Assalamualaikum,
Bermula jam 12 tghari pada 9 September nanti, urusan pembayaran tol di kedua-dua Jambatan Pulau Pinang hanyalah diterima di dalam bentuk electronic sahaja. Bayaran tunai atau cash sudah tak akan diterima. Jadi bekalkan diri dengan kad touch n go. Kepada yg belum beli, disyorkan belilah sekarang.
Pihak berwajib sudah lama membuat pengumuman dan hebahan tentang initiative ni. Jadi kita yg menjadi pengguna ni perlulah peka supaya tak timbul masalah bila bayaran perlu dibuat nanti. Bukannya apa, saya ni dah memang agak lama menjadi pengguna Jambatan Pulau Pinang tu, dah bertahun-tahun. Apa yg saya notice ialah masalah sesak di pondok tol electronic for both lorong Smart Tag dan lorong touch n go bila kredit tak cukup. Perkara ni terjadi pada tuan yg menulis ni jugak, bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Jadi, saya nak mengambil kesempatan ni nak berpesan kepada diri sendiri dan fellow drivers and riders kat luar sana supaya aware baki kad touch n go anda. Bagi yg belum ada kad, belilah dlm tempoh masa yg ada ni supaya perjalanan kita pada 9 haribulan dan hari-hari yg seterusnya akan menjadi lancar dan mudah. Tidak ada orang lain yg kita perlu salahkan jika masalah timbul, kerana kita yg perlu peka kepada perubahan ni. Perubahan yg saya rasa bagus untuk masa depan. Till then, happy motoring....
Comments
Post a Comment