Assalamualaikum,
Pada 19 November yang sudah, due to work commitment, saya perlu travel ke Taiwan dan China. Sudah lama saya tak keluar dari Malaysia. Seronok ada, risau pun ada. Ada juga trip yang saya pernah tolak sebelum ni. Pelbagai alasan saya bagi. Tapi this trip kali ni memang perlu, jadi nak tak nak, kena pergi juga. Macam tu la warna warni kehidupan warga kilang macam saya ni.
Dalam perjalanan ke Taiwan, saya perlu transit for a few hours di airport Hong Kong. Sampai saja disana tu, tempat pertama saya tuju ialah Popeyes. Popeyes ni sediakan makanan ala-ala KFC, tapi yang bestnya makannya halal. Saya pernah bercerita tentang Popeyes ni dalam satu post back in 2013. Kalau nak tahu lebih detail, boleh klik link di bawah tu.
Selepas membedal ayam goreng Popeyes, saya mula mencari tempat untuk bersolat. Memang kebetulan waktu Zohor pun baru jer masuk. Pada mulanya saya tak tahu ada prayer room di airport Hong Kong tu. Ingatkan nak solat di tepi-tepi corridor jer. Tapi, colleague saya beritahu ada disediakan prayer room, cuma dia tak pasti di mana. Jadi, kami terus ke kaunter pertanyaan untuk get some info. Di sana, kami diberitahu ada prayer room yang terletak between Gate 40 dan Gate 42.
Prayer room ni terbuka untuk semua religion. Bila saya masuk ke dalam tu, saya ada nampak seorang perempuan yang tengah bermeditasi. Juga ada, seorang lelaki Muslim yang tengah menunaikan solat. Yang bagusnya, di dalam prayer room tu ada disediakan tempat untuk mengambil wuduk. Jadi tak perlu bertayammum. Saya pada mulanya ingin mengambil gambar suasana di dalam prayer room tu. Tetapi, untuk menjaga privacy orang di dalam sana tu, saya cancelkan jer idea tu. Mungkin jika saya berpeluang ke sana lagi, dan kebetulan tak ada orang di dalam prayer room tu, saya akan cuba ambil a few pictures di dalam prayer room tu. Kepada ladies, do take note yang di dalam prayer room tu tak ada sebarang partition untuk separate area untuk lelaki dan wanita. Jadi, kenapa berhati-hati supaya aurat sentiasa terjaga.
That's it for today's post. Saya akan share a few more posts on my trip to Taiwan and China. So, stay tune..
selalu transit kt HK airport ni tp tak penah solat lg kt situ....lps ni bole try la....tp, cmpur laki pompuan ek...
ReplyDeleteYa bercampur lelaki dan perempuan. Itu yang kena jaga aurat tu dengan lebih cermat...
Delete