Cara aku elak kucing dari melepas/berak di atas rumput di halaman rumah

 Assalamualaikum,

Masalah kucing jadikan halaman rumah aku ni sebagai jamban memang dah lama. Sejak dari rumah lama lagi dah ada masalah ni. Kalau di rumah lama dulu, area rumput mutiara yang aku tanam dan jaga dengan elok tu akhirnya terpaksa aku buang, simenkan dan pasang dengan tiles. Sedih rasanya bila area rumput mutiara yang hijau tu terpaksa aku korek. Rumput mutiara tu akan mati kalau terkena berak kucing. Laman yang dulunya hijau, semakin lama semakin rosak. Ada patches rumput yang mati. Bertompok-tompok.

Kalau nak tahu bagaimana rupanya rumput mutiara di rumah lama aku dulu tu, bolehlah klik link di bawah ni. Ada banyak gambar rumput mutiara yang aku jaga dulu tu dalam link kat bawah ni.

Menanam Rumput Mutiara - selepas 6 bulan

Bila dah pindah ni, masalah yang sama masih ada. Dah bermacam cara aku buat, semuanya tak menjadi. Letak cuka, letak minyak tanah, letak botol berisi air dan macam-macam lagilah. Bermacam jenis petua aku guna. Tak jalan jugak. Akhirnya Husni, landscaper aku sejak dulu lagi ni yang suggest supaya aku letak ubat gegat. 'Ubat gegat ni ada bau yang kucing tak suka. Cuba try.' katanya. Jadi sejak beberapa bulan yang sudah, aku buat experiment sikit. Aku mula letak ubat gegat di tempat-tempat yang strategik. Tapi, sebelum aku letak ubat gegat tu, area yg pernah jadi jamban tu aku cuci sampai bersih. Cuci dengan sabun lagi supaya baunya langsung tak ada. Suci jadinya. Ini satu step yang penting. Kena cuci sampai bersih. Kena hilangkan kesan dan bau. Kalau tak bersih, letak ubat gegat pun dia akan tetap datang sebab kucing tu dah "mark" area jamban dia tu. Lagi sekali aku ulang, kena cuci sampai bersih.


Kalau tengok dalam gambar-gambar ni, aku letak ubat gegat tu tak banyak. Aku jarak-jarakkan. Yang bestnya guna ubat gegat ni ialah sizenya yang kecil dan matches with batu-batu putih yang aku guna sebagai hiasan di sekitar halaman rumah. Jadi tak nampak out of place sangat.



Dekat atas tembok pun aku letak. Kucing memang selalu lalu-lalang di atas tembok tu untuk merentas negeri dari rumah-rumah jiran ke rumah aku. Tapi sejak letak ubat gegat ni, dah tak nampak kucing lalu-lalang di atas tembok.


Dalam dua gambar di bawah ni, korang boleh nampak di mana aku letak all the ubat gegat. Semuanya spaced out between each other. Tak perlu rapat-rapat sangat.
 


Jadi berkesan ke tak guna ubat gegat untuk elak kucing ni jadikan halaman rumah aku ni sebagai jamban? Selepas beberapa bulan aku berexperiment, apa yang aku nampak hasilnya sangat bagus. Kucing pun dah tak datang ke halaman rumah aku untuk dijadikan jamban. Tapi, aku perlu set reminder yang seminggu sekali aku kena top up ubat gegat. Ubat-ubat gegat tu evaporate selepas seminggu. Jadi perlu ditop-up. Modal tak mahal. Sepeket ubat gegat harganya RM2 ke RM3 sahaja. Jadi sebulan maximum pun perlu hanya RM12. Cukup murah. A small amount of money to pay for some peace of mind. All in all, aku sangat puas hati. Kalau dah ada yang cuba nanti ni, boleh share pengalaman anda di ruang komen tu. Teringin jugak nak tahu whether orang lain akan dapat hasil yang sama.

Ok. Ini sedikit sneak peak. I wanna to talk about my pokok sedap malam. Dulu saya pernah post pasal pokok sedap malam ni. Harganya beribu-ribu ringgit (Kalau bentuk pokok cantik ler harga ribu-ribu. Kalau biasa jer, memang tak mahal). Teringin sangat nak letak sepokok di halaman rumah disebabkan bunganya sangat wangi. Disebabkan tak nak bazirkan duit beribu-ribu, saya bela pokok ni sendiri. Asalnya tinggi dalam 2 ke 3 kaki jer, dan harganya kalau tak silap RM12 jer. Tapi selepas bertahun-tahun, sekarang dah lebih 7 kaki. Dah tinggi dan besar. Bunga pun dah banyak. I will share more in my next post. Till then, bye for now.


Comments

  1. Assalamualaikum maaf bertanya. Kalau letak ubat gegat rumput tak mati ke sebab ubat gegat tu ada bahan kimia.

    T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya tak pernah try di atas rumput hidup. Sekarang saya cuba di atas rumput tiruan.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Jazakallah di atas perkongsian. Sy akan cuba di atas rumput tiruan.

    ReplyDelete

Post a Comment