Khutbah Jumaat 08/02/2013

Assalamualaikum
 
Intipati Khutbah Jumaat dari Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda

1. Bersama-sama kita tingkatkan taqwa dengan menurut perintah Allah dan meninggalkan apa yang ditegah olehNya.

2. Jauhilah budaya songsang yang dibawa bersempena hari valentine pada 14/2 kelak.

3. Islam serius dalam menyeru umatnya dalam menjaga ukhwah sesama manusia disamping tingkatkan keimanan.

4. Islam sentiasa membajai sifat saling sayang menyayangi sesama manusia dalam mewujudkan sebuah masyarakat harmoni.

5. Di bulan Februari kekasih mula lah terbayang kuntuman ros dan malam yang romantis serta hadiah istimewa dari orang yang disayang.

6. Apa pentingnya menyambut hari valentine di dalam bulan Februari? Ini salah satu cara menghakis aqidah umat Islam. Hari Valentine disambut secara tidak bermoral, dengan bukan mahram berpasangan secara bebas melewati batasan Islam. Apa yang diikut itu berbeza syiarnya dan aqidahnya dari Islam.

7. Yahudi dan Nasrani tidak akan suka pada kamu kecuali bila kamu menjadi pengikut mereka. Sesiapa meniru sesuatu kaum maka dia akan menjadi seperti kaum itu juga.

8. Ada padanya hari valentine itu unsur unsur dari agama Yahudi dan Nasrani.

9. Satu sejarah mengatakan hari valentine adalah satu hari memperingati dewa dan dewi yang disembah masyarakat Rom. Pada hari yang sama, wanita masyarakat Rom akan menulis nama mereka di atas kertas dan memasukkannya ke dalam sebuah bekas. Golongan lelaki Rom akan memilih pasangan mereka dengan mencabut kertas dari dalam bekas tadi.

10. Dari satu budaya lain, hari valentine disambut kerana memperingati seorang paderi iaitu st valentine yang dibunuh kerana mengahwinkan orang Kristian secara rahsia.

11. Islam sangat menekankan supaya umatnya tidak melaksanakan ibadah yang dilaksanakan oleh orang bukan Islam.

12. Untuk mu agama mu dan untuk ku agama ku.

13. Jalinkanlah silaturrahim antara keluarga serta jiran tetangga mu.

14. Hidup di dunia hanyalah sementara, akhirat juga yang kekal. Buatlah persiapan kearahnya.

15. Selalulah meramaikan rumah Allah.

Comments