Makan Nasi Beriani Kambing di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet

Assalamualaikum,

"Jom kita cuba makan kat Puncak Mutiara. Ramai member cakap sedap. Especially nasi beriani kambing dia. Orang yg jauh pernah pergi, kita yg dekat tak pernah sampai". Dengan ayat-ayat dari wife saya tu tadi, kami sekeluarga akhirnya menjejakkan kaki ke Puncak Mutiara Cafe pada 27 December 2013 yg sudah. Memang dah lama teringin nak pergi, tapi mcm biasalah, sibuk. 


Bila sampai di parking lot cafe tu, mata saya ni tertarik dengan satu objek nih. Satu banner yg mengatakan ada kelas snorkelling di sana. Terkejut saya. Apa kehalnya buat kelas snorkelling di tengah-tengah kampung (buat pengetahuan semua, Puncak Mutiara ni terletak di kawasan perkampungan, ada suasana kekampungan sikit). Rupa-rupanya, dlm compound Puncak Mutiara tu baru dibina satu kolam renang. Jadi boleh la aktiviti snorkelling dijalankan.


Overall, Puncak Mutiara tu tempatnya bersih. Banyak disediakan pondok-pondok sebagai tempat makan. Ada yg boleh bersila, ada yg boleh duduk. Pilih saja yg mana sesuai dengan hati. 




Kat sana juga ada ladang kambing, arnab, burung unta. Sesuai untuk anak-anak. Dalam menunggu makanan nak sampai, boleh bawa anak-anak tengok bintang-binatang tadi. 



Memandangkan tempat makan dan ladang-ladang tadi agak dekat, disyorkan kepada yg tak tahan bau hamis kambing dan bau-bau lain yg seumpama dengannya, boleh la pilih bilik beraircond. Itulah pilihan kami sekeluarga.


Kami pada hari tu pilih set beriani talam paha kambing. Kat sana memang ada beraneka jenis makanan lain, tapi aim kami ialah nak pekena nasi beriani talam paha kambing tu. Itu masakan yg direcommendkan oleh kawan wife saya. Sedap katanya. 
Lebih kurang 5 ke 10 minit menunggu kami dihidangkan appetizer buah-buahan. Memandangkan masing-masing dah kebuluran (sebab kami pergi selepas sembahyang Jumaat. Sampai ke sana pun dah nak dekat pukul 3 petang), buah-buah tu la menjadi mangsa pertama kami.



Tak lama selepas tu, main course pun sampai. Excited sungguh bila tengok waiter datang mengusung talam yg besar. Bila talam dah diletak atas meja, lagi la terkejut bila tengok nasi beriani tinggi menggunung dalam talam tadi. Masa untuk membedal sudah tiba. Yang dalam 3 mangkuk putih tu adalah air asam, kari kambing dan kurma kambing. Mana paha kambing? Paha kambing ada di bawah timbunan nasi beriani tu. 



Our verdict? Sedap ke tak sedap?.....Anak saya yg sulung tu kalau sedap satu-satu masakan tu, dia akan makan banyak. Hari tu berkali-kali dia nak tambah. Yang bongsu tu pulak, habis saki baki nasi beriani dalam talam tu dia kutip dan makan. Licin. Yang mama ngan abah diorang terlentang senyum kekenyangan. Maid pun berselera jugak makan. Kesimpulannya, sedap! Kat bawah tu fossil-fossil yg kami tinggalkan.

Harga untuk setalam nasi beriani paha kambing? Sila lihat bil di bawah. Set tu untuk 4 ke 5 orang makan. Kat sana, credit card diterima. Jadi makanlah dulu, selepas tu baru fikir camna nak bayar.

Location? Boleh guna coordinate dari Google Map di bawah.

5.415249,100.456138

Adakah kami akan pergi ke sana lagi? Insyaallah, kalau ada sedikit rezeki, boleh lah kami sekeluarga ke sana. Kalau dah sedap, sure pergi lagi kan...kena kumpul duit....
Itu jer untuk kali ni. 
Selamat makan!

Comments