Assalamualaikum,
Hujung minggu sudah, kami sekeluarga pulang ke kampung. My parent buat majlis kenduri sedikit. Buat bacaan tahlil dan yaasin untuk arwah kedua-dua tuk dan wan (sebelah mak dan juga abah), dan pada masa yg sama merangkap majlis kesyukuran. Majlis berlangsung meriah. Jiran tetangga dan sanak saudara datang. Satu event yg saya look forward sejak beberapa minggu yg sudah. Seronok la kesimpulannya.
Hari ni, saya nak bercerita bukannya pasal majlis tu. Nak bercerita tentang makanan yang saya sempat cari dan beli bila balik ke kampung pada minggu sudah. Biasa la, bila sekali-sekala balik ke kampung tu, apa saya akan buat ialah "menjejak kasih" benda-benda yg menjadi kenangan semasa kecil dulu. Tapi ada juga benda yg memang dah tinggal kenangan saja. Contohnya, ialah Mee Rebus Pak Harun yg satu masa dulu dijual di garden bersebelahan Stadium Darulaman. Sedap mee tu. Kuah Ketam! Tak ada yg rasanya serupa dengan Mee Rebus Pak Harun tu. Tak ada yg boleh lawan la. Tapi bila Pak Harun dah meninggal, mee rebus dia hanya tinggal nama saja sekarang. Terkilan juga sebab tak pernah berkesempatan bawa anak-anak makan di situ.
Sehari selepas kenduri, abah dan abang saya nak ke Kuala Kedah untuk beli tiket feri ke Langkawi. Saya yang tak nak ke Langkawi ni pun ikut sekali sebab nak mencari Pulut Sambal. Pulut Sambal ni la main character untuk cerita hari ni. Pulut Sambal ni saya tak pernah jumpa di mana-mana tempat kecuali di Kuala Kedah. Mungkin ada dijual di tempat lain, tapi saya tak perasan. Memang secara defaultnya, kalau nak cari Pulut Sambal saya akan ke Kuala Kedah. Selalunya Pulut Sambal ni dijual di gerai-gerai di tepi jalan sekitar pekan Kuala Kedah.
Cara bungkusannya macam kat gambar di bawah tu. Lidi digunakan untuk ikat daun pisang.

Bila dibuka, gitu la pulak rupanya. Basically Pulut Sambal ni dibuat dari pulut dan serunding. Tapi selalunya serunding yg digunakan jenis yg halus dan sedikit manis. Bukannya jenis yg kasar. Nikmatnya tak terkata. Saya ni pulak memang jenis peminat pulut. Dari pulut durian ke aneka jenis kuih yg basenya pulut. Memang hantu pulut. Kolesterol? Errr...tak yah pikir la...makan dulu...nanti exercise. Selalunya satu bungkus tak cukup. At least dua baru dapat puaskan nafsu pulut ni.
So, pada sesiapa yg akan ke Kuala Kedah, sila la jenguk kiri dan kanan jalan. Mana tau bertemu dengan gerai yg jual Pulut Sambal ni. Cuba try. Mana tau tersangkut...
Salam...
Salam...
Comments
Post a Comment