Berbasikal sejauh 1000km - November update

Assalamualaikum,

Terasa baru jer semalam menyambut tahun baru 2017. Sedar tak sedar, 2017 pun dah nak sampai ke penghujung. Kepada regular visitor ke blog ni, saya rasa ramai yang tahu saya ada set satu target for this year. Satu target yang pada asalnya saya rasa agak senang nak dicapai, tetapi rupa-rupanya, lebih susah dari jangkaan saya. Untuk tahun 2017 ni, saya dah pasang azam untuk berbasikal sejauh 1000km. Bukan sekaligus 1000km yer. Itu memang tak mampu. Tetapi secara accumulative, secara sedikit demi sedikit. Dalam setahun kita ada 52 minggu. Jadi, untuk habiskan 1000km, saya kena berbasikal sekurang-kurangnya 40km di dalam seminggu. Nampak senang, tetapi susah rupanya.

Dalam usaha nak berbasikal sejauh 1000km, a good shout out must be given to my trusted old Merida. Memang berjasa sungguh basikal Merida saya ni. Tak pernah rosak atau meragam. Merajuk sikit-sikit tu ada ler. Berbaloi keluar duit untuk meminang Merida ni.


 


Saya banyak tertinggal aktiviti berbasikal ni pada bulan May, June, July dan August. Saya hanya berbasikal sekali sahaja pada bulan May dan June. Bulan July hanya 5 kali dan August 3 kali. Pada time tu, saya was way down my target untuk achieve 1000km by year end. Bulan puasa, Syawal, tak ada masa, tak ada mood were among reasons saya kurang cycling during those months. Not until September baru saya kembali active. Playing catch up.

Fast forward to November 2017, setakat ni saya sudah berbasikal sejauh 867km. Cuma tinggal hanya 133km lagi. Bulan September, October dan November ni saya cukup active. Cycling more than 40km per week was becoming the norm. Pushing hard to get those extra kilometres to cover all those non active months. Saya keep track all of my cycling activities dalam Strava which saya start guna since end of last year diligently. Rasa bersalah kalau tak kayuh basikal bila ada some free time.

Hanya berbekal 8 minggu lagi, it seems macam possible to complete that milestone. Tetapi, once again, nampak mudah tetapi susah. 3 or maybe 4 out of the 8 weeks (or maybe more?), saya will highly likely berada di luar kawasan. Mungkin tak dapat berbasikal. Nampak gayanya nak kena compensate by cycling extra kilometers on those remaining weeks. Plausible, tapi semuanya bergantung kepada masa yang ada. Rasanya boleh, dan memang kena bagi boleh. I want to close this year on a high.


Jadi, stay tune for more update. So close but yet so far. I hope to share a positive update come December...

Comments