Assalamualaikum,
Sudah masuk 45 hari kita di dalam PKP/MCO. 45 hari jugak lah aku di rumah secara full time bersama anak-anak. Isteri sepanjang PKP/MCO ni, masih kena bertugas kerana dia part of essential services. Kadang-kadang tu, dia tak dapat balik ke rumah kerana bertugas. Sabtu dan Ahad pun kadang-kadang tu dia kena bertugas. Syukur alhamdulillah, kilang tempat aku bekerja sekarang ni, bagi kebenaran untuk aku dan rakan-rakan sekerja yang lain untuk bekerja dari rumah. Work from home. Jadi, dapat la aku temankan anak-anak di rumah. Agak penat bila kena balance both work dan tugas-tugas di rumah bila wife tak ada. Kena membasuh, sidai kain baju, lipat kain baju, memasak, bersihkan rumah, ajar anak-anak dengan tugasan yang diberi cikgu, meeting dengan rakan sekerja, siapkan design job yang ada, solve work issues, conference call pada waktu malam atau di awal pagi, discussion dengan vendors dan macam-macam lagi lah. Kalau dulu hal kerja tak bercampur dengan hal di rumah, new normal ni semuanya dah jadi rojak. Walaupun dah 44 hari, aku masih adjusting. Ada hari yg kurang stressful dan ada hari yang tension nak mampuih. Dulu, kalau stress aku capai jer basikal dan keluar kayuh. Rasa tenang, especially bila ikut route yang scenic, penuh dengan pokok-pokok dan udara segar. Tapi sekarang, option tu dah tak ada la. Nak hilangkan jugak stress, aku bercerita pasal basikal pun ok kut. Tak dapat naik, bercerita pun ok lah. Bercerita tentang basikal yang aku baru beli bulan December sudah. Basikal Merida Speeder 400.
Dah lama sebenarnya aku nak beli basikal baru. Dan dah lama jugak aku survey basikal apa yang nak dibeli. Yang pasti aku tak nak road bike. Aku tak berapa minat dengan riding position of a road bike. Aku tak dapat biasakan diri dengan road bike punya position, aku akan selalu sakit tengkuk, sakit pergelangan tangan dan selalu kebas tangan. Semua issues ni selalu timbul bila aku ride Dahon Dash Altena aku tu, sebuah minivelo with road bike riding position. Walaupun aku pernah ride lebih 80km dengan Dahon Dash Altena aku tu dalam satu hari, tapi peritnya tu memang terasa. So no more road bike riding position, I'm going for a flatbar instead. Riding comfort is my main priority, without sacrificing speed of course.
Selepas agak lama survey apa option yang ada, aku narrowed down to 3 choices. Web link choices tu ada kat bawah ni. Click jer.
Kesemuanya dibawah category fitness bike, flatbar dan menggunakan road bike tires. Selepas agak lama aku buat perbandingan specs dan harga, in the end aku decided untuk go with Merida Speeder 400. Harganya agak berpatutan dan parts banyak yang high specs. Specialized Sirrus harganya agak mahal dan parts banyak yang specsnya rendah. Giant Fastroad pun mahal tapi agak berbaloi dengan equipments yang disertakan sekali. Tapi seperti yang aku katakan awal tadi Merida Speeder ni a good compromise sebab specsnya bagus dan harganya tak melampau mahal. Lagipun aku sekarang dah ada sebijik Merida di rumah, Merida Matts 40, mountain bike yang sudah bertahun-tahun aku guna dan sungguh lasak. Boleh dikatakan tak ada issue langsung. Sepanjang lebih 7 tahun aku guna Merida Matts 40 tu, aku cuma tukar seat dan tires jer. Parts yang lain semua masih yang asal. Hantar service jer. From there, aku tau brand Merida ni reliable. Jadi aku tak perlu risau.
Bila dah decided which model yang aku nak, next step aku pilih colour. Aku dah bosan dengan warna-warna gelap especially hitam dan warna cerah seperti putih. Kalau aku join any cycling event, dua warna ni memang selalu aku nampak. Aku nak something different, warna yang tak common. Lucky for me Merida Speeder 400 tu ada multiple colour options. Satu caught my attention, copper brown. Mula-mula tu aku teragak-agak nak pilih warna copper brown tu, sebabnya di dalam gambar nampak macam tak berapa ok. Warna dalam gambar nampak seakan copper tu agak "cerah". Tetapi, ada satu video di youtube ni yang tunjuk the actual copper brown colour tu. Memang ada perbezaan diantara warna di dalam gambar dan warna in real life. Perbezaan yang bagus, sebabnya warna copper brown in real life nampak lebih smart, elegant dan tak terlalu cerah. Link youtube tu ada kat bawah ni. Boleh klik untuk tengok. So warna dah sorted.
Next, aku nak tengok in person how the actual bike looks like. Ini penting bukan hanya disegi outlook, tapi kerana aku kena buat bike fitting. Nak kena buat bike fitting untuk pilih bike size yang sesuai dengan aku. Salah pilih, merana la jawabnya. Silap-silap, beli tak lama dah nak pikir jual semula. Time ni aku banyak frust sebab kebanyakan dealer Merida di Malaysia ni tak ada stock Merida Speeder 400 ni. They did not keep stock, nak kena order dulu. Ini yang susah kalau beli tanpa tengok. Size pun tak sure betul atau tidak dan outlook pun tak tau. Silap-silap specs pun tak sama dengan apa yang di advertised. Bahaya tu. Aku contact banyak kedai basikal di utara ni, di Kedah dan Pulau Pinang. Semuanya tak simpan stock. In the end, aku bernasib baik bila jumpa satu kedai ni yang ada stock with the same copper brown that I wanted. Dia siap ada beberapa sizes untuk aku cuba. Masalahnya kedai ni kat PJ, Selangor. Jauh ler nak drive dari Pulau Pinang ni. Tapi lagi sekali aku bernasib baik bila time tu family aku ada buat family gathering di Selangor. Bila dah ada disana, dapat la aku singgah sekejap ke kedai di PJ tu. Kedainya ialah Pedalspot. Bagusnya Pedalspot ni dia boleh buat door to door delivery. Tak payah la aku nak susah payah sumbat dalam kereta nak bawa balik ke Pulau Pinang tu.
