Berkongsi pengalaman bila anak bersunat, berkhatan, masuk jawi,circumcision

Assalamualaikum,

Awal bulan December sudah, anak sulung saya selamat berkhatan. Asalnya nak berkhatan tu tahun sudah, semasa dia berumur 8 tahun. Saya pun ingat-ingat lupa apa sebabnya tak jadi buat pada tahun sudah. Rasanya, niat tu terpaksa dibatalkan sebab wife saya tak ada di rumah sepanjang tahun sudah. Wife tengah sambung belajar. Wife jadi weekend mom jer. Saya time tu jadi abah dan pada masa yang sama jadi mama kepada anak-anak yang dua orang ni. Actually best jugak, sebab saya jadi tumpuan anak-anak. Terasa diri ni dihargai. Berbalik kepada cerita berkhatan tadi....Anak sulung saya tahun sudah dah beria-ria nak bersunat. Selalunya budak-budak takut nak bersunat tapi anak saya tu bersungguh-sungguh nak. Kesian jugak sebab terpaksa tangguh. Jadi tahun ni kena make sure jadi jugak supaya anak saya tu tak kecewa sekali lagi.

Fast forward satu tahun, hari yang ditunggu tu hampir tiba. 30 November 2013. Kami dah booking slot untuk berkhatan di satu klinik berdekatan rumah. Deposit pun dah bayar. Mak, Abah, family adik dan abang semua dah plan untuk datang pada hari tu untuk bagi moral support for my son. Tetapi, sehari sebelum hari keramat tu, wife saya telefon......suspens...

"Apa kata kita khatankan Adam di hospital? Hygienic. Heart surgeon yang akan buat'. Camna?" Itu la kurang lebih bunyi ayat yg keluar dari mulut wife. Selepas beberapa kali kami call sesama sendiri, kami decided untuk proceed dengan idea berkhatan di hospital tu. Berkhatan di klinik tu kami batalkan. Tarikh keramat yang baru ialah 6 December 2013, satu minggu kemudiannya. Family member yg plan datang pada 30 November tu still datang jugak pada hari tu sebab kami buat decision nak postpone tu satu hari sebelum nak berkhatan. Dah last minute sangat. Since semua dah ada di rumah dan bersunat dah cancel, kami sekeluarga decided buat family trip ke Bukit Merah Resort instead.....ok la tu..

Alhamdulilah, tarikh 6 December tu dah berlalu dan anak sulung saya tu sekarang dah boleh pakai seluar dan melompat sana sini. Dah aktif. Memandangkan saya ada seorang lagi anak lelaki, saya plan nak tulis pengalaman yg saya lalui bila anak yg sulung ni bersunat. Nanti senang la sikit saya nak refer balik bila anak bongsu tu pulak nak bersunat. So, here goes.

1. Raziff, engkau tu tak boleh tengok darah. Nanti boleh pitam. Itu satu benda yang saya tahu sejak kecil lagi. Saya tak boleh tengok darah. Saya akan start berpeluh, mata berpinar dan boleh pitam. Satu benda baru yang saya tau bila anak saya nak bersunat baru-baru ni ialah bila doktor bercerita tentang procedure nak bersunat tu (kat mana nak potong, ada darah, kena jahit, kena bius dan yang seumpama dengannya) saya boleh rasa nak pitam jugak. Yes, it is true, saya akan rasa nak pitam (mata berpinar, peluh keluar berlambak-lambak) bila doktor bercerita tentang proses berkhatan tu. Tak macho betul aku nih!!! 

2. Bius local atau bius penuh? Kalau anak anda jenis yg "buas" atau jenis yg susah nak duduk diam, option terbaik ialah bius penuh. Kalau anak jenis yg gemuruh bila tengok darah (macam saya) disyorkan jugak bius penuh. Tapi bius ada risikonya. Perlu berpuasa sebelum bersunat jika bius penuh. Sebab kesan dari bius penuh ialah meloya dan rasa ingin termuntah. Takut muntah masuk ke paru-paru. Anak saya pun jenis yg takutkan darah, jadi naturally kami opt for bius penuh.

