Anak ku dan sportscarnya

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ni, anak yg bongsu ni jadi teramat minat dgn kereta. Setiap kereta kat atas jalan tu, tahu ja nama brand dan modelnya. Semacam je perangai dgn abangnya dulu. Kedua-duanya peminat kereta. Cuma abangnya sekarang ni dah tak berapa nak ikut sama ke showroom. Mungkin sebab dah besar kut. . Sekarang ni, boleh dikatakan setiap minggu ja, anak yg bongsu ni mesti ajak abahnya ke showroom kereta. Sampai abahnya naik segan dgn car salesman. Kalau nak beli kereta tu ok la datang berkali-kali datang ke showroom. Tapi datang tengok-tengok je, salesman pun malas nak layan agaknya.

Kereta yg paling diminati anak bongsu ni ialah Nissan GTR. Rezeki dia agaknya kut, ada sebuah kereta Nissan GTR ni yg on display di kedai Rintis Malay Motors Sdn Bhd. Bila dia nampak ja kereta tu, mula la ajak abahnya ni ke sana. Tiap-tiap hari asyik sebut tu ja. Jadi, dlm satu weekend tu ada la sedikit masa lapang, dapat la bawa anak bertuah ni ke showroom tu. Senyum tu dari telinga ke telinga. Suka la tu.







Mulanya kami tengok dari luar kereta ja, sebab kereta dikunci. Tak dapat nak tengok di dalam kereta. Kemudian salesmannya datang. Saya cakap la saya datang ni bawa anak nak tengok kereta. Dia minat kereta Nissan GTR ni. Saya bukannya nak beli, sebab tak mampu. Salesman tu sambil senyum dia cakap no problem, boleh tengok. Kami berdua ni pun continue la tengok kereta tu sambil anak bongsu ni berposing sakan dgn kereta idamannya tu.

Tak lama lepas tu, Salesman datang balik kemudian tanya "nak tengok dalam ke". Anak saya tu jawab nak la. Lagi la tersenyum lebar. 


Jadi dapat la anak ni merasa duduk dlm kereta idamannya. Habis ditekannya semua buttons dlm keta tu. Teruja sungguh dia.

"Boleh start engine tak". Tetiba anak saya ni bertanya kepada salesman tu. Tersengih-sengih anak saya time tu. Sengih sambil menaruh harapan...

"Boleh". Salesman tu jawab. Tersenyum saja salesman tengok kerenah anak saya tu. Dibaginya anak saya tu tekan Start Button and then press pedal minyak. Mengaum bunyi engine. Tersentak anak saya. Tak pernah dia dengar bunyi keta sport....terkejut. Tapi puas la hati dia hari tu. Lepas start engine tu, anak ni nak tengok engine la pulak. Lagi sekali salesman tu ikut ja apa yg anak saya tu nak. Dibukanya hood kereta supaya anak saya ni boleh belek-belek engine Nissan GTR tu. Bersungguh-sungguh dia tengok. Nak jadi Engineer kut bila besar nanti...

In the end it was a memorable day for my son. Besar hati dia hari tu sebab dapat "bermain" dgn kereta sport favourite dia Nissan GTR tu. 

Saya ingin extend ribuan terima kasih kepada Encik Lim Seng Kok yg sanggup melayan kerenah dan keletah anak saya tu. Terima kasih juga kerana memberi kata-kata pembakar semangat utk anak saya belajar rajin-rajin supaya dapat jadikan impian dia tu kepada realiti.

Kat bawah ni, koleksi-koleksi lain kereta sports idamannya. Salah satu hari tu, abangnya pun ada, tak nak terlepas....

Belajar rajin-rajin ya anak-anak abah ni....






Comments

  1. Ai..anak bongsu sementara ni..

    Bagus minatnya ni.. dari kecil boleh nampak kecenderungan kepada sesuatu, mmg bagus ni.. sama pulak minat dengan abahnya, lagila sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...minatnya sungguh-sungguh. Boleh jadi alat motivasi ni :)

      Delete
  2. x sangka ada jugak org nk mlayan karenah org2 biasa ni.ada stgh tu tgk kita x pndg lnsg

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaaa...masih ada yg ada sifat nak bertimbangrasa dan peramah tu...cuma payah nak jumpa je la...

      Delete

Post a Comment