Assalamualaikum,
Dalam post saya tentang makanan halal di Taichung, Taiwan (klik di sini jika nak ke post tu), saya ada sentuh sedikit tentang Taiwan High Speed Rail (THSR). Hari ni saya nak share sedikit pengalaman bila saya dapat menggunakan THSR ni during my business trip to Taiwan back in November 2017. Saya dapat naik THSR ni sebanyak 2 kali. The first time pada 20/11/2017 dari Stesen Nangang ke Taichung dan kali kedua pada 21/11/2017 dari Stesen Taichung ke Stesen Taoyuan.
THSR ni bermula operasi pada 5 Januari 2007. Jepun yang export train sets untuk kegunaan THSR tu. Jadi tak hairan la bila keretapi THSR nampak seperti Shinkansen yang terkenal di Jepun tu. Saya sempat ambil gambar keretapi THSR semasa di Taichung. Memang nampak gah. Smart dan nampak laju walaupun at a standstill. Macam kepala platipus pun ada.
THSR tu menghubungkan Taiwan dari utara ke selatan, bermula dari Nangang sehinggalah ke Zuoying (atau dikenali juga sebagai Kaohsiung). Total distance lebih kurang 349km, dengan travelling time lebih kurang 90 minit dari utara ke selatan. Kalau ada yang rajin tengok Google Map, kita boleh tau yang THSR ni cuma cover area di sebelah pantai barat Taiwan. Pantai timur tak ada disebabkan faktor geografi.
Suasana di platform lebih kurang sama dengan platform ETS kita di Malaysia. Cuma stesen THSR di sana tu lebih besar, dan lebih banyak kemudahan seperti kedai makan, kedai utility dan sebagainya jika dibandingkan dengan stesen ETS di Malaysia ni. Satu lagi yang saya nak highlightkan ialah stesen THSR tu sangat bersih. Tak ada sampah di merata-rata tempat, kemasan bangunan terjaga, dan tandas sangat bersih. Kedai-kedai di stesen juga cantik dan bersih, seperti kedai-kedai yang selalu kita jumpa di airport.
Kat bawah ni ialah ticket THSR saya dari Taichung ke Taoyuan. Take note on the car dan seat numbers. Di atas ticket ada tulis Car 7 dan Seat 10B kan? These information sangat berguna bila kita dah sampai di platform keretapi tu nanti. Dengan information tu kita tak perlu tertanya-tanya dekat mana nak tunggu semasa di platform nanti.
Semasa di platform tu nanti, kita hanya perlu cari dimana coach (atau car) tu akan berhenti. Information tu semuanya ada pada lantai platform. Gambar di bawah ni, clearly indicate car number dan di mana seating kita. Jadi senang ler kita nak plan out dekat mana nak tunggu. Tak ler nanti terkejar-kejar nak mencari car bila keretapi dah sampai. Info ni memang sangat useful semasa saya kat sana tu dulu.
Suasana di dalam coach sangat selesa dan bersih. Tak nampak saya ada kesan-kesan vandalisme semasa di dalam coach tu. Tempat untuk letak large luggage ada disediakan di depan dan belakang setiap coach. Overhead compartment pun ada untuk letak luggage.
Kelajuan yang paling tinggi semasa saya naik THSR pada hari tu ialah 220km/j. Laju nak mampus, tapi suasana di dalam coach tu masih selesa. Tak terasa yang THSR sedang travelling at 200km/j. Kelajuan tu ada ditunjuk on a screen dalam setiap coach. Kalau tengok gambar di bawah ni, screen tu terletak di bahagian depan, berdekatan pintu nak masuk ke coach. Display yang slim tu ler.
All in all it was a good experince. Tak pernah seumur hidup saya travel selaju 220km/j on a train. Bila dapat mencuba di negara orang, rasa seronok dan kagum pun ada. I'm looking forward for our very own high speed rail, which will connect Kuala Lumpur to Singapore. It is targeted to be ready somewhere in 2026. When that's ready, I will be trying that one out as well.
That's all folks, bye bye...
Comments
Post a Comment