Assalamualaikum,
Selepas hampir 7 minggu tak berbasikal, ketagihan tu dah susah nak dikawal lagi. Selalunya setiap minggu aku berbasikal. Jadi bila badan berhibernate terlalu lama, rasanya cukup tak selesa. Terasa badan berat, tak sihat. Tambahan pula setelah membedal segala mak neka (bahasa oghang Kedah tu) semasa berhari raya yg lepas.
Alhamdulilah, 2 minggu yg sudah aku dapat sedikit kelapangan untuk berbasikal. It was a Saturday morning. Malam sebelumnya hujan sangat lebat. Tapi paginya sungguh cantik....berkabus sejuk. Sepanjang sejam aku berbasikal, kabusnya masih ada. Teringat driving bersama family semasa di Leeds dulu. It is good to be back on the road......
Comments
Post a Comment