Program Kayuhan Keluarga Surau Taman Pauh Jaya 2014

Assalamualaikum,
 
Pada 31/01/2014 yang sudah, surau di kawasan saya tinggal ada menganjurkan satu aktiviti yang bertujuan merapatkan silaturrahim among penduduk di sekitar kawasan surau. Aktiviti tu ialah aktiviti berkayuh basikal yang dibuka penyertaannya untuk semua penduduk di sana. Jarak berkayuhnya tak jauh, hanya 10km. Tak jauh dan tak dekat sangat. Sesuai untuk semua peringkat umur dari yang kanak-kanak ke peringkat yang sudah berusia. Saya yang memang kaki kayuh ni, memang dah pasang niat untuk join. Sadly, hanya saya seorang didalam family saya yg akan join, memandangkan anak-anak belum dapat lesen kayuh basikal while my wife kena kerja pada hari tu. Program ni yang kedua dibuat oleh pihak surau. Yang pertama ialah pada tahun sudah. Saya tak join program yang pertama disebabkan ada urusan yang tak dapat dielakkan.


Program bermula pada pukul 7 pagi. Ada yang datang secara solo dan ada yang datang bersama-sama anak-anak. Campur tolak ada la dalam 20 ke 30 orang yang mengambil bahagian. Pihak surau ada berkata tahun sudah lebih ramai yang mengambil bahagian tidak seperti tahun ini. Mungkin faktor masa yang tidak sesuai menyebabkan ramai tak turut serta, memandangkan program ni dibuat pada long weekend (cuti tahun baru cina). Jadi ramai penduduk mungkin mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Tetapi tak mengapa, kayuh tetap kayuh.
 

Selepas kurang lebih 1 jam masa diberi untuk mendaftar, masa untuk berkayuh pun tiba. Tapi sebelum kayuh, kena la bergambar sikit buat kenang-kenangan.
 


Pada hari tu, aktiviti berkayuh ni dibuat di kawasan sawah. Bagusnya kayuh ke kawasan sawah ni ialah tak banyak kenderaan besar seperti kereta dan lori. Lebih selamat. Sesuai la memandangkan ramai kanak-kanak yg join sekali. Tak la risau sangat.


Dalam berkayuh tu, ada beberapa pitstop disediakan. Di setiap pitstop tu, untuk kanak-kanak disediakan soalan ala treasure hunt. Jadi bertebaranlah anak-anak ni mencari jawapan di tengah-tengah sawah. Kebanyakan soalan adalah berkenaan nature...tentang serangga, tumbuh-tumbuhan etc etc...






Di pitstop ketiga yg juga pitstop terakhir, pihak surau ada sediakan sedikit makanan. Nasi lemak, pulut dan beberapa jenis minuman disediakan. Makan "berkelah" beramai-ramai ni seronok jugak. Habis 2 bungkus nasi lemak saya bedal. Jadi berselera la pulak.







Selepas spending a good half hour di last pitstop tu, masing-masing dah bersedia untuk berkayuh pulang. 
Bila saya check trip meter bila dah sampai balik ke surau, total distance covered ialah 13km. Tapi saya nampak tak ada yg mengadu lenguh-lenguh, masing-masing tersenyum jer. Bagus la...


Kita kalau sebut surau atau masjid, apa yg first timbul di kepala ialah kedua-duanya ialah tempat kita umat Islam beribadat. Majlis ilmu seperti kelas fardu ain, kelas mengaji, ceramah agama dan bacaan yasin selalunya sinonim dengan surau atau masjid. Jarang rasanya surau atau masjid nak adakan aktiviti kayuh basikal. Di atas sebab tu, saya rasa terpanggil untuk mengucapkan terima kasih buat pihak surau yg bersusah payah menganjur satu aktiviti yang lain dari yang lain. Keep up the good work. Tahniah dan terima kasih untuk geng-geng Surau Taman Pauh Jaya. Semoga aktiviti seperti ini akan sentiasa diteruskan.

Comments