baru cina yang lepas (February 2013) kontraktor pun memulakan kerja-kerja merenovatekan kawasan laman saya tu.
Langkah 1: Kerja-kerja mengeluarkan batu sungai (yang sudah berlumut) dari dalam longkang pun bermula. Rumput philippine pun dicangkul keluar. Satu kesilapan pada masa itu ialah saya tidak menyuruh kontraktor untuk transferkan rumput philippine tu ke kawasan luar rumah yang banyak mendapat cahaya matahari. Instead saya suruh dia buangkan rumput philippine tu ke tempat pembuangan sampah. Rugi.....

Langkah 2: Racun disembur supaya lalang dan rumpai tak akan tumbuh dan menggangu pertumbuhan rumput mutiara nanti. Racun apa yang digunakan? Saya pun tak pasti. Terlupa nak bertanyakan pada kontraktor.


Langkah 3: Memasang paip di dalam longkang. Ini dibuat supaya apabila longkang dikambus nanti air tak akan bertakung pada laman. Paip tu dipotong-potong (nampak tak area berbelang-belang pada paip? Itu lah area yang telah siap dipotong) untuk createkan laluan untuk air.

Langkah 4: Longkang dikambus dengan campuran tanah dan batu kerikil. Batu kerikil dicampur for better irrigation / pengairan.

Langkah 5: Diletakkan top soil. Yang berwarna hitam tu ialah baja kompos.


Langkah 6. Baja kompos diratakan di atas permukaan top soil.


Langkah 7: Diletakkan lapisan pasir di atas mixture top soil + kompos tadi. Penting diratakan pasir supaya rumput yang bakal diletakkan nanti akan rata as well. Tak la jadi tinggi rendah. Saya minta kontraktor supaya make sure pasir dan tiles sama paras. Salah satu cara untuk mengelak air bertakung di area rumput.

Langkah 8: Rumput disusun di atas pasir.

........and finally......
Langkah 9: Clear up all the mess, bayar duit pada kontraktor dan nikmati laman yang baru.....



So, there you go..dalam masa kurang 4 jam, laman baru pun siap. Saya plan untuk update status laman saya ni 6 months down the road.
Adakah rumput mutiara ni dapat survive dengan limited sunlight? Adakah saya akan rajin menyiram rumput mutiara at least 2 kali sehari?..letak baja organik sebulan sekali?....tunggu 6 bulan lagi yer..

....till then...thank you kerana sudi membaca...adios!

Kepada sesiapa yang interested untuk tahu bagaimana keadaan rumput mutiara saya ni selepas 6 bulan, boleh la klik di link kat bawah ni. Saya baru jer letakkan gambar dlm post saya yang baru pada 14/09/2013.


60 comments:

  1. Replies
    1. Memang cantik. Saya personally suka warnanya....hijau pekat.

      Delete
    2. Asslamkm tahniah Raziff.. Bolehlah kongsi pengalaman. saya nak tanam juga ni..

      Delete
    3. Asslamkm Raziff tahniah ye... memang cantik.. Bolehlah kongsi pengalaman ye..

      Delete
    4. Salam Abdullah....saya rasa nak jaga tak susah. Cuma pearl grass tu perlu cukup makan dan minum iaitu air dan baja.

      Delete
  2. Hebat ! Kemas, Nikmat..Lega buka pintu rumah dengan pemandangan yg hijau!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...memang kemas. Sekarang ni kalau keluar rumah asyik senyum ja...hahah

      Delete
  3. brapa kos untuk buat camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. total cost rm300. Cost tu termasuk upah, harga rumput, tanah, baja, racun, paip dan sedikit kerja simen. kalau buat sendiri lagi murah, cuma masa ja saya tak ada.

      Delete
    2. boleh share no contractor yg buat kje2 pengubahsuaian nie

      Delete
  4. slm boleh minta no contractor yg buat keje2 pengubahsuaian nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contractor tu namanya Husni. Dia selalunya cover area utara tanahair. Tapi boleh cuba tanya sama ada dia boleh tolong di other area in Malaysia or not.
      Contact number dia 012-4808457.

