Shopping di Austin, Texas

Assalamualaikum,
 
Salah satu benda yang Malaysian will do while oversea ialah keluar shopping. At least a small souvenir. Itu la bakal jadi bahan bukti yang kita dah sampai ke sesuatu tempat. Jarang sekali jumpa orang Malaysia yang travel hanya akan duduk di hotel saja while doing nothing. Bayar mahal-mahal untuk travel tapi hanya duduk dihotel....rasanya tak munasabah. Unless of course, tempat yang dituju tu membosankan, or..dah selalu sangat ke tempat tu....or...tiba-tiba tersedar bila dah sampai ke tempat orang, duit di tangan tak cukup....huhuhu...terpaksa makan batu...kalau ada sebab yang lain tolong cakap yer.

Jadi, memandangkan saya memang Malaysian, jadi terpaksa la pergi shopping. Ikut hati malas nak pegi, memang dah perangai sejak azali lagi camtu. So, kat mana nak shopping ni?

Salah satu tempat shopping yang terkenal di Austin ialah Premium Outlets di Round Rock. 2 minggu saya kat Austin ni saya tak pernah terserempak walaupun sekali dengan shopping complex ala Malaysia. Kalau kat Malaysia, kita punya shopping centre selalunya kat dalam multi story buildings macam Sunway Pyramid, Midvalley Megamall, Gurney Plaze and so on. Kat Austin ni lain sikit. Shopping complexnya single storey dan berkonsepkan terbuka. Kat Malaysia, semua kedai are housed inside an air-conditioned building. Tapi ya la, Malaysia panas. Kat Austin cuacanya lebih selesa. Tak begitu panas except during summer (where temperature can exceed 40 degrees celcius).
 
 
 
Premium Outlets tu banyak kedai barangan yang berbranded. In general saya rasa barangannya tak la murah sangat, rasanya kuasa membeli kita ni tak kuat. Unless time tu ada sale. Kalau sale saya rasa boleh la memborong. Coach was having sale, upto 65% reduction from the original price! So, sediakan duit sebelum ke sini...and bring a calculator supaya anda sedar yang barangnya tak la murah sangat pun.
 

Kat bawah ni sesuai ler untuk bebudak. Tapi saya notice ramai jugak adult yg tumpang naik keretapi kecik tuh. Tapi in general, tempat shopping kat situ tak la sesuai sangat untuk kanak-kanak. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Even playground yang kecik pun takde. Saya terfikir jugak kalau bawak anak-anak ni sure diorang boring. Asyik kena keluar masuk kedai jer kerjanya. Takkan nak asyik naik keretapi tu jer. Atau saya yang tak perasan?.....rasanya dah tawaf tempat tu complete dah..
 
 
Satu benda yang menarik ialah pemandangan kat situ cantik. Langit biru. Siap ada different shade of blue lagi. Kalau time Maghrib tu langit nampak cantik sangat. Selalunya kita langit biru tak berawan tu tandanya hari yang panas la. Tapi kat sana sejuk. Dah la dapat pemandangan cantik, cuaca pulak nyaman. Bertuah sungguh depa dapat duduk di bumi Allah kat sana. Syukur jugak dapat tengok kebesaran Allah.
 
 
Ada berani masuk? Setakat window shopping boleh la. Saya kat Malaysia pun beli baju Giant yang selai RM9 tu jer. Beli same design, colour lain-lain. Kalau baju yang cantik-cantik dan mahal sikit tu, selalunya wife yang selalu beli untuk saya. Saya tetap ngan kedai favourite saya iaitu Giant...hahah..
 
 
Nampak sign 65% discount kat kedai Coach tu? Ada colleague sorang, beli berbeg-beg! Macam-macam colour dan jenis dia angkut. Jenuh dia mengusung. Tak tau la berapa banyak habis duit dia. Saya rasa dia dah survey sebelum datang, tengok yang mana murah boleh la diangkut. Actually boleh buat business. Kalau dah ada willing buyer, kita boleh beli a few types, lepas tu mark up say 15 to 20%....or mungkin higher. Dah senang-senang dapat untung. Tapi kena make sure ada buyer la. Tapi saya rasa tak susah dapat buyer, kat Malaysia beg Coach ni in demand. Hmmm...teringat ada colleague sorang cakap yang beg Coach ni actually boleh dapat kat Batu Feringhi, Penang. Of course yang fake punya la. Lepas ni kena ke sana la, survey tengok, mana tau ada yang fake tapi quality bagus. Time tu boleh kut beli banyak-banyak.
 
 
Tu ha beg coach untuk wife. Tersenyum dia bila dapat. Saya jer senyum tak berapa nak menjadi. Tapi ok la. Hadiah untuk wife. Sekali-sekala. Bukannya selalu. Saya beli yang jenis leather. Jadi saya beli jugak sekali leather cleaner ngan leather moisturizer. Nanti senang la sikit nak maintain leather tu. Tambah pulak saya beli jenis yang colour cerah. Saya actually ada satu advice, mungkin tak applicable untuk semua advice ni. Memandangkan beg tu mahal, ada baiknya share atau sms dulu gambar beg yang nak dibeli. Ini untuk kes wife tak ada bersama kita time tu la. At least dapat green light dari wife lepas tu baru la beli. Takut kalau nanti dah beli, mungkin tak sesuai pulak dengan citarasa wife. Kesimpulannya, tak payah la nak surprise surprise. Saya rasa la.....
 

Ok, itu ja untuk hari ni. Hari lain bercerita lagi. Opppss..nanti jap...last cerita. Kat sana tu ada jugak sebuah kedai penuh ngan barang souvenir. Dari t-shirt ke fridge magnet. Memandangkan itu Texas, topi cowboynya pun berlambak-lambak. Bermacam jenis. Saya sempat jugak menghabiskan duit kat situ untuk sedikit buah tangan untuk keluarga di Malaysia. Sorry sebab tak dapat share gambar kedai. Tak teringat pulak nak snap a few pictures kat kedai tu. Mungkin ada rezeki lain kali....
Ok, thank you for stopping by baca cerita tak seberapa nih. Jumpa lagi....Salam
 

Comments

  1. Terpaksalah ye? Hihi..

    nape tak ada gambar handbeg coach tu? Bagus juga tips macam ni, kalau beli tak tanya tuannya mungkin tak berkenan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tengok beg? Nanti bagitau KIna balik kampung bawa sekali. Yg tips tu memang berguna, dah praktik banyak kali dah :)

      Delete
  2. Nice storyline...siap ada free advice lagi and it's true...if u buy something yg mahal better ask first nanti tak de yg menyesal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you....tapi satu hal tentang tip tu, element of surprise dah tak ada. Tapi, at the end of the day, thought counts...

      Delete

Post a Comment