Majlis Konvokesyen UPM Ke-40: Selesai sudah Master..

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tunggu tarikh ni. Dah lama hati ni nak mengejar Master, dan dah lama juga hajat di hati ni saya tangguhkan. Bermacam hal yang menjadi penghalang, tapi alhamdulillah, pada penghujung tahun 2014 yang sudah, peluang untuk sambung belajar itu Allah bukakan, tunjukkan jalannya dan permudahkan.

Fast forward one and a half years, Master study saya officially selesai bila majlis konvokesyen diadakan pada 24 October 2016. Segala penat lelah, berjaga malam, bangun awal pagi, pergi ke kelas pada hujung minggu, bergaduh dengan group member dan bermacam lagi dah ada penghujungnya. Sungguh pantas masa berlalu. Sungguh tak disangka pada usia 39 tahun ni, dapat ke majlis konvokesyen untuk kali kedua, selepas hampir 16 tahun saya hadir ke majlis konvokesyen saya yang pertama sewaktu di Manchester dulu. Syukur juga niat dihati untuk sambung belajar ni was still strong even after all these years. Faktor umur ni sepatutnya tak boleh dijadikan alasan atau faktor penghalang untuk terus belajar.



Alhamdulillah majlis konvo berjalan lancar pada hari tu. Majlis konvo saya diadakan pada sesi petang. Terpaksa berpanas untuk berposing pada hari tu.

Agak terkilan that my mom was not able to attend the ceremony. Tapi tak mengapa, tak ada rezeki.  I'm glad that my dad and wife were there as wakil to bask in the glory.




Sempat juga bergambar dengan sebahagian students yang sekelas dulu. Semuanya jadi kenangan..




Sedikit coretan tentang perjalanan Master saya ni. Just to proof a point that age is just a number....

Pada permulaan semester, ada perasaan gementar dan gemuruh, takut pada usia yang sebegini, akal dan fikiran ni sudah tak sharp dan ada kekurangannya. Saya pada mulanya aim rendah, target nak lepas jer. Aim CGPA minimum 3.000. Saya di dalam kelas tu, antara yang tertua. Ramai yang muda-muda. Kelas pula diadakan di Kulim (Anjung UNIMAP), bukan di main campus di Serdang tu. Macam PJJ la. So every weekend, lecturer akan turun dari main campus ke Kulim. Disebabkan jarak dari rumah ke kelas di Kulim tu tak la jauh sangat, jadi tak la susah nak berulang alik dari Pulau Pinang ke Kulim untuk attend kelas setiap minggu. 30 minit dah boleh sampai.
Walaupun ada rasa takut, gementar and so on tu, tetapi gradually semua perasaan tu mula hilang. As time went by, I grew in confidence. Motivation pun tinggi. Alhamdulilah, semester pertama, semua subject saya dapat A kecuali satu yang dapat B+. CGPA 3.885 pada masa itu. Dari situ, saya tahu I still have it and I can do it. Semester kedua datang dan pergi, dan alhamdulilah semua subject A kecuali satu A-. CGPA 3.910. Frust sebab tak dapat 4 flat dalam semester kedua tu. Tapi, itu saya jadikan pendorong untuk third dan last semester. Syukur untuk last semester, saya dapat 4 flat (semua subject dapat A). Saya tamatkan Master saya dengan CGPA 3.944. Syukur sangat. Mungkin berkat doa mak dan abah (yang banyak bagi sokongan dan galakan) serta doa dari keluarga. 
Hopefully, I made all of you proud.

Jadi, faktor umur ni bukan satu penghalang untuk belajar. Belajarlah selagi boleh. Yang penting usaha, jangan malas. Kalau teringin nak sambung belajar lagi, pasangkan azam and go for it. Kalau ada problem wang, Kerajaan ada bagi initiative through MyBrain15, dan ada banyak badan dan agensi yang willing untuk support. Go and grab it. Insyaallah ada jalannya, kena buka mata untuk cari jer.

Now, it is time to plan out and pursue a 3rd convocation....Ya Allah, tolonglah bukakan jalannya..

Comments