      Delete
  5. Tahniah, Pearlgrass pilihan yang baik untuk kawasan yang redup.
    Racun yang digunakan pada tanah kosong ialah biasanya 'Lasso' iaitu sejenis racun pra-cambah.
    Cuma satu cadangan untuk masa akan datang; paip yang dah di tebuk tu, sepatutnya di letak dengan bekas potongan (atau tebukan) di bawah. Teorinya ialah air akan memenuhi longkang dan masuk ke dalam paip dari bawah; bukan dari atas. Ia seterusnya akan mengalir melalui paip ke luar laman.

    Anyway, good luck. Insya Allah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih for the tip Normas!

    ReplyDelete
  7. salam tuan....saya pon hendak tanam rumput...jadi nak mendapat kepstian lah....kire pearl grass ni seswai untuk kawasan kurang mendapat matahari....dan philipine seswai untuk kawasan banyak mendapat cahaya matahari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...satu lg beli sekali trimmer rumput bosch elekrik jenis pegang tangan utk maintenance

      Delete
  8. salam tuan....saya pon hendak tanam rumput...jadi nak mendapat kepstian lah....kire pearl grass ni seswai untuk kawasan kurang mendapat matahari....dan philipine seswai untuk kawasan banyak mendapat cahaya matahari...

    ReplyDelete
  9. Salam fariha..first time orang panggil saya tuan...hahahaha...dari apa yg saya baca dan feedback dari contractor, memang pearl grass sesuai di kawasan yang redup dan rumput philippine sesuai di tempat yg banyak cahaya...

    ReplyDelete
  10. salam tuan..rumput tuan ni bpe kaki..estimate harga sekaki skali ng upah brape?area pendang kontraktor ni bole p x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shah, kawasan saya yang berumput tu berukuran 5 kaki x 15 kaki sahaja. Tak besar. Semasa saya beli rumput tu dulu, contractor tu hantar rumput yg bersaiz 1 kaki x 2 kaki. Saya tak berapa sure berapa harga sekeping rumput tu, sebabnya harga telah lump sum sekali dgn upah, material, racun dsbnya. Total cost utk kesemuanya ialah RM300 sahaja. Saya cadangkan Shah contact contractor tu utk bertanya sama ada dia boleh ke pendang.
      Contractor tu namanya Husni dan contact nombornya ialah 012-4808457.

      Delete
  11. Raziff...saya dari JB. Rumput mutiara susah cari disini. Macamana pun kemarin saya pergi Sg Buloh di KL dan beli 20 keping rumput ini dan bawa balik ke JB. 1 keping RM3, jadi semuanya RM60. Saya tertarik keindahan Rumput Mutiara , macam karpet yg warna hijau. Macam tuan, saya risau rumput ini tidak dapat survive di rumah saya yg tak kena matahari penuh. Hanya masa yg menentukan berjaya atau tidak..lagi pun saya tanam sendiri dan tak guna khidmat professional macam tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa, cuba dulu. Mana tahu rumput tu boleh survive. Saya rasa kalau cukup air dan baja, insyaallah boleh hidup. Selamat mencuba! Jgn lupa update kat sini nanti hasilnya ya...

      Delete
  12. tolong saya. macam mana nak jd usahawan rumput ni. ada info x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam siti...saya pun tak sure mcm mana cara nak jadi usahawan rumput. Apa saya boleh recommend ialah visit website mynormas. Dia ialah seorang pengusaha rumput.

