Penang Bridge Challenge 2016

Assalamualaikum,

Sejak Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau jambatan kedua Pulau Pinang tu dibuka, saya dah memang berhajat satu hari nanti nak cuba berbasikal di sana tu. Jadi, bila ada dianjurkan event berbasikal bersempena Hari Sukan Negara di jambatan kedua tu pada 8 October sudah, saya terus jer register. Memang tak fikir dua tiga kali, terus jer register. Apa nak difikir lagi, peluang untuk dapatkan apa yang saya nak sudah ada di depan mata. Bedal jer..


Berdebar juga menunggu event bermula. Bukannya apa, angin di atas jambatan kedua tu selalunya kencang. Kalau berbasikal lawan arah angin ni memang tough. Di dalam hati ada rasa sedikit kurang confident untuk nak habiskan kayuhan kalau angin kuat.


Ramai participant pada hari tu. Biar gambar yang berbicara. Organizer ada buat announcement hampir 3000 participants yang mengambil bahagian pada hari tu.

Perasaan kurang confident tadi tu makin lama makin berkurangan bila saya dah mula berkayuh. My body was telling me that all system were great. I was able to maintained a decent pace. Alhamdulilah, angin tak begitu kuat pada awalnya. Dari starting line menuju ke arah Batu Kawan, saya membelakangi angin. Jadi no issue at all. Tapi bila dah buat u-turn untuk kembali ke starting line, angin agak kuat. Nasib baik ada a few riders yang create satu tow, jadi saya hanya perlu keep up with them, jadi tak begitu letih walaupun pada masa tu angin agak kuat. Official distance untuk kayuhan hari tu ialah 28km, tetapi based on my gps it was 29.1km, additional 1km. But overall, I was glad that I can keep up with the pace. I was able to complete the distance in less than an hour and a half. Boleh kurang lagi masa tu sebab saya ada ambil masa berposing di atas jambatan. Bukan senang nak berpeluang berbasikal di atas jambatan tu. Ambil la sedikit masa berposing.





Overall, I had a blast on that day. Cycling over the sea was a memory to cherished. Teringat lagi bau laut semasa berkayuh tu. Blessed...Dapat medal sebagai kenangan.



Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk highlight beberapa perkara yang pihak penganjur boleh improve dan perbaiki untuk masa hadapan.

1. Tidak ada tempat bersolat disediakan. Tak nak la mati semasa berbasikal tanpa solat. Event tu bukan di waktu pagi. Kayuhan start pukul 5 petang. Kena solat Asar dulu. Bagi yang join half marathon, flag off jam 8 malam. Takkan nak berlari tanpa solat? Jadi yang muslim ni kena la solat merata-rata ikut sedap jer, tepi semak, atas jalan raya etc.

2. Portable toilet pun tak ada. Ramai la participants yang buang air kat semak. Yang lelaki jenis tak malu ni takpa la buang air kat semak. Macam mana dengan participant wanita? Susah la diaorang.

3. Baju event bertulis tahun 2015. Sepatutnya tahun 2016. Attention to detail tu tak ada.

Harapnya pihak penganjur dapat buat improvement menjelang event tahun depan..

Comments