Pasar Tani di Masjid Timah - Part 1

Assalamualaikum,

Dah lama saya tak menulis di sini. Dah bersawang blog ni, terabai kerana si ownernya terlalu sibuk sejak kebelakangan ni.

Walaupun dalam kesibukan ni, masih ada sedikit masa yang dapat diluangkan untuk pergi berjogging bersama wife pada hujung minggu yg sudah. Bila tengah berjogging tu la, mata ni terpandang satu iklan yg dilekatkan pada sebatang pokok. Ada Pasar Tani yg baru dibuka berhampiran dgn rumah saya.



Hati ni lebih suka bila Pasar Tani tu dibuat di perkarangan masjid. Dulu saya pernah menulis tentang aktiviti berbasikal yg dibuat oleh jemaah surau berhampiran rumah saya. Postnya boleh dibaca bila klik sini. Saya suka bila surau atau masjid ni buat aktiviti yg diluar dari batasan agama sahaja. Bukannya apa, dengan adanya those activities, secara tak langsung boleh galakkan orang ramai datang ke surau atau masjid di luar waktu kita selalunya bersolat. Jadi, surau dan masjid hidup. Another step in the right direction.

Saya masih belum sempat nak menjengah ke pasar tani di Masjid Timah sebabnya pagi Sabtu saya digunakan untuk ke kelas. Tapi insyaallah bila ada sedikit kelapangan, boleh la jenguk ke sana untuk memberi sokongan pada aktiviti yg baik ni. Kalau ada gambar nanti, insyaallah saya akan sharekan di sini...

Salam...


Comments