      Delete
  13. Nice garden you have. love it !
    Automatic garden sprinkler system
    SprinklerHouz || Malaysia Automatic Garden Sprinkler System || Landscape Irrigation System http://www.sprinklerhouz.com/

    ReplyDelete
  14. Thanks sharing dlm blog ya en raziff...sy mmg tau rumput mutiara susah dijaga...cuma teknik penanaman yg tak tau...search2 td jumpa blog ni...ooo..pakai pasir paling atas rupanya...boleh tau pasir halus ke pasir kasar ya? Kos pasir lebih murah dr tanah...bagus jg ni...sy tengah duk buat tanah kompos sediri ni...huhuhukkk jdnya rumput belum tanam lg la...dan teknik menimbus longkang jg sgt2 nak tau..wahhh..suka bila dpt baca dr blog ini..tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayza...terima kasih sebab stop by blog ni. Rasa besar hati sebab dapat membantu. At least ada gunanya saya share pengalaman tanam pearl grass tu. Pasir yg saya guna ialah pasir halus. Pasir tu gunanya supaya rumput tu jadi rata, tak jadi berlopak-lopak. Hasilnya nanti kawasan yg berumput tu akan nampak rata.
      Good luck membuat tanah kompos tu ya!

      Delete
  15. Salam Razif

    Saya yg dari JB tu. Seperti di duga rumput carpet saya tak berjaya bila tiada matahari dan mati separuh. Bagi membaiki situasi saya dah tembang satu pokok besar dan sekarang lebih banyak sinaran matahari di laman saya. Justeru rumput saya tinggal separuh mula menunjukan tanda2 pulih kembali. Hopefully, seluruh laman saya akan di penuhi rumput mutiara indah seperti laman tuan. Isyak Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...jangan lupa rajin-rajin siram dan letak baja. Itu la makanan dan minuman untuk rumput tu. Kalau dijaga elok, hasilnya nanti pun elok juga. Tahniah yer...tak lama lagi tu insyaallah dapat nikmati laman yg menghijau...

      Delete
  16. cantik..sy nak Tanya la fungsi paip dlm longkang tu..tu untuk serap air Tanah supaya tak bertakung kan..tp nak Tanya, yang longkang asal tu untuk laluan air hujan dr bumbungkan? jd mcmana plak laluan air hujan selepas tanam rumput kat area tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...betul tu....fungsinya untuk serapkan air supaya tak bertakung. Area yg ditanam tu open space. Air hujan akan turun direct ke rumput. Walaupun hujan lebat, apa yg saya perhatikan air tak akan bertakung lama. Air hujan tu akan menyerap ke dalam tanah. Paip tu membantu juga untuk elakkan air bertakung.....

      Delete
  17. sy confius nak taman rumput mutiara @ carpet philipine..sy try tanye en google, ade yg kate mutiara lg senang jage..ade yg kate rumput carpet lg senang jage..al maklumla, sy ni terlampau rajin nak wat mentainance nnti..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pengalaman saya setakat ni, saya rasa pearl grass ni lebih senang dijaga kalau nak dibandingkan dengan rumput carpet. Saya tukar ke rumput mutiara ni pun disebabkan saya rasa rumput carpet tu susah dijaga dan tak sesuai untuk di rumah saya tu....

      Delete
  18. cantik mata memandang... saya nak tanya baja apa yang dipakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna baja organic. Boleh dapat di mana-mana nursery tanam-tanaman. Harga pun murah, dlm rm3 utk satu packet..

      Delete
  19. As salam en raziff...sy nak tya..selepas meracun tu terus tanam rumput pearl ke atau kena tunggu lg dlm seminggu ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...apa yg contractor tu buat ialah selepas racun terus tanam rumput mutiara tu...tak tunggu dah.

