Assalamualaikum,
Pada 15 Oktober 2016 yang sudah, selamat sudah saya ke Serdang untuk uruskan pinjaman jubah untuk Majlis Konvekesyen ke-40 UPM nanti. Alhamdulilah, masa yang dinanti-nanti pun hampir tiba. Wife ada bagi cadangan untuk wakilkan saja pengambilan jubah tu. Jadi tak perlu bersusah payah nak ke UPM tu. Tapi memandangkan ini majlis konvokesyen saya yang pertama di local uni, saya rasa nak sangat pergi. Nak experience suasana menjelang konvokesyen di universiti di Malaysia ni. Dulu dah pernah konvokesyen di negara orang, sekarang nak merasa di tempat sendiri pula. Itu yang bersemangat ambil ETS untuk ke UPM tu. Anak-anak dan abah saya pun ikut sekali. Sekali-sekala, bukannya selalu.
Hari ni nak bercerita sedikit tentang jubah konvokesyen UPM ni. Jubah konvo tu maroon warnanya. Saya personally suka warnanya. Warnanya akan senang pop out bila bergambar nanti. Warnanya tak mudah untuk blend in dengan surrounding (tapi kalau background langsir maroon, tenggelam jugak ler jawabnya). Beratnya ya amat. Terasa beratnya especially di bahagian bahu. Tebal....Dalam hati dah plan nak kena sembur perfume separuh botol especially kalau hari panas. Berpeluh ler..
Untuk jubah graduan Master, ada 2 "line" di lengan baju. Kalau PhD ada 3 "line". Kalau Bachelor ada satu ja la. Dan kalau tak ada "line" langsung, itu untuk graduan diploma.
Yang kat bawah ni mortar board dan hood. Fakulti saya hoodnya berwarna peach. Betul ke warna tu peach? Betul la kut yer. Nampak sedikit orange, light orange.
Selesai sudah post pendek untuk kali ni. Memang tak plan nak bercerita panjang hari ni. Insyaallah, nanti saya akan share gambar-gambar semasa hari bersejarah tu nanti.
Till then, salam...
Comments
Post a Comment