Assalamualaikum,
Dari semalam aku ada menyimpan tekad untuk kayuh ke Butterworth Outer Ring Road (BORR). Dah lama tak kayuh ke sana tu. Dah lama tak tengok suasana pagi sambil mendengar bunyi ombak kat situ. Dah lama aku tak kayuh ke sana tu sebenarnya bersebab. Jalan ke BORR banyak kenderaan. Jalannya sibuk, banyak bas, lori kontena yg guna jln ke sana. Kesimpulannya, berbahaya la. Tapi hati ni dah nekad nak ke sana. Jadi, considering risk tu, aku pilih pagi tadi iaitu pagi Ahad, dengan harapan jalannya kurang sibuk.
Alhamdulilah, semua berjalan lancar pagi tadi. Jalan agak lengang. Puas hati dapat menikmati suasana pagi di tepi pantai.
Dapat lebih 24km pagi tadi. Penat, tapi hati puas. Insyaallah aku akan datang lagi......
Comments
Post a Comment