Assalamualaikum,
Beberapa minggu sudah saya ada singgah di satu masjid ni. Kat situ la saya ternampak kawasan kubur cantik. Penuh dengan pokok kemboja. Saya ni memang peminat pokok kemboja. Cadangnya nak beli sepokok untuk ditanam di rumah. Tapi, masalahnya pokok kemboja nih mahal. Tak faham betul, pokok yang sinonim dengan kubur ni pun dijual dengan harga mahal. Jual murah-murah cukup la kan? Tapi ya la, pokoknya cantik, tambah kalau yang dah banyak berbunga tu.
Berbalik kepada pokok kemboja kat kubur tadi. Apa yg saya notice banyak orang pacakkan ranting pokok kemboja tu diatas kubur baru. Diaorang patahkan ranting dari pokok yang dah besar and then pacakkan ke atas kubur. Dalam hati fikir boleh ker tumbuh? Jadi dengan penuh sifat ingin tahu saya pun potong ler satu ranting nih. Bukan dari pokok kemboja kat kubur tadi tu yer. Saya potong dari satu pokok di sebuah stesen minyak (of course selepas saya minta kebenaran dari diorang ler). Pokok tu berbunga pink. Sangat cantik. Lepas potong, letak dlm plastic dan bawa balik ke rumah. Dah sampai rumah, saya cucukkan ranting tadi ke dalam pasu. Taburkan sedikit baja dan siram dengan air yang banyak serta curahkan sedikit rasa kasih sayang. For the next couple of days, saya akan siramkan tetiap hari. Kasi banyak air.
Hasilnya....tak sampai seminggu pucuk baru dah keluar! So lengkap la eksperimen saya. Kesimpulannya, pokok kemboja boleh ditanam dari rantingnya. Mungkin ramai dah tahu, tapi yang pentingnya saya tak tahu. Next step, tunggu pokok membesar...tak tau la sampai bila nak kena tunggu..bertahun kut..tapi, kalau tumbesarannya cepat, dalam kepala dah terfikir boleh buat bisnes nih. Jual sepokok dua tiga ratus dengan modal close to zero. Hmmmm.....possible nih.
So tunggu perkembangan seterusnya. Kalau dah keluar first bunga, insyaallah saya akan share di blog nih..
Till then, adios!
**Ada sedikit update...pokok kemboja saya ni dah mula berbunga pada January 2015. Ada sedikit gambar yg saya share pada blog post saya yg linknya kat bawah ni**
Pokok kemboja dah berbunga
**Ada sedikit update...pokok kemboja saya ni dah mula berbunga pada January 2015. Ada sedikit gambar yg saya share pada blog post saya yg linknya kat bawah ni**
Pokok kemboja dah berbunga
eh, blog telah berwajah baru nampaknya.... cantik!
ReplyDeleteai, peminat bunga rupanya..... ok, pokok ni lawa dan tak berpotensi jadi tempat pembiakan nyamuk.......sesuai nak tanam..
Sekali sekala blog pun nak kena tukar baju. Kasi refresh sikit.
Delete....saya ni mat bunga, tu yg minat bunga tu..hahhaha
Terima kasih ingat nak tanam pokok nie jual murah2 je
ReplyDeleteIdea bagus tu sebab modal close to zero
DeleteRaziff...saya dari Jb yg commen pasal rumput mutiara.
ReplyDeleteBunga kemboja sinonim dgn masyarat melayu dgn perkuburan. Dahulu di katakan kalau ada pokok kemboja ibaratnya ada lah kubur berdekatan tempat tu. Itu dulu, tapi sekarang bunga ini melambangkan status kemewahan yg di tanam tepi kolam renang , resort dan trip ke Bali.
Apa pun saya memang minat bunga ini, walaupun org lain anggap pelik . kenapa nak tanam pokok yg melambangkan kematian dan hantu depan rumah.
Selain dari bunga kemboja saya juga tanam bunga kenanga yg juga di gunakan bagi siram air talkin masa pengkebumian. Dulu saya seram juga malam2 , wangi2 depan rumah . Tapi bila pikir balik apalah nak di takutkan. Akhirnya kita ke kubur juga ...tinggal tunggu masa saja
zul jb
Salam Zul. Maaf sebab lambat reply. Sibuk betul sekarang ni. Blog pun dah lama tak update....
ReplyDeleteBetul cakap Zul, kita ni pun akhirnya akan masuk kubur jugak. Jadi apa yg perlu ditakutkan. Tak perlu la seram. Saya pun berminat juga dgn pokok kenanga. Wangi. Berbau sedap. Teringin jugak nak letak di rumah. Ada satu lagi pokok yg berbau harum. Pokok kerak nasi. Pokok ini pun saya minat jugak. Tengah berusaha nak cari sekarang. Payah nak cari pokok ni....
salam, saya suka kemboja.. cantik..
