Kuih Mochi dari Jepun

Assalamualaikum,

Lebih 8 tahun yang sudah, saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Jepun. Tak pernah terfikir pun satu hari nanti dapat pergi ke negara matahari terbit tu. Trip saya ke sana tu diatas urusan kerja. Syukur alhamdulilah. Kalau nak pergi ke sana dengan duit sendiri mungkin tak mampu. Kos di sana tu mahal. Susah nak jumpa barangan murah melainkan beli kesemuanya di kedai ¥100. Hmmmm....bila difikirkan balik, saya tak pernah pergi ke luar negara dengan duit sendiri. Kesemuanya trip-trip saya sama ada kerana urusan kerja atau disebabkan diberi biasiswa untuk menyambung pelajaran. Penuh jugak la passport dengan bermacam cop. UK, Europe, Taiwan, Jepun, China, Hong Kong, US. Alhamdulilah, bersyukur atas rezeki yg tuhan bagi ni. Jgn salah faham ya, bukan niat untuk riak atau bongkak. Cuma nak share supaya saya yang menulis sentiasa bersyukur dan kepada yg membaca mendapat motivasi untuk work/study hard and smart.

Berbalik kepada trip ke Jepun tu. Saya berpeluang ke sana sebanyak 2 kali. Untuk kedua-dua trip tu saya berada di Osaka. Kali pertama selama 5 hari dan kali kedua selama 3 minggu. Trip yg kedua tu lama....teringat kat family yg kena tinggal kat Malaysia time tu. Tambah pulak anak kecik lagi. Dah la manja dengan abah dia ni. Bila dengar cerita anak saya tu demam pulak, lagi la duk asyik teringat. Memang tak best bila travel sorang-sorang ni. Demi kerja...
Kat Jepun nak habaq mai, makanan punya la susah nak cari yg halal. Telur bungkus yg mulanya diingatkan halal, rupa-rupanya ada daging tak halal kat dalamnya. Nak minum sup, kemudian dapat tahu sup dibuat dengan campuran tulang b***. Kat cafe tempat kerja di Jepun tu pulak setiap hidangan ada diletakkan gambar daging setiap binatang yg dihidangkan. Kalau ikan, diletak gambar ikan. Kalau daging lembu, diletak gambar daging lembu. Kalau daging b***, diletak gambar daging b*** tadi. Kadang-kadang, ehhh...silap. Selalunya, makanan macam ikan diletak bersebelahan daging b***. Jadi bila nak ambil ikan tu pun tak tergamak. Dah la bercampur aduk pinggan mangkuk dan sudu garpu. Mencabar sungguh la...Tension jugak la dibuatnya duduk lama-lama kat Jepun tu. Last-last bawak tupperware dengan sudu garpu sendiri. Bila nak membeli makanan macam roti atau sebagainya pun susah. Semuanya ingredient ditulis dalam bahasa Jepun. Mana la orang Kedah macam saya ni nak faham. Susah betoi. Kena la asyik heret kawan yg faham bahasa Jepun ke sana ke mari untuk jadi tukang translate. Apa nak buat kan.
Tapi dalam susah nak cari makanan tu ada saya jumpa makanan yg halal dan sedap. Apa kebendanya? Kuih mochi. Kuih ni dibuat menggunakan tepung beras. Kat dalamnya ada kacang ala-ala kacang merah tu. Sedap sangat. Bila kali last saya ke Jepun tu, memang saya bawa balik banyak kuih tu. Bagi family makan. Tapi nak stock banyak-banyak tak boleh, sebab tarikh expiry dia singkat sangat. Kalau dibeli hari ni, kena makan dalam seminggu. So sejak 8 tahun lebih ni jugak la saya asyik mengidamkan kuih mochi ni. Teringat ooo...kalah orang mengandung. So bila ada kawan di tempat kerja nak pergi ke Osaka 2 minggu sudah, hati ni dah seronok dah. Rasa best. Dah ada mangsa saya boleh pesan beli kuih mochi!!
Pada tanggal 16/04/2014 yg lepas, termaktublah satu lagi insiden di dalam lipatan sejarah diri ini bila saya dapat bertemu kembali dengan kuih mochi. Kawan saya tu bawa balik 4 paket! Setiap paket ada 5 biji. Bila masuk jer kuih mochi tu ke mulut, berlakulah flashback betapa nikmatnya kuih tu. Over betoi. Anak yg sulung tu pun suka. Banyak dia makan. Rasa berat juga nak bagi anak makan sebab abahnya ni sebenarnya rasa nak baham kesemuanya. Tapi sebab sayang anak punya pasal, ok je la. Wife pun suka. Siap bawak bekal ke tempat keja lagi. Anak yg kecik je yg tak berapa minat. Nasib baik...kalau tak, sure lagi cepat habis.....
Kuih mochi ni datang dalam beberapa perisa. My favorite? Kesemuanya! Nak tau camna rupanya kuih mochi tu? Sila la tengok koleksi gambar-gambar kat bawah tu. Senang lepas ni kalau nak pesan kepada sesiapa yg ke Jepun tolong belikan kuih mochi. Tunjuk jer gambar-gambar tu. Sure tak salah. By the way, harga kesemua 4 paket tu kalau dah diconvert ke duit ringgit ialah RM32. 
  












Setakat ni jer untuk kali ni.
Sayonara.

Comments