      Delete
  20. Salam, En. Raziff, saya nak tanya, apa nama syarikat yang en. ambil ni? Tuan dia nama Husni yer, nak try gugel syarikat dia kat mana, agak agak kalau 20 x 40 keluasan berapa yer dia charge...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...saya tak tau la pulak apa nama company Husni tu. Saya kalau nak apa-apa saya call terus jer. Kalau 20x40 tu saiz tanah yg besar jugak tu. Saya pun tak pasti berapa costnya. Saya cadangkan terus jer call Husni. Insyaallah boleh dapat harga berpatutan :)

      Delete
  21. Assalamualaikum..saya nak tanye.Tanam pearl grass ni direct sunlight ke?
    Sebab tanah dan longkang tu sama dengan rumah saya kecuali saya ada wayar bumi bersebelahan parking kerete.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...kat area yg saya tanam rumput tu, ada yg kena direct chaya matahari dan ada bahagian yg tak kena cahaya matahari direct langsung. Tapi, sampai sekarang saya tak nampak apa bezanya antara dua area ni. Nampak ok ja. Tapi kena rajin siram la. Try jgn bagi kering...

      Delete
  22. Thank's infonya,mantap gan artikelnya

    ReplyDelete
  23. Salam.
    Saya tengah plan nak tanam rumput. Mulanya nak tanam rumput karpet tapi bila tau pasal rumput mutiara ni macam tertarik. Laman tepi rumah saya memang terdedah dengan cahaya matahari. Saya risau both type of rumput tak sesuai dengan pancaran matahari. Ada cadangan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....secara generalnya rumput mutiara ni sesuai utk tempat yg redup. Kalau laman tu banyak terdedah kepada cahaya matahari, rumput karpet lebih sesuai. Sebulan dua yg lepas saya ada tanam sedikit rumput mutiara di kawasan luar rumah. Memang banyak terdedah kepada matahari. Saya nampak sekarang ni sudah ada tompok-tompok kekuningan. Tetapi, rumput mutiara di laman saya yg kurang terdedah kepada matahari tu masih hijau. Jadi, rumput mutiara tak sesuai sgt kalau terdedah banyak kepada cahaya matahari...

      Delete
  24. salam tuan. nak tanya, pearl grass ni sama ke macam rumput yang ditanam di padang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rumput yg ditanam di padang tu jenisnya cow grass. Cow grass tu daunnya panjang-panjang. Pearl grass ni daunnya pendek-pendek sedikit dan memanjang ke tepi dan tidak memanjang ke atas...jadi tak perlu kerap sangat nak potong..

      Delete
  25. Assalammualakum en.raziff...info yg bagus...saya dn suami skrng ni tgh confuse. Nk tanam rumput mutiara or carpet...kalau ikut cantik..rumput mutiara ni la. Tp rumah saya ni, lmn nye mmg trdedah dgn cahaya matahari....
    Lg 1.. Saya trtarik dgn sistem pengairan kt longkang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.....baru-baru ni saya ada mencuba tanam rumput mutiara di kawasan yg banyak terdedah kepada matahari. Apa yg saya nampak, rumput tu ada banyak patches yg mati. Dah jadi tak cantik. Jadi saya rasa kalau puan ada laman yg banyak terdedah kepada matahari tu, lebih sesuai tanam rumput carpet....

      Delete
  26. Wah cantik tu en razif beli kat mana rumput bulat2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...saya dari pulau pinang dan contractor tu pun dari sini juga. Contractor tu namanya Husni. Dia selalunya cover area utara tanahair. Tapi boleh cuba tanya sama ada dia boleh tolong di other area in Malaysia or not.
      Contact number dia 012-4808457.

      Delete
  27. terima kasih atas informasinya

    ReplyDelete
  28. setujuh gan..mari kita Menanam rumput mutiara di lapang yang cocok untuk ditanami rumput mutiara..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum. Cantik rumput tu. Teringin nak tanam. Kontraktor tu masih buat tak? Mudah Tak.penjagaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...contractor tu masih buat...dan penjagaannya tak susah sangat...baja dan air yg perlu...

      Delete
  30. cantik gan,,
    saya mau tanya baja- baja nya,

    ReplyDelete
  31. slm tuan rumah sy semi d.. sesuai x klu sy tanam pearl grass ni.. bnyak tanah kosong kat umah sy tu terdedah ngan matahari

    ReplyDelete
  32. Hi there, I enjoy reading through your post.
    I wanted to write a little comment to support you.

    ReplyDelete