Pokok Sedap Malam, Pokok Kemuning atau Murraya Paniculata

Assalamualaikum,

Sekarang ni saya tengah ada mission. Mission untuk mencari pokok. Saya sebenarnya tertarik dengan pokok sedap malam atau nama lainnya pokok kemuning di rumah seorang jiran saya. Pokok ni akan berbunga dan bila dah berbunga tu, baunya sungguh harum. Baunya macam bau bunga melur. Memang best. Shape pokok tu pun cantik. Daunnya kecil. Nampak macam pokok di hutan. Memang smart. Jiran saya tadi tu, ada 3 pokok sedap malam di laman rumahnya. Bila time pokok tu berbunga, memang sedap baunya. Saya bila dah suka tu, hati ni mula la nak mencari di nursery-nursery sekitar rumah ni. Tapi rupa-rupanya payah nak mencari pokok ni. Tak semua nursery yg akan jual pokok ni. Ada yg jual pokok yg masih kecil. Nak tunggu besar semacam yg kat dlm gambar kat bawah ni, kena tunggu bertahun-tahun la jawabnya. Kesimpulannya, memang susah nak cari pokok yg sudah besar. 

Tapi saya beruntung sebab jiran saya tadi tu nak tunjukkan di mana boleh dapat pokok ni. Jadi, pada hari Ahad yg lepas, saya dan jiran saya ni pagi-pagi lagi dah menuju ke Bukit Mertajam. Missionnya ialah pergi ke sebuah nursery di sana yang ada jual pokok sedap malam yg sudah besar tu. Nursery tu berada di dlm daerah Machang Bubuk. Terlupa saya nak tag location semasa di sana tempoh hari. Tak plan saya nak jadikan trip cari pokok ni sebagai post kat blog Pondok Ajip ni. Kalau nak ke sana untuk kali kedua, saya rasa saya tak ingat jalan. Nak kena bawa jiran saya lagi sekali la agaknya. Insyaallah kalau saya ke sana lagi saya akan cari dan letakkan gps locationnya di post ni.

Sampai ke nursery tu, dapat la saya jumpa beberapa pokok sedap malam atau pokok kemuning ni. Saya berkenan dgn pokok yg kat bawah ni. Walaupun sekarang daunnya tak lebat, kalau cukup air dan bajanya, sure akan nampak seperti pokok yg ada di rumah jiran saya tu. Lagi lebat daunnya, lagi senang la rantingnya melentur ke bawah. Pokok ni tak ada masalah kalau kena matahari yg banyak. Cuma kena jaga air la, perlu disiram juga.


Pokok yg kat bawah ni pun ok jugak. Saya actually suka batang pokoknya yg split tu. Agak unik. Kalau dah lebat daunnya, rasanya lebih cantik.


Pokok yg ni (yg di dalam bekas warna merah) pun agak menarik sebab pokok tu tinggi. Boleh jadi shade di area yg banyak kena matahari.


Yg ni pun smart. Daun dah agak banyak. Tapi ada dahan yg criss cross. Tak begitu cantik, tapi boleh dicantikkan kalau dipotong beberapa batang dahan.


Selepas jenguk-jenguk pokok di nursery tu hampir sejam, saya dan jiran saya tu tadi mula la beransur dari situ. Hati dah terpikat bukan satu, tapi 3 pokok tu. Dalam perjalanan balik, kepala asyik ligat jer berfikir nak letak di mana kesemua pokok-pokok tu.

Kemudian baru tersedar yg saya tak teringat nak bertanya berapa harga semuanya. Baru la ligat mencari nombor phone si tuan empunya nursery. Dia terus arrange nak datang tengok kawasan rumah. Sebabnya dia perlu arrangekan transportation dan crane utk angkat pokok-pokok tu. Pokok bukannya kecil...

Bila dah bersemuka kembali dgn owner nursery, baru la sibuk duduk berbincang lagi. Decide kat mana yg sesuai utk letak pokok, nak decide area yg perlu ditanam sedikit rumput supaya nampak lebih kemas. Lepas tu baru la boleh tanya soalan cepu emas, berapa harganya kan?