ReplyDeletehopefully tumbuh dengan subur n lebat la bunganya kemboja en.raziff tu..
yang jual ratusan ringgit tu biasanya jenis bonsai ( ada bonggol besar dibawah ). dipanggil kemboja cina @ adenium.
ada teknik la nak jadikannya bonsai.. & paling penting ditanam dari biji benih..
jenis bosai ni x perlu nk tggu pokok tiggi pun dah rajin berbunga..
kalau tanam menggunakan keratan batang, pokok selalunya naik tggi..
kat tempat saya masih boleh dapatkan anak pokok kemboja cina @ adenium tu dengan harga yang murah..
sakura trg
Salam...terima kasih kerana share info ni. Berapa roughly harga anak pokok kemboja cina tu? Boleh saya compare harga dgn tempat saya...
DeleteAssalam. Saya pn suka kemboja.. terkini ada 17 pasu.. tp bonzai pya la.. sy ada benih pokok kemboja besar. Dan semai dh tumbuh. Tp bila ubah ke tepi laman rmh. Mati pokok. Sy rs sebab tanah keras la. Xsesuai. Sbb ms cangkul. Ting..ting bunyi batu. Aduiii. Syg nya.
ReplyDeleteSayang jugak kalau dah banyak yg mati....
DeleteAssalamualaikum... Sebulan yang lepas saya ada buat mcm cara tuan iaitu tanam pokok kemboja dari batang ranting yang dipatahkan dari pokok tepi jalan raya. Masalahnya sampai skrg pucuk/daun apa benda pun tak tumbuh. Dan bila cuba picit perlahan pada batang dibahagian bawah tersebut rasa lembut dan berwarna coklat seakan mcm dah mati tapi bahagian atas masih ada hijau sikit. Untuk makluman ranting yang saya tanam ialah dari ranting yang berbunga. Soalan saya:-
ReplyDelete1) Adakah pokok saya dah mati atau mmg makan masa berbulan2 utk keluar daun yg pertama?
2) Ada org kata ranting pokok sebelum tanam boleh celup dengan pengalak akar dahulu?
3) Berapakah ukuran kedalam batang ranting untuk ditanam dalam pasu?
4) Apakah jenis tanah yang sesuai untuk tanam?
5) Apakah baja yang sesuai untuk digunakan bagi mengeluarkan daun dan bunga dengan cepat?
Harap dapat membantu. Terima kasih...
Salam khairin....maaf sebab saya lambat reply....sibuk sikit kebelakangan ni....Sebelum saya menjawab, saya kena beritahu dulu yg saya ni bukan botanist. Jawapan saya ialah based on observation saya ketika tanam pokok kemboja tu dulu...maksudnya saya bukanlah pakar....
Delete1) Pokok saya dulu memang sekejap saja dah keluar pucuk baru. Seminggu saja dah keluar pucuk baru. Tapi dulu saya rajin siram dan letak baja.
2) Semasa saya tanam dulu, saya tak letakkan penggalak akar.
3) Saya tanam dulu dgn kedalam batang lebih kurang 4 inci.
4) Saya guna tanam merah. Atas letak sikit top soil.
5) Saya guna baja organic jer. RM5 utk satu beg plastic saiz kecil. Saya pernah terjumpa baja khas utk bunga di pasaraya. Tapi saya tak pernah cuba...
terima kasih tuan atas maklumbalas/komen yang diberikan....
ReplyDeleteTak menjadi masalah....
DeleteAssalam,
ReplyDeletedimana saya boleh dapatkan benih adenium yang cantik2 tue???
Salam,
DeleteTak perlu benih, gunakan ranting jer untuk dapatkan pokok baru.
Mcm mn cara nk atasi masalah ubi kemboja bonsai lembik . Sy xsiram dah skrg. dikuaranteen bwh bumbung.. Xnk terkena apa air yg boleh ubi tu semakin lembik. Tolong
ReplyDeleteKemboja blh tanam dlm pasu tak?
ReplyDeleteBoleh...tak ada masalah utk ditanam dlm pasu
DeleteKlau guna kaedah tut blh tak...ingat nk cuba...lagi cepat membesar...biasa klau pokok blh tanam guna keratan batang...mesti blh guna kaedah tut pokok
ReplyDeleteSaya tak pernah try tut. Actually bro azman dah bagi saya idea utk dicuba ni...
Deleteeh senangnya tanam..hidup pula tu..mmg senang je ye dia hidup..katanya x boleh air byk..nnti mati
ReplyDeleteapa perkembangan pokok kemboja ni tuan?
ReplyDeleteSalam Atif. Maaf saya lambat response, sibuk kebelakangan ni. Saya telah berpindah rumah dan pokok ni saya tinggalkan di rumah lama. Memandangkan kita berPKP sejak tahun sudah, pokok di rumah lama tak terjaga. Dah mati pokok tu.
DeleteAlahai ksian pokok tu
DeleteApa citer p
ReplyDeleteokok kemboja tu skrg.
Saya telah berpindah rumah dan pokok ni saya tinggalkan di rumah lama.
DeleteCara nak potong ranting pokok tu ade teknik jugak ke? Macam contoh kene potong senget ke ape ke
ReplyDelete