Assalamualaikum,
Kali terakhir aku pijak tanah any negara di benua Eropah was close to 20 years ago, semasa aku ditaja untuk menyambung pelajaran ke sana sesudah SPM. Memang dah lama simpan hajat nak ke Europe lagi. Peluang tak ada. Banyak negara Eropah yang aku ingin explore, tapi tak berkemampuan nak pergi dengan berbekalkan elaun sebagai seorang pelajar pada masa tu.
Pada bulan 7 tahun sudah (2018), aku dipanggil oleh wakil tempat kerja aku with an offer to travel ke Hungary atas urusan kerja. Hati aku dah berbunga dah, excited giler dengan offer tu. Peluang dah ada di depan mata. Takkan nak tolak? Aku ada minta masa untuk bagi decision, tapi deep down aku dah tau yang aku tak akan tolak peluang ni. No way I will reject that offer. Hell no. Fast forward a couple of weeks, there I was flying on Qatar Airways heading to Hungary. And here is part 1 of that trip, a short intro, before I go into more details in Part 2 and Part 3.
Destinasi yang nak aku tuju ialah Debrecen, bandar kedua terbesar di Hungary selepas Budapest. Aku mulakan perjalanan dari Pulau Pinang by taking a 7 hours flight to Doha. Selepas transit lebih 4 jam di Doha, I was in the air again for close to 6 hours before reaching Budapest Ferenc Liszt International Airport pada jam lebih kurang 8 pagi waktu tempatan (pukul 2 petang waktu di Malaysia). Aku bertemankan 3 orang kawan sekerja for that trip.
Dari Budapest, kami dibawa ke Debrecen dengan menaiki teksi yang telah disediakan oleh company. Laju driver tu pandu teksi dia. 140km/j tu normal bagi dia. Aku je yang gelabah biawak kat seat belakang tu. Satu benda yang aku perasan sepanjang perjalanan aku dari Budapest ke Debrecen tu ialah betapa flatnya muka bumi di sana tu. Ada ler sikit bukit-bukau but mostly the terrain was flat. Banyak ladang. Aku tertarik dengan ladang bunga matahari di sana tu. Cantik sungguh especially bila bunganya kembang.
Selepas hampir 3 jam, aku sampai di Debrecen. Selama 5 hari aku akan tinggal di Hotel Lycium. 3 orang kawan sekerja aku memilih untuk tinggal di Hotel Divinus, sebuah hotel yang popular among pekerja company aku yang datang ke Debrecen. Katanya bilik di Hotel Divinus tu besar dan selesa. Jaraknya lebih 2 kilometer dari Hotel Lycium. Aku pilih Hotel Lycium disebabkan hotel tu dekat dengan Kossuth Square. Kossuth Square ni salah satu daripada dataran yang popular di Debrecen. Banyak bangunan-bangunan cantik, pasaraya, kedai runcit, events dan yang paling penting restoran makanan halal ada di sekitar Kossuth Square. Aku hanya perlu berjalan 5 minit untuk sampai ke situ. Senang untuk aku.
Ini view dari bilik hotel aku. Boleh nampak the 2 towers of Reformed Great Church of Debrecen (top left in the picture below). Ada a small dataran or area yang orang guna untuk main skateboard dan basikal. Ada juga aku terserempak dengan orang yang buat photoshoot kat situ.
Kat bawah ni ada aku attach a short video of that small dataran.
Selesai check-in, mandi dan bertukar pakaian, aku dah tak sabar nak keluar untuk cari makanan tengahari. Lapaq nak mampuih. Kawan-kawan aku yang lain tadi tu dah sampai dengan teksi ke hotel aku. Kami kemudiannya berjalan kaki ke Kossuth Square. Sebelum aku ke Hungary ni, aku dah buat sedikit homework, mencari tempat-tempat yang menjual makanan halal supaya senang aku nak mentekedarah/mencekik nanti.
First day aku di Debrecen was a Sunday. Beberapa restoran halal di situ tutup pada hari Ahad. Satu yang buka ialah Duna Doner Debrecen, sebuah restoran makanan Turki. Di situ juga aku berjumpa dengan seorang pelajar dari Malaysia yang hanya beberapa hari sampai di Debrecen untuk menyambung pelajaran. She was from Perak. Sempat la berbual sekejap. She was there with a couple of Indonesian students.
Ini makanan pertama aku di Debrecen. Kebab ayam dan nasi. Portionnya besar, tak dapat aku habiskan. Terpaksa bungkus dan sambung makan di hotel for dinner. Aku akan bercerita dengan lebih detail tempat-tempat halal yang aku singgah di sekitar Debrecen ni dalam Part 3 kembara aku disana. So, stay tune...
Hari kedua aku di Debrecen, aku dah masuk office untuk start kerja. Awal-awal pagi lagi aku dah sampai di sana. Cuba memaksimumkan masa yang ada untuk siapkan tugas yang telah diberi. Tanggungjawab kena selesaikan dulu. Aku tahu dan faham trip ni bukan untuk makan angin. Selesaikan tugas tu yang penting.
Ok. Aku akan berenti di sini dulu. Plannya ialah dalam masa dua minggu, aku akan siapkan Part 2 untuk post kembara ke Hungary ni. Dalam Part 2, aku akan ceritakan tempat-tempat yang sempat aku teroka di Debrecen. Kemudian, untuk Part 3, aku akan fokus kepada tempat-tempat makanan halal di sekitar Debrecen. Itu aku akan cuba siapkan dalam masa sebulan dari sekarang.
Selepas post-post kembara ke Debrecen ini siap, aku akan fokus pula untuk menulis post untuk kembara aku ke Budapest dan juga Rome di Itali. Hopefully, menjelang hujung tahun 2019 ni, semuanya akan siap. Itu akan bergantung kepada banyak mana masa yang aku ada. Tulis blog ni hobi jer, bukannya full time.
So bye for now. Stay tune for Part 2...
Comments
Post a Comment