Swez Brasserie di Eastin Hotel Pulau Pinang berstatus Halal

Assalamualaikum,

Kalau ada benda yg baik apa salahnya diwar-warkan.

Di dalam bulan September tahun ini, Alhamdulilah, 2 kali saya berkesempatan pergi ke Swez Brasserie di Eastin Hotel Pulau Pinang. Kedua-dua trips ke Swez Brasserie tu adalah untuk company event. Dan pada kedua-dua trips itu jugalah saya dapat merasa makanan buffet tengahari di sana. Rezeki dah datang bergolek, jgn ditolak.


Macam biasa, saya ni memang cerewet tentang soal halal dan haram benda yg nak dimasukkan ke dalam mulut. Memandangkan itulah yg bakal menjadi darah daging dan juga zuriat saya, saya memang cuba sedaya upaya untuk pastikan apa yg dimakan tu tak meragukan. Memang susah especially bila saya terpaksa travel ke negara-negara di mana exposure pada Islam itu kurang. Di tempat-tempat macam itu, makanan halal ni memang payah nak dapat. Teringat saya semasa ke Jepun hampir 9 tahun yg lalu. Di sana penggunaan English memang tersangat kurang. Product punya labelling dan juga ingredient semuanya dlm bahasa Jepun. Susah sungguh nak tahu apa benda yg saya nak makan especially saya ni yg sepatah haram pun tak tahu bahasa Jepun. Terkial-kial dibuatnya. Pernah sekali tu saya order omelette. Mulanya tak syak apa-apa. Tengok ke gambarnya nampak mcm omelette biasa. Kan telur tu. Tapi nasib baik tak sempat makan. Kawan sebelah yg order menu yg sama ternampak cebisan-cebisan daging telah dicampur ke dalam omelette tu. Kalau kawan saya tu tak perasan ketul-ketul daging tu, alamatnya dah makan daging tak disembelih la jawabnya. Takkan nak makan sushi utk breakfast, lunch dan dinner selama 3 minggu? Memang tak sanggup! Masalah yg sama bila saya travel ke travel China pada hujung tahun 2012. Serba serbi tulisan dlm bahasa yg sgt asing pada saya. English diaorang pun memang tak bagus. Maggi le yg akhirnya jadi pengalas perut. Dah la saya tak boleh makan makanan yg ada msg, jadi terpaksa la balun banyak anti-histamine utk lawan msg dlm Maggi tu.

Saya bersyukur di Malaysia ni adanya pihak bertanggungjawab seperti JAKIM yg memantau status halal atau haram terutamanya yg bersangkut paut dgn hal ehwal makanan. Kadang-kadang tu saya memandang remeh apa yg sedang dan telah dibuat oleh pihak JAKIM, tapi bila teringatkan susah payah dlm soal halal haram bila saya di negara orang, timbul rasa berterima kasih adanya JAKIM di sini. Tanpa JAKIM, saya rasa susahnya saya di negara orang itu akan menjadi sama susahnya bila di Malaysia, terutamanya bila ekonomi negara ni dipegang oleh mereka yg belum lagi Islam. Tengoklah betapa banyaknya produk makanan dari mereka yg belum Islam di pasaran. Susah dibuatnya kalau tak ada pantauan.

Ok, balik ke topik Swez Brasserie ni tadi. Alhamdulilah, Swez Brasserie memang sah berstatus halal. Saya reconfirm kesahihannya di website JAKIM sendiri.


Deko di Swez Brasserie pada saya amat menarik. Kualiti makanan memang penting, tapi pada masa yg sama suasana dan tempat makan yg bersih, cantik, kemas pun penting juga. Kalau makanannya sedap, tapi gerai kotor, saya memang tak sanggup nak jejak kaki ke situ.


Ini ialah view Swez Bressarie dari tingkat satu. Saya ambil gambar ni semasa on the way ke Surau. Ada tingkap-tingkap kecil di tingkat satu tu yg kita boleh guna utk tengok view di bawah. Ruang luas supaya senang manusia yg kelaparan berebut-rebut nak ambil makanan. Termasuk saya la tu...




Nampak tingkap-tingkap kecil yg berbentuk bunga kat gambar bawah ni? Dari situ ler saya ambil gambar-gambar view atas tadi tu.



Haaa....ni adalah makanan yg saya melantak hari tu. Berkali-kali saya berulang alik ke kaunter serving makanan. Memang dasar tak malu....tapi dah nama pun buffet kan. Ambil jer ler.





Ini my personal favorite. Mussel. Tapi dah lupa jenis masakannya. Tapi rasanya masam dan manis. Mussel Sweet Sour? Yer la kut.


Kat bawah ni pulak gambar-gambar what else on offers. Pelbagai jenis makanan ada. Saya rasa mesti ada at least satu that can be your personal favourite.










Lastly, kat sana ada disediakan Surau. Tak ada alasan tak nak sembahyang sebab kemudahan dah disediakan. Suraunya di tingkat satu.


Ni pulak ruang menunggu di depan Surau.


How about harga? Kat sana, seorang makan harganya dlm RM60++. Kad kredit diterima. Jadi tak perlu carry cash. Saya rasa pricenya agak reasonable. Tempat-tempat mcm ni bukannya kita akan pergi selalu, mungkin setahun sekali. Jadi RM60++ for a once a year occurrence saya rasa memang reasonable. Itu pandangan saya, mungkin berbeza dgn kat luar sana. Share your thoughts.....

Ok. Itu jer utk kali ni....






Comments

  1. menarik..betul, kalau makan kat tempat2 seperti hotel memang kena pantau betul2. takut juga dihidangkan dengan yang tak halal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.....nanti makanan/minuman tu jadi darah daging kita jugak.

      Delete

Post a Comment