Pak Hussin Tomyam - Tomyam paling best di Penang

Assalamualaikum,

Untuk post kali ni, saya nak bercerita bab makan. Dah lama tak menulis hal ehwal makan ni. Kali terakhir tulis bab makan ni pada bulan January yg lepas, bercerita pasal Nasi Ketam. Dah lama tu....Post hari ni pasal tomyam. Tomyam yg menjadi kegilaan anak-anak saya. Satu tempat makan yg kalau diajak, anak-anak saya akan tersenyum bersetuju. Mesti on jer. Wife pun sama, peminat tegar tomyam di situ. So, hari ni saya nak memperkenalkan Pak Hussin Tomyam. Kat bawah tu anak nombor dua tgh berposing sakan..



Pak Hussin Tomyam ni terletak di Sg Ara, Pulau Pinang. Alamat penuh ada kat bawah ni.

14, Jalan Bayan, Kampung Tersusun Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

GPS location pula ada kat bawah ni.

5.3232758,100.2744279

Kedai Pak Hussin Tomyam ni bersih. Itu sudah jadi major plus point untuk kami sekeluarga pergi ke sana. Susun atur meja sesuai utk bilangan guest yg ramai dan juga sedikit. Apa yg saya notice, lunch time pada hari bekerja, orang yg ke sana tu ramai. Jadi, disyorkan buat enquiry dan tempahan dulu sebelum pergi. Makanan dah sedap, sure ramai yg pergi kan?





Berapa harga kalau makan kat sana tu? Mahal tak? Jawapan ada kat bawah tu. Kalau kami sekeluarga pergi ke sana, selalunya kami akan order Set A yg berharga RM53. Kami akan order extra Tomyam campur together with Set A. Order extra sebab anak-anak memang suka tomyam kat situ. Satu bowl tak cukup! Kadang-kadang nasi pun kena order lebih. Mana taknya, anak-anak 3 kali tambah! Actually bukan anak-anak ja tambah, yg mama ngan abah ni pun tambah juga. Habis la diet...Jadi total yg kami belanja selalunya tak lebih RM65, with that extra tomyam and rice. Tak la mahal rasanya..


So, apa ada dalam Set A? First of all, tomyamnya la. Kat bawah tu gambar tomyamnya. Colour pun dah cukup cantik. Tu belum try rasa lagi. Memang sedap. Pedasnya ada, masamnya ada, hangatnya pun ada. Memang best. Susah nak describe. Sekali hirup, pergghh, nikmatnya....siap peluh pun keluar. Isi tomyamnya pun banyak.




Yg tengah terbaring dalam pinggan tu tak lain dan tak bukan ikan siakap, seabass kalau bahasa orang putih. Kalau ikut Set A, ikan siakap tu akan dimasak stim. Tapi boleh ditukar jenis masakannya. Kami selalu tukar kepada masak 3 rasa. Ikan ranggup, dan kuah 3 rasa memang best. Selalunya si abah iaitu yang menulis ni akan jadi tukang habiskan sisa isi ikan kat kepala. Sedap woo..



Yang ni tak perlu diperkenalkan kut. Kailan ikan masin. Sedap juga. Saya yang tak suka makan sayur pun kata sedap, jadi kesimpulannya memang sedap la.


Bersama Set A, dapat satu jag (jug) air. Default kami selalu order fresh orange. Ada option lain. Tapi, saya tak tau apa option yg lain tu.


Ada satu jenis lauk lagi. Ayam goreng kunyit. Tak ada gambar. Terlupa nak ambil. Itu pun sedap, rangup.

Ok, itu ja sharing untuk kali ni. Kalau dah sampai Penang tu, dan teringin nak pekena tomyam, boleh la try kat situ. Kalau ada kedai lain yg best, share la kat sini.

Salam....

Comments