Assalamualaikum,
Pada cuti Tahun Baru Cina yg lepas, saya dan family ada buat satu short trip balik ke kampung di Alor Setar. Dah sampai ke sana tu, saya dapat tahu ada satu pameran interaktif Dinosour yg sedang dibuat di Balai Seni Negeri. Kalau pameran macam tu memang sesuai untuk kanak-kanak. Dapat beri exposure yang bagus kepada mereka. Tak la asyik dengan iPad jer siang dan malam. Jadi pada petang Jumaat, iaitu hari kedua Tahun Baru Cina tu, saya bawa anak-anak saya dan seorang anak saudara ke pameran tu.
Kat mana Balai Seni Negeri tu? Landmark ni senang je nak cari. Ia berhampiran dengan Masjid Zahir, iaitu masjid negeri untuk negeri Kedah ni. Balai Seni Negeri tu ada berhadapan dengan Masjid Zahir tu. kat bawah ni gambar Masjid Zahir yang sempat saya ambil pada hari saya ke Dino Trek 2 tu.
Landmark lain yang berhampiran Balai Seni Negeri tu ialah Muzium Di Raja dan Balai Besar. Tapi kalau tak tahu jugak nak cari, boleh le refer GPS location kat bawah ni.
6.118796, 100.365620
Kat area tu, kawasannya cantik. Lapang. Selalu bertembung dengan pasangan pengantin baru yang buat photo shoot kat sana. Yang pengantin tak berapa baru macam saya ni pun kadang-kadang teringin nak bergambar kat situ.
Parking untuk ke Balai Seni Negeri tu tak susah. Ada satu kawasan lapang berhampiran yang boleh digunakan untuk parking. Yang bestnya, tak perlu bayar parking. Untuk orang yang suka berjimat cermat macam saya ni (kedekut? hahaha), memang suka la benda-benda free macam ni.
Berapa lama pameran Dino Trek 2 ni akan berada di Balai Seni? Itu saya sendiri tak pasti. Semasa pameran ini dibuat di Bandar Perda, Pulau Pinang dulu, seingat saya pameran itu lebih dari satu tahun. Actually saya memang dah pernah bawa anak-anak saya ke pameran Dino Trek semasa di Bandar Perda tu. Lebih dua kali kalau tak salah saya. Anak-anak memang minat dengan dinosaur ni. Sebab tu bila dapat tahu kat Alor Setar pun ada, saya ambil kesempatan untuk bawa mereka ke sana lagi. Yang tengah berposing sakan dan berlari nak ke Balai Seni tu anak-anak saya la tu. Yang seorang lagi tu sepupu diaorang. Seronok nak jumpa T-rex ler tu.
Bayaran masuk tak mahal. Saya rasa harganya sangat berpatutan. Apa sangat la RM5 kalau tempat yang kita bawa mereka tu ada benda yang berfaedah.
Di dalam ruang pameran, ada banyak interactive stations yang kanak-kanak boleh cuba. In all honesty, saya yang adult ni pun rasa seronok dapat tumpang main. Tapi kalau hari yang ramai pengunjung tu, kena menunggu la untuk bermain at those stations. Kena faham la yer. Jangan berebut sudah. Ketika macam tu, parent kena main peranan penting. Kena beri galakan atau ajar anak supaya bersabar. Jangan jadi parent yang ajar anak potong line. Tak betul tu.
So, apa yang ada di dalam sana? Ini masanya untuk share a few pictures. Saya tak sempat nak ambil semua attractions. Sebabnya pada hari tu saya seorang kena jaga 3 kanak-kanak. Tak menang tangan jugak. Tambah pula orang ramai, jadi mata liar jer tengok anak-anak ni. Takut terlepas pandang.
Itu ialah contoh bagaimana mereka buat supaya dinosaur yang dipamerkan di sana tu dapat bergerak. Yes, model dinosaur di dalam pameran tu boleh bergerak-gerak. Macam real je. Tambah pulak model-model tu boleh keluarkan bunyi, lagi la real. Tapi warning, ada kanak-kanak yg takut. So parent bersiap sedia la cara nak pujuk anak-anak tu bila dah nangis. Model-model dinosaur tu banyak gunakan motor, cylinder, cam supaya dapat bergerak. "Tulang" dinosaur tu mostly are made out of metal. Ala-ala Terminator la. Interesting la jugak. Yang bapa budak macam saya ni pun rasa seronok.
Sesi bergambar dengan dinosaur.
Ada juga beberapa manned stations di mana akan ada orang yang akan beri penerangan berkenaan sains. Jadi boleh biarkan anak-anak kita mendengar cerita dan info sains di those stations.
Berhampiran pintu keluar, ada satu pit. Pit tu dibuat ala-ala excavation site. Jadi kanak-kanak boleh start mengorek dan membersihkan "tanah" supaya nampak fossil dinosaur yang tertanam. "Tanah" tu actually bukannya tanah betul. Bila saya pegang "tanah" tu rasanya kenyal, macam getah. Anak-anak dan anak saudara saya tu spent masa yg agak lama juga di situ. Masing-masing ada shovel dlm tangan, apa lagi, asyik mengorek la.
All in all, it was a good trip. Bagus dapat expose anak-anak to science. Dan yang pentingnya, they had a good time. My recommendation to parents out there, if you do stop by Alor Setar, you might want to spend some time there.
Kat bawah ni ada a few pictures of the surrounding area. Dah dekat dgn menara tu....
Itu jer....salam...
Is exhibition still on in alor setar plz do inform
ReplyDeleteHi, I'm sorry to inform you that the exhibition is now no more available in Alor Setar...
Delete