Bila aku singgah ke kedai tu, tengok jer that stunning copper brown colour in real life, hati memang dah sangkut. Lawa nak mampos. Terus on jer. Specs semua aku puas hati. Lepas buat bike fitting, aku pilih size M. Aku did change the handlebar grip though, opting for one with bar ends. Ada bar ends ni bagus sikit, aku boleh ada banyak option dekat mana nak letak tangan bila tengah ride nanti. Free gift pun dapat. Cantik ler tu. Semua sorted on that day, dah bayar, next tunggu barang sampai di rumah jer la.
Selepas seminggu, barang sampai. Hati dah berbunga dah. Dah tak sabar nak test ride. Pada hari yang sama aku hantar ke kedai basikal berhampiran rumah aku untuk reassemble. Sebelum buat delivery hari tu, Pedalspot kena dismantle basikal tu untuk disimpan dalam kotak for shipment. Jadi bila dah sampai, nak kena pasang balik ler. Mulanya aku ingat nak buat sendiri jer, tapi opted not to sebab aku nak setting bike tu terus.
Sampai kedai terus start pasang dan setting balik. Ramai yang puji basikal tu smart semasa di kedai. Jarang jumpa colour copper brown ni. Unik. Siap jer pasang, terus aku test ride. First impression aku dah tau basikal ni laju.
First proper ride aku dengan Merida Speeder 400 ni was two days after aku terima delivery. Aku belasah 36km untuk that ride. Average speed aku was higher than what aku normally able to achieve. Rasa tak letih, ride comfort. Next was a 45km ride, with undulating road. Climbs was effortless with all the gearing that was available to me. Cruising was awesome. Next was another long ride, close to 52km. Memang selesa, senang nak maintain high speed. Setakat sekarang, aku dah cover 300km dengan Merida Speeder 400 ni. Looking forward for more rides after MCO. Aku dah register for City to City ride utk bulan 7 ni, ride sejauh 73km, tapi tak pasti masih on atau kena postpone disebabkan Covid-19 ni.
Sadly, untuk cover cost Merida Speeder 400 aku tu, aku kena let go Dahon Dash Altena aku ni. Sayang tu sayang, tapi memandangkan perlu ada duit untuk beli Merida tu, kena la jual jugak akhirnya. Banyak kenangan manis dengan Dash Altena ni. Basikal ni pun unik, tak banyak ada di Malaysia. I was one of those lucky few to own one. Aku dah kayuh 893km dengan Dahon Dash ni, dan longest single day ride aku pun was set guna basikal ni. 83 km semasa event round island di Pulau Pinang dulu. Tapi aku tau owner baru memang jaga elok basikal ni. Dia siap hantar gambar lagi selepas upgrade. At least hati senang bila tau new owner memang taking good care of Gwen. Gwen ni nama yang aku bagi untuk Dahon Dash Altena aku tu. Memang setiap basikal aku bagi nama.
Merida Speeder 400 tu pun dah dibagi nama. Dah jadi kemestian.
Jadi, disini saya nak kenalkan to the whole world, my new bike, IMOGEN. Ralat (updated on 10/11/2020): After close to a year, I think the name Imogen tak sesuai dengan Merida Speeder 400 aku ni. Bila update ke Strava, memang rasa tak kena dengan nama Imogen tu. Janggal. Tak tahu kat mana yang tak kenanya. Selepas termenung lama, aku rasa Merida aku perlukan satu nama yang lebih sesuai. After thinking it through, I decided to proceed with the name change. World, now meet EMILY JEAN STONE. Now that is a beautiful name. Elegant as the namesake. Graceful to boot.
Salam for now. Bye...
Terbaik info ni boss
ReplyDeleteSaya pun berminat dgn dgn flatbar roadbike ni. Tp baru nk start. Ape lagi yg penting to look for dlm konteks part bike ni.
ReplyDeleteSaya memang pentingkan keselesaan bila ride. Jadi saya pastikan saya buat bike fit dan test ride. Untuk parts, saya cadangkan cari drivetrain yg bagus. Merida Speeder 400 saya ni datang dgn Shimano 105 drivetrain. 105 ni mid range dari Shimano. Kalau mampu, boleh cuba Ultegra atau Dura Ace. Tapi saya rasa 105 pun dah ok, tak perlu bazir duit.
DeleteOwhh..ok. Kalo dpt shimano 105 ni kira dh cun la for starter. Bnyk juga nmpk yg equip with ultegra,tiaga semua tu. Tp rase mcm dh advanced sgt dh tu. Tu yg nk study yg bro punye 3 suggestion model atas ni shj.
DeleteHa ah, kalau dapat Shimano 105 tu dah sangat ok untuk starter. Tak pe, slow-slow study. Kalau dah decided beli yg mana, share la kat sini.
Delete