Pembaharuan permit kerja maid menggunakan MyEG.....my experience

Assalamualaikum,
 
Sebelum Ramadan, saya telah pergi ke imigresen office di Alor Setar untuk melakukan satu routine setiap tahun iaitu nak renew permit maid. Alhamdulilah, maid yg sekarang ni sangat bagus dan sudah bersama kami untuk tahun yang kelima. Awal-awal lagi saya dah keluar rumah untuk ke imigresen office. Keluar awal ni bagus sebab kemungkinan untuk menunggu tu kurang. Queue pun tak panjang. Dan memang bila sampai disana tu pun memang tak ramai orang yang nak berurusan. Almaklum la hari masih awal. Selepas ambil nombor, tak sampai 5 minit dah dipanggil oleh pegawai di counter tu. Tiba ja di kaunter dan sesudah explain ke pegawai yg saya nak renew permit kerja maid saya, pegawai tu dgn sopan jawab yg sekarang mereka pihak imigresen tak boleh nak renew permit maid lagi dah. Sekarang, semua urusan renewal kena melalui pihak MyEG. "Alamak! Camna ni, saya dah ada kat sini?" saya bertanya. Lagi sekali pegawai tu dgn sopan jawab "Encik jgn risau, kaunter MyEG ada di luar sana. Encik boleh berurusan dengan mereka". Fuh..lega. Saya pun mula la beransur dari kaunter imigresen dan pergi ke kaunter MyEG kat luar sana nun. **Side note: orang Kedah ni memang sopan santun la. Cakap sopan sungguh macam pegawai kat kaunter ni......macam saya juga yg memang asal dari Kedah ni....hehhehe....masuk bakul angkat sendiri. Tu pasal gambar kena letak bendera Kedah....**


Kat kaunter MyEG tu ada la beberapa personnels yg membantu saya pada hari tu. Mereka la yg cuba do online request untuk permit maid saya tu. Tapi, apa boleh buat, permohonan saya problematic sikit disebabkan detail saya dan maid belum ada di dalam sistem MyEG. Jadi agak kempunan saya hari tu sebab tak dapat nak selesaikan urusan renewal maid. Tapi saya faham dimana masalahnya dan bagaimana nak selesaikan tentang detail saya dan maid yg tidak ada di dalam sistem MyEG tu. Semuanya dapat diselesaikan hanya dgn menghantar segala details yg diperlukan ke email help@myeg.com.my ni. Memang ada tertulis di website MyEG tu apa perlu dibuat kalau segala detail saya sebagai majikan dan maid tidak ada dalam sistem. Jadi ok la, bila dah faham apa yg perlu dibuat, hati pun dah tak risau, jadi boleh la beransur dulu dari situ tu. Tapi, pada masa yg sama, saya ada nampak gelagat sepasang lelaki dan perempuan yg berada disana yg agak tak berpuas hati sebab tak dapat nak renew permit maid mereka di kaunter imigresen. Bila mereka dapat tahu yg detail mereka dan maid mereka pun tidak ada dalam sistem MyEG, lagi la susah hati mereka. Saya ada hulurkan bantuan dgn cuba explain kepada mereka yg solutionnya mudah sahaja. Tapi......hmmmmmm......
 
Terdetik juga dihati ni, "nasib baik aku ni Melayu Islam. Ada sabar......".
 
Berbalik kepada kes nak renew permit tu tadi. Sayapun hantar segala detail yg MyEG perlu ke email tadi. Dalam masa tak sampai 2 hari, email saya sudah berbalas. Pihak MyEG sudah inform saya yg saya sudah boleh proceed dgn online renewal utk permit maid saya tu. Saya pun proceed dgn request tu dan made the necessary payment through credit card. Yg bestnya, charges ialah sama dgn apa yg kena charge pada tahun-tahun sebelumnya jika berurusan di kaunter imigresen iaitu RM610 saja. Ok la kan....dah tak perlu bazir masa dan duit minyak untuk ke imigresen office lagi selepas ni. Semuanya boleh dibuat secara online jer. Senang hidup lepas ni.
 
Selepas satu minggu menunggu, permit baru maid saya belum lagi sampai. Saya pun tulis satu email ke email address yg sama untuk minta clarification kenapa lambat. Dan tak sampai 2 hari juga saya terima email balas dari MyEG yg meminta maaf tentang kelewatan tu. Sejuk hati ni bila ada orang meminta maaf. Bertambah sejuk hati ni bila pada hari yg sama dapat email balas tu, wakil dari MyEG datang ke rumah untuk submit permit kerja yg baru untuk maid saya.
 
Secara overall, saya amat berpuashati bila MyEG mengambil alih kerja renewal permit ni dari pihak imigresen. Mulai sekarang saya sudah tak perlu lagi ke kaunter. Masa dan wang dah jimat kat situ. Feedback pun agak pantas dari MyEG. Application untuk renewal pun clear dan mudah. Bayaran pun sama seperti yg di kaunter. Tak ada extra payment pun. So kudos to the government for initiating this. Walaupun saya tak bersetuju dgn semua langkah kerajaan, tapi bila ada yg bagus saya kena acknowledge la jugak.
 
So selamat merenew permit maid anda...

Comments

  1. Wah.. alhamdulillah selesai mudah urusan permit dan lega juga sebab baby ada orang yang baik2 nk jaga lagi kan..

    ReplyDelete
  2. Assalam ajip,
    waaaaaaaaa
    nice sharing ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment