Assalamualaikum,
Khutbah Jumaat pada hari ini disampaikan oleh Dr Danial Zainal Abidin di Masjid Jamek Sg Gelugor, Pulau Pinang. Dah lama tak dapat mendengar Dr Danial sampaikan khutbah, alhamdulillah hari ni ada rezeki....
"Celik ranting, buta akar"
1. Agak menggerunkan bila sebahagian umat Islam sudah menganuti konsep pluralisme. Golongan ini iaitu golongan pengamal Islam liberal sudah menerima konsep semua agama itu sama.
2. Agenda menegakkan Islam sepatutnya menjadi agenda utama kita umat Islam di Malaysia ini.
3. Ramai non-muslim masih tidak kenal Islam. Isu kalimah Allah menyedarkan kita tentang hal ini. Isu kanun syariat juga menyedarkan kita tentang hal ini. Betapa non-muslim takut kepada Islam, keliru tentang Islam. Mereka merasakan Islam itu agama keganasan, dan Islam juga bukan agama keadilan, terutamanya keadilan kepada non-muslim.
4. Perlunya berdakwah pada non-muslim dengan berkonsepkan rahmat untuk sekalian alam. Islam itu datang bukan untuk memporak-perandakan manusia. Nabi dan Islam datang utk membawa rahmat untuk sekalian alam. Rahmat itu menyeluruh, termasuklah untuk non-muslim serta haiwan sekalipun. Seperti yg diceritakan di dlm hadis bagaimana seorang lelaki yg memberikan minum kepada anjing yg terjelir lidahnya kerana dahaga, dijanjikan syurga kepadanya kerana membantu haiwan tadi.
5. Tetapi masih ramai non-muslim yg tidak tahu bahawa rahmat ini untuk semua di alam ini. Adakah Melayu Islam lupa tentang tanggungjawab dakwah ini?
6. Umat Islam di Malaysia disibukkan dgn hal-hal ranting. Isu ranting yg menyebabkan pecah belah. Isu ranting berkenaan mazhab. Entah bila kutuk mengutuk, hentam menhentam antara umat Islam Malaysia ini akan selesai. Mungkin bila selesai isu ranting, baru umat Islam Malaysia akan nampak agenda-agenda yg lebih besar seperti berdakwah pada non-muslim.
7. Siapa wahabi, dan siapa bukan wahabi? Siapa salafi dan siapa bukan salafi? Semua perbalahan ini perlu dihentikan. Sebabnya dlm Islam, perbezaan pendapat dlm hal ranting bukannya sesuatu yg baru. Mari kita kembali kepada basic. Basic of Islam. Bertelagah sesama sendiri berkenaan isu ranting itu amat merugikan.
8. Jika perbezaan pendapat itu berdasarkan nas yg betul, berdasarkan methodology yg betul, jgnlah kutuk mengutuk.
9. Dr Yusuf Qardhawi ada berkata, mengikut mazhab itu tidak salah, tetapi fanatik atau taksub mazhab itu salah.
10. Kita kena faham perbezaan pendapat itu tidak dapat dielakkan. Sepatutnya lahir flexibility. Jadi bila ada perbezaan pendapat berkenaan isu ranting, berlapang dadalah kita kerana kita perlu tahu ada isu yg lebih besar yg perlu selesaikan. Dakwah kepada non-muslim, isu pluralisme, isu Islam liberal, isu menghina nabi, isu salah guna kuasa, isu ekonomi umat Islam yg semakin terhakis adalah antara agenda besar yg umat Islam perlu fokuskan. Tapi sayang umat Islam disibukkan dgn isu-isu ranting.
11. Surah ali-imran ayat 110.
Kita bukan yg baik, kita adalah golongan yang terbaik. Tapi dengan syarat kita melakukan 3 agenda besar.
- ajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Dan kebenaran Islam itu adalah yg paling agung.
- mencegah dari mungkar.
- kesemua yg kita lakukan itu, tunjangnya ialah beriman pada Allah. Bukannya kita ajak manusia kearah kebaikan dan cegah kemungkaran itu kerana parti politik, kerana persatuan, semua sepatutnya kerana iman kepada Allah.
12. Semoga umat Islam hari ini tidak celik ranting, tapi buta akarnya.
Salam....semoga mendapat manfaat utk kita semua.
Comments
Post a Comment