Selepas dicongak sana, dicongak sini owner nursery pun cakap, harga utk kesemua 3 pokok ialah RM13,000. Diulang lagi sekali......RM13,000. Aduh!! Hati dah berkenan pada pokok tapi hati agak berat nak berpisah dgn RM13,000. Banyak tu. Bukan jumlah yg kecil. Harganya tak murah sebab pokok ni mcm rumah, harga makin naik dgn usia. Pokok sedap malam di rumah jiran saya tu pun pernah orang minta nak beli. Beribu-ribu sepokok. Harga tinggi sebab ada peminatnya. Tapi.....beratnya hati...haisshh entahlah. Takkan nak keluar duit sebanyak tu untuk pokok. Kena sedar diri sikit yg tuan punya badan ni hanya pekerja di kilang. Kena fikir panjang ni.......rasanya tak nak keluar duit sebanyak tu. Tak sanggup. Jawabnya, tengok pokok rumah jiran jer la.....

Salam....

Comments

  1. Mak ai.. mahal tul harga pokok tu.. bagus la bisnes dia sekali beli 3 .. haha..abis xjadi ke?

    ReplyDelete
  2. Assalam ajip,
    waaaaaaaaaaaa
    iols ni jangan kata nak beli pokok busat macam uols tu
    nak beli pokok kecik pun tak pernah he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.....saya tak beli pokok besar tu..duit hasil berblogging masih tak cukup...hahah

      Delete
  3. Klu nk dekat sy punya kg dkt kedah pn belambak² n murah²... sebab Taukey pokok sedap mlm yg dekat macang bubuk b.m tu,kebayakan deorg dk mai cari n membeli dkt kg sy... lagi pn,macang bubuk n kg sy xjauh... cuma sempadan Penang Kedah ja...
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..ya ka? mcm mana saya boleh contact saudara zulhusni? Dah lama saya ronda cari, tapi merata tempat kat penang ni mahal.....di mana kampung saudara zulhusni?

      Delete
    2. Salam tuan dok penang ka? Entry tuan ni baru sy baca 2021, rupanya pokok ni Rare yer?? Saya yg jahil sebab rimas pokok ni tumbuh meliar depan rumah asik kena caras je dengan saya. Baru ni planning nak tebang terus. Tp bila baca artikel tuan terus rasa nak semai banyak2. Pokok ni senang giler tumbuh.

      Delete
    3. Salam Nurul, pokok ni kalau masih kecil tak rare. Yang rare ialah yang dah besar dan shape cantik. Itu yang susah nak cari

      Delete
  4. bestnya kalo sy pn dpt pokok ni. kt ausie dlu diorg tanam tepi2 jln je, stiap tmn perumahan pn mesti ade, wangi je mlm2..gud luck raziff!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...harapnya satu hari nanti dapat juga sepokok...

      Delete
  5. Cari yang kecik ja bro..tp tanam kat tanah la..jgn dlm pasu .cepat je besar. Kot kedah berlambak d nursery .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..skrang ni memang duk start tanam yg kecik-kecik. Murah sikit..

      Delete
  6. Saya beli sepokok rm10...beberapa kali dah berbunga..bunga pun lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagitau mana beli RM10 sepokok ?

      Delete
  7. Boleh cuba tutkan pokok jiran. Ambil dahan yang besar. Mmg terus dapat pokok besar.

    ReplyDelete
  8. Assalam, saya zul dari jitra nk jual sepokok sedap malam dah berusia 15 thn. Boleh hubungi saya 010 8148537.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Zul. Terima kasih sebab response di blog saya. Insyaallah, bila dah boleh rentas negeri, saya akan contact Zul untuk pergi tengok pokok.

      Delete
  9. Terjumpa blog en....kalu dekat sy bagi free....kat tepi rmh mil byk biji benih berterabuq...agak besaq dah ank benih dlm 1kaki....kami pun pakat² tanam....sbb bau dia....wow..13k noh....

    ReplyDelete

Post a Comment