3. Perlu pastikan angka giliran untuk bersunat. Kami tak check dulu giliran untuk bersunat. Rupa-rupanya anak saya yg kesembilan, last sekali. 2 operating theatre dibuka pada hari tu. Procedure akan ambil masa 1 jam untuk siap. And doctors need rest time in between surgery. Take that into consideration as well. Akhirnya anak masuk OT jam 12 tghari. Waktu tu dia dah complain kelaparan. Ya la, breakfast pun tak, pukul 12 baru nak masuk OT. Memang lapar la. Kalau kami tahu dia yg last sekali, apa kami boleh buat ialah kejutkan dia untuk "sahur". Kalau nak masuk surgery, at least 6 jam tak boleh makan. Jadi, boleh kejutkan dia dlm pukul 5 pagi untuk bersahur. Tak la kelaparan.

4. Di hospital kerajaan, selepas disunatkan, doktor akan balut luka tu. Kalau tak dibalut actually lebih senang luka kering. Kena angin. Bila anak dah sampai rumah, wife saya tanggalkan balutan tadi. Time tu anak complain sakit bila dibuka balutan. Gunakan air supaya balutan lebih senang ditanggalkan. Biar darah yg membeku tu cair kembali. Next time, saya akan pilih klinik atau hospital yg boleh buat khatan ni tanpa perlu dibalut. Sebabnya balutan tu akan sebabkan sakit yg amat sangat bila nak ditanggalkan.

5. Cecair berwarna putih atau kekuningan akan keluar di tempat luka dan tempat dijahit. Itu ialah normal. Raziff, jgn risau. 

6. Jika cecair tu terlampau banyak, satu masalah boleh timbul. Cecair tu boleh mengeras. Jika cecair tadi mengeras di saluran kencing, anak anda akan sukar kencing. Kena rajin cuci supaya cecair tadi tak block saluran kencing.

7. Saluran kencing boleh membengkak. Akibatnya kencing yg keluar boleh terpecah ke multiple directions. Itu pun normal. 

8. Anak anda bila kencing akan berasa sakit untuk beberapa hari. 

9. Benang yg diguna untuk menjahit luka tu akan reput selepas 2 bulan. 

10. Anu bengkak selepas dikhatan pun ialah normal. Akan surut selepas beberapa hari.

11. Bius semasa dikhatan tu akan beransur kurang selepas beberapa jam. Sediakan PCM jika dia complain sakit. 

12. Minum air barli. Boleh tolong lawaskan kencing supaya kencing tak berapa sakit. 

13. Kurangkan minuman manis dan bergula. Orang kencing manis kan susah nak baik lukanya. Jadi teori kencing manis tu boleh diguna pakai disini. Kesimpulannya, minum manis boleh sebabkan luka lambat sembuh.

14. Anak saya boleh makan daging (bakar, rebus, kari). Dia tak complain gatal. Benda lain yg dia makan dan tak complain gatal ialah ikan siakap, ikan talapia, pasta, haruan, nasi, roti diletakkan jem, ikan haruan dan McD's prosperity burger (daging punya, jgn bagi ayam). Saya hanya start bagi green light untuk dia makan ayam selepas  2 minggu.

15. Anak saya complain pedih di anunya bila disiram air ketika dicuci. Jadi saya guna water spray (yg semacam kita guna untuk spray air ketika ironing tu). Jadi anak saya tak trauma sgt. Bila lukanya dah semakin baik, bila disiram pun dah ok. Tak perlu spray lagi dah.

