Mee udang Ayu di Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul

Assalamualaikum,

Hari ni hari Sabtu. 31 Ogos 2013. Apa nak dibuat ya? My wife and I dari pagi lagi dah sibuk berbincang apa nak dibuat untuk hari ni. Tapi kebanyakan apa yang dibincangkan ialah tempat mana nak pergi untuk makan-makan. Hari ni, our neighbour ada buat sedikit majlis tahlil merangkap rumah terbuka raya. Jadi, secara automaticnya lunch sudah settle. Jadi sesi untuk makan-makan ni ialah untuk minum petang merangkap dinner sekali la. Dalam berbincang tu terkeluar la idea nak pekena mee udang Kuala Sepetang, mee udang Juru, makan ikan bakar di Teluk Tempoyak, dan macam-macam lagi la. Selepas bincang punya bincang kami decided untuk cuba mee udang di Teluk Kumbar. Nak cuba tempat baru sebab kami belum pernah pekena mee udang di situ. Selepas selesai berGoogle, ramai orang recommendkan untuk pekena mee udang Ayu. Katanya sedap. Lepas make-up lebih kurang kami pun keluar untuk ke Teluk Kumbar.

Disebabkan ini first time kami nak ke situ, jadi jenuh la nak mencari. Satu advice, gunakan smart phone atau GPS anda dengan sepenuhnya. App Google Maps memang amat berguna di saat-saat genting macam ni. Untuk yang tak ada smartphone atau GPS, petua untuk ke situ ialah:

1. Anda kena la berada di Pulau Pinang. Kalau kat negeri lain sure cari sampai ke sudah tak akan jumpa.
2. Anda kena cari Jalan Teluk Kumbar. Cara paling senang untuk ke Jalan Teluk Kumbar tu ialah by heading to the Bayan Lepas Airport. Bila dah nak sampai ke Bayan Lepas Airport, there will be plenty of signbords yg menunjukkan arah ke Teluk Kumbar. Kalau follow signboard ke Balik Pulau pun boleh dari airport tu.
3. Teruskan di Jalan Teluk Kumbar. Bila dah jumpa a huge signboard bertulis Gertak Sanggul, bersiap sedialah untuk belok ke situ.
4. Bila dah siap belok ke Jalan Gertak Sanggul, make a right turn dekat simpang yang pertama kedua.
5. Kemudian make another right turn pada another simpang yang pertama.
6. Then get ready, sebab dah sampai.

Bila dah sampai tu, anda akan nampak signboard yg sungguh ayu. Ayu sangat. Kalau tak nampak, tandanya dah sesat la tu.
Hmmm....so tempat ni sebetulnya Teluk Kumbar ke Gertak Sanggul? Dah masuk simpang Gertak Sanggul should be mee udang Gertak Sanggul la kan? Tak ke logic cam tu? Tak mengapalah, untuk nak tambahkan kepada kekusutan nih, saya decided untuk letak title untuk post saya yang ini "Mee udang Ayu di Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul". Senang cerita....




So apa specialty kedai diaorang tu? Cuba tengok kat menu di bawah. Serba-serbi udang. Kami order mee udang dan maggi udang untuk hari tu. Dah tahu harga makanan, sila make sure duit dlm wallet cukup. Kalau ada orang lain tolong bayarkan, make sure beri senyuman kepada tukang bayar secukup rasa.
 

 Kat dalam kawasan kedai makan tu ada la pulak sign mee udang cantik. Tadi ayu, nih cantik pulak. Makanan di serve oleh supermodel gamaknya...hehehhe.
Satu benda yang saya nak highlight kat sini. Kedai tu sangat bersih. Mejanya kemas dan bersih. Lantainya tak kotor dan satu benda yang saya suka sangat ialah seekor kucing pun takde. Saya memang tak berapa kawan dengan kucing. Geli.....


Selepas siap mengorder, makanan dan minuman pun sampai. Kami tak perlu tunggu lama. Tak lebih 10 minit, makanan dah terhidang di depan mata. Setiap pinggan mee udang tu akan ada 3 ekor udang. Bila mee tu mula-mula sampai, sebenarnya semua udang-udang tu tak nampak. Saya ingat diaorang dah tersalah ambil order. Rupa-rupanya semua udang tu diletakkan di bawah mee. Sepatutnya letak atas la supaya bila customer nampak baru terasa teruja tengok udang-udang tergolek di atas mee. Dah nama pun mee udang kan, bukannya mee kuah.
Jadi, untuk sesi penggambaran, saya pun susun la udang-udang tadi cantik-cantik (ayu-ayu) atas mee. Hasilnya, macam kat gambar-gambar bawah ni. Terliur giler....
 



So, sedap tak? Kalau tengok pinggan saya kat bawah ni dah boleh agak tak jawapannya? Saya rasa mee udang Ayu tu sedap, tapi seingat saya mee udang di Kuala Juru lebih sikit powernya. Portion atau pun size serving kat Kuala Juru tu pun lebih besar. Tapi ye la, tekak masing-masing berbeza. So, satu advice dari saya, just go and try it for yourself. Honestly, saya rasa tak rugi mencuba.

Nampak gayanya nak kena buat satu post untuk mee udang Kuala Juru la pulak. So tungguuuu...
 


Ohh..sebelum lupa. Kat mee udang Ayu tu ada disediakan a small surau. Jadi tak perlu la nak risau nak mencari surau atau masjid untuk bersolat. Jangan nak bagi alasan nak ponteng solat pulak. Kemudahan dah ada tu.


 
So, that's all for now. Jumpa lagi di post seterusnya.....salam.

Comments

  1. nampak segar udang tu..... seronoknya makan mee yang ada udang besar, segar dan banyak macam ni...

    ReplyDelete
  2. memang sedap. saya pernah tinggal di kwsn situ. situ ialah teluk kumbar. gertak sanggul atas lagi.. kena teruskan pjlnn melepasi kwsn berbukit2 barulah sampai ke kwsn perkampungan nelayan. agak2 dlm 6-7 km gak lah dr situ.

    ayu mi udang ni sedap..dan jalan2 cari makan pernah singgah di sini. tapi kalau en razif nak yg murah dan setanding sedapnya kat area sg dua ada kedai aziz mee pak ngah.. situ pun boleh tahan sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, saya pun confuse mee udang ayu ni terletak kat mana. Sebab tu nak senang cakap terus both gertak sanggul ngan teluk kumbar. Terima kasih sebab bagi clarification.

      Saya pernah dengar pasal mee pak ngah tu. Cuma belum sempat nak jejak kaki. Satu hari ni kena cuba. Thank you sebab bagi cadangan utk ke kedai tu ya..

      Delete
  3. tgh mkn d cni..x sedap n lambat..sedap lg mak jah kuala sepetang..

    ReplyDelete
  4. Ye ke....nampaknya saya kena cuba mee udang mak jah di kuala sepetang lepas ni. Terima kasih sebab sudi share your thoughts.

    ReplyDelete
  5. Kuah mi udang mak jah terasa sangat udang kering dan masin sikit.

    ReplyDelete

Post a Comment