Assalamualaikum,
Post kali ni is on my second day di Taiwan. Ini ialah sambungan kepada my previous post dated 22nd December 2017 yang sudah. Back then, bercerita tentang makanan halal di Taipei (click link kat bawah ni untuk baca post tu), kali ni nak bercerita makan di Taiwan pada hari kedua saya di sana.
Selepas satu hari di Taipei, saya travel ke selatan pada hari kedua. Tempat yang dituju adalah Taichung. Pada hari tu, tugasan kerja saya officially bermula. Awal-awal pagi lagi saya dah ambil Taiwan High Speed Rail (THSR) dari Taipei untuk ke Taichung (insyaallah, one of these days saya akan bercerita sedikit tentang Taiwan High Speed Rail ni). The whole day tu, dari pagi ke petang saya bekerja. Memang dah datang ke Taiwan ni untuk menjalankan tugas, jadi itu yang perlu diselesaikan dulu. Bukannya datang makan angin. Tanggungjawab berat tu. Menjelang lewat petang, barulah tugas selesai. Dah selesai tugas, mula la bergerak ke hotel. Hari pun dah beransur gelap. Maghrib dalam pukul 5 lebih. Siangnya pendek pada waktu tu. Dah selesai mandi dan solat, mula la aktiviti nak mencari tempat untuk makan malam. Pada malam tu, colleague saya recommend kami pergi ke Anatolia Turkish Restaurant. Pekena makanan Turki pulak pada malam tu.
Di bawah tu, ialah suasana di dalam kedai. Quite interesting. Kedainya tak besar, tapi suasana dalamnya sungguh cosy. Sangat selesa. Pada awal kami sampai di sana tu, tak berapa ramai customer disitu, tapi within one hour tempat tu dah mula ramai custormer yang datang. Tak sangka pula Taiwanese suka exotic food macam di situ.
Apa yang kami bedal malam tu? Gambar boleh berbicara. Kalau ada yang nak ke sana tu, boleh jer tunjuk gambar dari blog ni. Tak susah-susah nak menyebut those dishes dalam bahasa local.
Yang first ni ialah appetizernya. Roti dan sup. Memang hari tu sangat sejuk, jadi bila kena jer sup yang panas tu, memang blessed. Nikmat jer. Apa jenis sup tu? Tapi yang saya pasti bukan mushroom soup. Rasa sup tu tak seperti apa yang saya pernah rasa. Unik. Kena try baru tau.
Roti tu pun sedap, manis. Not too sweet but just right. Memang sekejap jer kami berdua balun roti tu. Memang sedap, dan kami memang lapar. Kebulur, especially saya yang makan roti jer during lunchtime.
The next dish ni namanya apa ya? Arggghhh lupa. Hidangan ni ada 2 jenis kuah "salsa". Yang di cucuk skewer tu ayam. Ada juga option untuk pilih lamb instead of ayam. Kalau set lamb dipanggil Kuru Sis, cuma kalau set ayam ni saya tak ingat apa namanya. Ayamnya sedap, very juicy. Kalau dari gambar, nampak ayam tu sedikit dry, tapi bila dah digigit, perghhhhh, lembut dan juicy. Memang sedap. Dia punya flavour susah nak describe. Satu flavour yang saya tak pernah rasa sebelum ni.
Next dish ialah Beyti Kebab. Beyti Kebab ni ialah daging lamb yang dikisar, dibalut dengan satu lapisan roti. Roti tu rasanya macam roti nan. Sizenya agak kecil, sekali suap jer dah habis. Tapi rasa lamb tu memang sedap. Memang best. Kalau saya ke sana lagi, dish ni definitely saya akan order lagi, mungkin dua set terus. Sedap giler.
Di bawahnya ialah suasana di hadapan restaurant tu.
Overall, saya suka makanan di situ. Staff pun baik, suasananya relaxing dan penting sekali tempatnya bersih. Definitely I'll come again, kalau ada rezeki lagi ler.
To those yang nak ke sana, all the details ada kat bawah ni.
Address: No.150, Jingcheng Rd., West Dist., Taichung City 403, Taiwan.
Google Map: 24.152500, 120.655044
Phone number: +886 4 2320 2186
Website: NA
Operating hours: 11:00 am to 2:30pm and 5:00pm to 10:00pm (Close on a Tuesday)
Facebook: https://www.facebook.com/anatoliaonly2007/
That's all folks. Bye bye...
Comments
Post a Comment