Assalamualaikum,
Beberapa bulan yg sudah, saya berkesempatan bersama anak-anak dan keluarga adik saya pergi ke Muzium Padi yg terletak di utara tanahair, di Alor Setar Kedah to be specific. Tetapi, post kali ni bukannya tentang Muzium Padi. Pada mulanya memang ada plan untuk menulis pasal Muzium Padi. Tetapi, bila sampai ke sana, apa yg ada di dlm Muzium Padi tu tak begitu menarik. Balai pamerannya hambar, tak banyak benda yg saya rasa boleh menarik minat orang ramai especially kanak-kanak. Satu-satunya feature yg saya rasa worth mentioning ialah balai pameran berputar yg berada pada aras yg paling atas. Bila di atas tu, seating stage akan berputar dimana kita boleh melihat "pemandangan" 360 darjah kawasan Alor Setar. Kenapa "pemandangan" di dalam inverted comma? Sebabnya pemandangan itu hanyalah lukisan atau mural yg dilukis di atas permukaan dinding. Kalau ada yg berminat nak ke Muzium Padi, saya syorkan teruskan la niat anda tu...mungkin saya yg rasa tak berbaloi ke sana, orang lain mungkin berlainan pendapat.
Berhampiran dengan Muzium Padi tu ada sebuah Pusat Sains Negara (PSN). Dibina sebagai sebuah cawangan di sebelah utara tanahair. Post kali ni pasal PSN tu la.
Lokasinya berhampiran dengan Muzium Padi, kurang 5 kilometer dari sana. Saya rasa PSN tu mungkin tak begitu dipromosikan, tak ramai pengunjung ke sana. Agak lengang. Satu kebaikannya ialah parking senang nak dapat, tak perlu susah-susah nak mencari parking kosong. Satu benda lagi yg best....masuk adalah percuma. Biasa la, Malaysian ni memang suka benda free. Termasuk la diri sendiri ni. PSN dibuka 6 hari seminggu (ditutup pada hari Jumaat), tetapi saya tak pasti sama ada ia akan dibuka pada hari cuti umum atau pun tidak.
**info baru yg saya dapat....PSN NI DIBUKA PADA HARI CUTI UMUM KECUALI CUTI HARI RAYA PUASA DAN HARI RAYA HAJI**
Bila sampai ke main lobby PSN tu, pada asalnya saya agak keberatan nak masuk. Rasa macam nak balik. Tak menarik langsung. Tak macam pusat sains. Ke saya ni high expectation?
Tapi bila kaki ni dah melangkah masuk ke main hall tu, hati ni terasa terlonjak sikit. Anak-anak pun dah mula excited.
Banyak booth atau station yg dibina di dalam main hall tu untuk showcase tentang anything related to science. Sungguh menarik. Setiap satu station atau booth akan berbeza antara satu sama lain. Booth dan station tadi tak begitu tinggi jadi senang untuk ibu dan bapa memerhati gerak geri anak-anak masing-masing di sana. Kan sesetengah kanak-kanak tu hyper sikit, lari melompat ke sana sini.
Tapi disyorkan ibu bapa ni jangan la duduk saja. Temankan la anak-anak supaya kita boleh ajar mereka sedikit sebanyak ilmu science ni. Bukan setakat ajar anak-anak, diri sendiri pun dapat menambah ilmu. Jangan risau, di setiap booth akan ada info, instruction dan guideline. Jadi tak le terkapai-kapai nak cuba faham apa yg cuba disampaikan pada setiap booth tu tadi.
Kat bawah ni ada sedikit gambar-gambar yg saya nak share. Tak banyak gambar yg saya ambil. Bukannya apa, kalau asyik ambil gambar ja, bila masa saya nak join anak-anak main!
Pada waktu-waktu tertentu (saya dah terlupa jadualnya...) akan diadakan Science Show. Beberapa orang petugas PSN akan berada di pentas untuk organizekan event ni. Mereka ni selalunya akan pull audience up to the stage (terutamanya kanak-kanak) untuk sama-sama berinteraksi dan mencuba science's tip and trick. Saya tertarik bila mereka "membakar" tangan mereka on stage. Api betul! No kidding. Macam mana mereka buat? Pergi la ke sana untuk tengok....hhehehhe..
....dan kat bawah ni, ada sedikit lagi gambar-gambar aktiviti yg boleh dibuat di sana.
Sedar tak sedar, lebih 2 jam kami di sana. It was a fun and educational trip. Rasanya, itu bukan kali terakhir kami ke sana. Insyaallah, kalau ada kelapangan, kami akan sampai ke sana lagi.
So bye for now...
Salam..
Best kan...? nanti kalau PSN Cawangan Wilayah Utara organize Pameran Bertema, boleh lah saudara terjah lagi... Setiap tahun biasanya ada Pameran Bertema, so ada la benda baru yg kita boleh look forward to :)
ReplyDeleteOo ye ke? Tak tahu pulak ada Pameran Bertema tu. Terima kasih kerana tolong beritahu. Confirm kena pergi lagi ni!
DeleteBagus juga ni..bawa anak ke tempat berinformasi. Bolehla seronok sambil belajar. Masa naim kecil penah bawa ke Petrosains tapi dia tak ingat kot..dalam setahun masa tu..
ReplyDeleteKalau setahun mungkin tak boleh ingat lagi tu. Tunggu Naim besar sikit, nanti bawa dia ke Petrosains lagi sekali :)
Deleteribuan terima kasih kepada saudara Raziff Yahaya kerana menulis tentang PSNCWU.
ReplyDeletesaya merupakan seorang staff PSNCWU,
saya cuma nk buat pembetulan berkenaan hari beroperasi,
PSNCWU beroperasi 6 hari seminggu kecuali hari jumaat,
waktu operasi dari 9.00pg hingga 5.00 ptg
Cuti Umum buka kecuali hari raya puasa dan haji .
PSNCWU juga akan menganjurkan Festival Sains pada setiap tahun dan untuk tahun ni pada 8-11 nov 2014,
disini saya ingin menjemput semua untuk memeriahkan lg festival yg akan kami anjurkan,
untuk keterangan lanjut boleh juga lawati pages kami di facebook,
Terima kasih saudara Zulkifli. Saya akan betulkan hari operasinya. Terima kasih juga sebab tolong share tarikh activity festival sains tu di sini..
DeleteJutaan terima kasih kepada penulis yg menulis tentang opis saya PSNCWU
ReplyDeleteuntuk makluman semuan PSNCWU beroperasi 6 hari seminggu kecuali jumaat
PSNCWU hanya ditutup pada hari raya puasa dan hari raya korban.
waktu operasi : 9.00pg hingga 5.00ptg
PSNCWU juga akan menganjurkan Festival sains Pada 8-11 nov 2014,
di jemput semua untuk memeriahkan lg festival kami.
sekali lagi ucapan jutaan terima kasih kepada penulis.
saya org kedah pon xsmpai pusat sains ni.. kena pergi ni.. nnt di muzium padi ada karnival... boleh la datang lagi
ReplyDeleteBiasa la...kekadang tu benda di depan mata kita selalu terlepas pandang. Tapi saya rasa memang kurang promosi, ramai tak tahu pasal tempat ni....
Deletesayapun dah pergi...memang berbaloi pergi....maju negeri kedah..!!!!
ReplyDeleteSaya pun tk tau ada Pusat Sains, padahal sebelah Muzium Padi ja. Baru nk pi Sabtu ni.
ReplyDeleteSaya pun tk tau ada Pusat Sains, padahal sebelah Muzium Padi ja. Baru nk pi Sabtu ni.
ReplyDelete