Assalamualaikum,
Saya memang dah lama nak bercerita pasal Nasi Ketam Warung Pak Su ni. Cuma tak berkesempatan nak ambil gambar untuk nak diletak di blog ni. Perginya dah berpuluh kali tapi kenapa la pulak tak sempat nak ambil gambar? Saya selalunya akan buat order melalui phone, kemudian akan ke sana untuk pick up dan terus bawa balik untuk dimakan di rumah. Bila makan ketam ni, lebih selesa makan di rumah. Bukannya apa, makan ketam ni selalunya comot, terpelanting isi ketam dan kuah ke baju la, pipi lekat kuah la, sepit ketam terbang la, kesimpulannya segan dgn orang....Kalau kat rumah tu, tak la segan sangat. Tapi, disebabkan makan depan wife bila di rumah, still kena la control macho tu jugak. Tapi control sikit jer la. Lagi satu plus point makan kat rumah ni, boleh guna lesung nak pecahkan kulit ketam tu. Senang sikit. Tapi kali ni, datang makan bersama family mentua, jadi tak la beli dan bawa balik. Terus ja makan kat sana. Senang sikit. Jadi sempat la nak ambil gambar nasi ketam.
Teringat makan udang galah semasa di Austin, Texas dulu. Itu pun termasuk sesi makan-makan yg tahap comotnya sangat tinggi. Haiissshhh....melalut la pulak. Link makan udang galah tu ada kat bawah ni.
Kat mana Warung Pak Su ni? GPS punya location ada kat bawah ni. Tak susah. Bila keluar dari Highway PLUS di exit Juru tu, tak sampai 15 minit dah boleh sampai ke sana tu. Itu kalau traffic smooth la. Kalau ada lori terbalik dan block jalan, maunya satu hari pun tak sampai-sampai.
5.326909, 100.414760
Kalau nak buat tempahan dulu sebelum pergi, boleh call no phone kat bawah ni..
Itu facade Warung Pak Su. Kat betul-betul depan Warung Pak Su ni ada tempat utk parking. Jadi tak perlu nak parking di tepi-tepi jalan.
Gambar kat atas tu self explanatory. Jgn la nak datang hari Khamis pulak.
Itu full menu untuk makanan di sana. Harga makanan yg diassociatekan dgn ketam dah di"hitamkan". Perasan tak? Sebabnya, harga ketam perlu ikut harga pasaran. Harga udang pun perlu ikut harga pasaran walaupun tak di"hitamkan". Jadi, saya syorkan supaya bertanya dulu roughly berapa harga makanan yg anda plan nak order pada hari tu supaya tak terkejut bila dapat bil nanti. Tak ada mesin ATM berhampiran ya. So bawa bekalan duit dgn secukupnya. Credit card boleh terima ke tak ya? Terlupa pulak nak check.....
Makanan lain yg boleh diorder kat sana.
Saya suka kerang bakar kat situ.
Kat atas tu, sedikit gambar sekitar kawasan warung. Overall, tempat makan di sana bersih. Saya tak nampak ada kucing. Lalat ada, akan start hurung bila makanan dihidangkan. Tapi lalatnya tak banyak. Sikit ja. Lalat pun teringin nak merasa ketam jugak....
Sekarang masuk part yg best....nasi ketam!
Tu dia ketam-ketamnya. Tergolek dalam pinggan. Memang sedap. Kuah ketam tu pun sedap. Saya kalau order Nasi Ketam, jarang order benda lain. Sebabnya dah cukup. Rasanya dah best sampai tak perlu ada makanan yg lain. Sedap dimakan begitu saja? Saya suka hirup kuah ketam tu. Nasinya, nasi putih biasa. Apa saya suka buat ialah banjirkan nasi tu dgn kuah ketam. Baru best.
Itu alat yg penting, terutamanya orang yg tak reti makan ketam macam saya ni. Bukannya apa, sayang gigi. Nak pakai gigi sampai ke tua. Jadi tak perlu segan silu utk minta benda tu time makan ketam nanti. Tak tahu la lesung ada disediakan juga atau tak. Sila tanya ya...
Hari tu sempat jugak merasa makan nasi goreng udang. Saja nak try. Nasi goreng kaler kuning. Letak kunyit kut. Nasi goreng tu so so ja. Yg best udang. Saya belasah hampir semua (actually semua) udang-udang tu. Sedap la kesimpulannya.
Ok, itu ja kali ni. Kalau ada sesiapa kat luar tu tahu ada tempat jual ala-ala nasi ketam tu, tolong la share. Boleh buat comparison....
Salam...
Assalam ajip,
ReplyDeleteni dah brapa kali iols dok ulang nengok entry uols ni tau3
memang ish3 betoi la
nak kena pi terjah dah ni
W'salam...terjah jgn tak terjah. Sedap nasi ketam kat situ tu.
Delete