16. Bila luka dah semakin baik, boleh minta anak berendam dalam air supaya lebih senang dibersihkan anu tadi. 

17. Tempoh baik dan sembuh bagi setiap anak-anak ni berbeza-beza. Ada anak jiran yg dah berseluar selepas 4 hari. Tak perlu risau kalau anak sendiri lambat nak pulih. Tak perlu nak stresskan diri dengan membandingkan dengan anak orang lain.  Let your son take his own sweet time.

18. Jgn beritahu anak yg dia akan sembuh selepas hari-hari tertentu. Takut nanti bila dah sampai ke hari tu, anak akan sedih dan risau sebab dia belum sembuh.

19. Tak mengapa kalau kita turut menangis bila anak tadi menangis kesakitan. Bila anak tadi nampak kita menangis sama, dia tahu kita sayangkan dia.

20. Yg last dan paling penting. Panjatkan doa kepada Allah SWT supaya segalanya berjalan lancar.

Itu saja sharing saya bila anak saya berkhatan baru-baru ni. Harapnya dapat membantu saya bila anak yg kedua nak bersunat nanti. Diharapkan juga dapat membantu parents kat luar sana supaya tak gelabah macam saya.....

Salam.


Comments

  1. Alhmdulillah....lega rs ht bila bc post ni
    ank sy dah 4 hr post circ....tp anu masih bengkak....risaunyaaa
    Wpon kita ni nurse....bila kena ank sdri...byk plak pikirnya....(mama zura)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....biasa la kita parent dah ada sifat belas kasihan pada anak-anak. Insyaallah sembuh dgn baik lepas ni..

      Delete
  2. Betul2 rasa bersyukur biler terbaca post ni & terasa lega sgt..
    Anak sulong br je bersunat hari sabtu hr tu.. ni tgh pantau kesihatan dia.. bile tgk ada cecair putih kt pangkal tmpt kencing dia & anu bengkak .. perasaan mcm2 melanda difikiran.. takut2 kena jangkitan plk..
    Alhamdulillah. .. lepas membaca post ni perasaan lega yg amat lega seorang ibu yg tiada pengalaman melalui saat2 ni..

    ReplyDelete
  3. Menarik juga tips minim air barli sebelum buat bersunat kan.
    Kurang2 lancar kan air kencing dulu.

    ReplyDelete
  4. Anak saya dah masuk hari ke5 tp bengkak air tu belum surut. Merisaukan lah. Besar betul bengkak air tu. Mcmna nk buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Noor, kalau bengkak masih belum surut, saya advicekan supaya dibawa berjumpa dgn doktor. Harapnya, anak Puan Nor sekarang dah beransur sembuh...

      Delete
    2. Hari ni masuk hari ke 5 anak sya bersunat...bengkak air masih tak surut lg...anak puan noor bpe hari surut bengkak hri tu..

      Delete
    3. Hari ni masuk hari ke 5 anak sya bersunat...bengkak air masih tak surut lg...anak puan noor bpe hari surut bengkak hri tu..

      Delete
  5. Salam, anak sy dh masuk 4 hari sunat. Tp, x baik lg..kt ring tu ada lg kesan2 drh yg kering dan basah.. Di kepala anu dia, mcm berkerak dan ada skit drh kering.. Normal ke atau dia kena infection? Tkut pla dy sbgi ibunya..

    ReplyDelete
  6. Anak saya pun baru bersunat Sabtu minggu lepas. dah 4 hari. tapi anu dia masih bengkak.. agaknya berapa hari boleh surut ye?

    ReplyDelete
  7. salam.,.
    macamana proses pendaftaran bersunat dihospital kerajaan ye??

    ReplyDelete
  8. terima kasih ats perkongsian. point no5 dan 6 sgt menjelaskan apa kah yg putih kemudian kekuningan di atas biebird anak sy skrg. dia baru bersunat ahad lpeas .. harini hari ke4.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem. Saya pun berkongsi pengalaman, jadi reference untuk 2 orang anak saya yang masih belum bersunat...

      Delete

Post a Comment