Assalamualaikum,
Setelah bumi Malaysia ni riuh rendah dgn GSTnya pada 1 April 2015 yg lepas, rupa-rupanya pada tarikh keramat yg sama, ada kerajaan negeri yg mengambil kesempatan menangguk di air yg keruh dlm suasana gegak gempita itu dgn secara liciknya menaikkan tarif air sebanyak 16.7%. Bila rakyat sibuk gelisah merenung nasib kerana GST dan rakyat rata-rata memberi tumpuan membelasah kerajaan persekutuan, rupanya-rupanya rakyat di Pulau Pinang mendapat double blow. Nasib malanglah penduduk Pulau Pinang seperti aku bila terkena macam ni. Kalau GST 6%, kenaikan tarif air tu saja pun dah 16.7%. Nampak di segi luarannya parti pembangkang sayangkan kebajikan rakyat. Rupa-rupanya.....
Sejak pulang ke tanah air Malaysia ni pada bulan Julai tahun 2000, aku dah tiga 3 kali dapat membuang undi di dalam pilihan raya umum. Dan setiap kali pilihan raya itu, tak pernah sekali pun kerajaan persekutuan sekarang mendapat undi aku. Undi aku hanya untuk pembangkang. Pembangkanglah bagi aku harapan untuk melihat Malaysia ni lebih prosper dan berdaya saing.
Tetapi sekarang, hati ini mula meronta, mula tidak berpuas hati dgn kelompok yg aku pilih ini. Impian untuk melihat sebuah shadow government yg bagus nampaknya tak akan kesampaian. Shadow cabinet ni penting untuk mengkritik polisi atau tindakan sesebuah kerajaan. Pembangkang sekarang aku lihat memang sibuk dalam hal ehwal mengkritik kerajaan persekutuan. Tapi setakat itulah saja yg aku dapat lihat dari pembangkang. Kritikan.
Apa yg lebih penting dlm pembentukan shadow government ini ialah memberi atau membuat pilihan alternatif. Jadi, bukan setakat kritik sahaja, berilah pilihan alternatif. Berilah idea bagaimana untuk selesaikan sesuatu polisi itu dgn cara yg lain. "GST menyusahkan rakyat!". Berdegar-degar bunyi suara pembangkang membantah GST. Tapi apa alternatif kamu selain GST? Apa alternatif kamu utk kurangkan bebanan cukai kepada rakyat? Apa cara kamu untuk mengenakan cukai kepada businesses yg dulunya melakukan pengelakkan dan penipuan cukai? Bagaimana cara kamu untuk kurangkan ekonomi terselindung? Benda-benda macam ini yg aku nak dengar. ALTERNATIF. Bila beri kritikan, berilah alternatifnya juga.

"Complaining about a problem without giving a solution is called whining." - Theodore Roosevelt
Bila next general election, aku akan berada dalam dilemma. Kerajaan persekutuan tak akan dapat undi aku, pembangkang pun rasanya tak akan dapat undi aku. Kedua-duanya sama sahaja. Utamakan rakyat konon......bosan, jelek dan jijik rasanya.
Jadi siapa yg aku nak undi?
Ada pilihan ketiga?
Assalam ajip,
ReplyDeletelaaaaaaaaaa
naek kaaaaaaaa???
satg balek nak tgk bill
Naik la....dah confirm dah. kita la yg kena......
Delete