Assalamualaikum,
Beberapa minggu sudah saya ada browsing laman web Halal Malaysia Jakim untuk mencari restoran yg berstatus halal untuk majlis makan tghari company saya bekerja. Memandangkan hanya saya seorang yg beragama Islam di dalam team saya tu, memang dah jadi kebiasaan saya la kena memilih tempat yg sesuai utk pergi makan-makan. Honestly, saya dah malas jadi tukang pilih tempat makan ni. Tak payah jemput saya pun tak mengapa. Saya faham....
Ok, balik ke laman web tadi. Bila tgh searching tempat-tempat yg berstatus halal tu, tergerak hati nak search Tamarind Brasserie. Apa bendanya Tamarind Brasserie tu? Tamarind Brasserie tu ialah restoran di Parkroyal Penang. Sangat famous tempat tu dengan buffet seafoodnya setiap hari Sabtu malam Ahad. Ada lobster!
Bila search result mengatakan Tamarind Brasserie sudah berstatus halal, hati ni terasa lega, suka dan berterima kasih kerana ada hotel di Batu Feringhi tu mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk menyediakan makanan yg bersih lagi suci untuk mereka yg beragama Islam di 'negara Islam' kita Malaysia ni.
Jadi, apa yang sedapnya kat Tamarind Brasserie tu? Seperti apa yg saya tulis awal tadi, tempat ni apa yang saya dan wife saya suka ialah lobsternya. Walaupun lobsternya tak sebesar seperti yang pernah saya makan di Joe's Crab Shack semasa saya di Texas dulu, tapi rasanya sedap. Daging lobster tu pejal dan padat, serta fresh. Kalau saya ke Tamarind Brasserie tu memang saya akan berulang-ulang kali ke serving station yg ada serve lobster. Malu la jugak, tapi kan dah bayar kan. Ambil je la semahu-mahunya. Tak salah pun. Cuba tengok gambar-gambar lobster kat bawah tu. Tak tergoda ker kalau camtu?
(Klik link di bawah tu untuk ke post saya tentang makan lobster di Joe's Crab Shack semasa saya di Austin Texas dulu)
Makanan-makanan yg lain pun sedap juga. Banyak jenis dan pilihannya. Cuma saya tak ler pergi ambil gambar semua makanan-makanan tadi. Saya lebih prefer habiskan masa saya kat sana tu dengan makan. Busykan diri dengan makan.
Satu benda yang saya suka kat situ ialah makanan-makanan tadi akan ditambah kembali (top up atau refill) dengan agak kerap. Jadi, kita tak perlu la takut makanan tu akan kehabisan. Jadi tak perlu berebut, tak perlu kiasu. Boleh makan dengan tenang.
Suasana di Tamarind Brasserie tu sangat selesa. Tak panas disebabkan ruang makan jenis yg concept terbuka. Angin laut sentiasa meniup ke ruang makan. Lightingnya sangat cantik. Deco juga sangat menarik. Dan yang paling penting, tempatnya sangat bersih. Saya pantang sikit kalau makan di tempat yg tak bersih.
Itu saja untuk kali ni. Saya cuma nak berterima kasih kepada Parkroyal Penang yang telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan status halal untuk Tamarind Brasserie. Itu adalah satu langkah yang sangat baik dan saya rasa akan lebih ramai yg akan berkunjung ke sana setelah berstatus halal ni. Saya harap, hotel-hotel lain di Batu Feringhi dapat mengambil inisiatif yg sama supaya tidak timbul keraguan di kalangan pengunjung-pengunjung ke sana nanti. Saya rasa dengan mendapat status halal, pengunjung tak akan berkurang tetapi akan lebih bertambah.
Satu yang pasti, kami sekeluarga will keep on going to Tamarind Brasserie especially now that they are certified halal. Setiap apa yg dimakan tu akan menjadi darah daging dan mencorak perangai dan sifat seseorang itu. Anak-anak tu akan menjadi baik atau sebaliknya bergantung kepada ibu dan bapa. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa muslim untuk memilih yang halal. Optionnya sudah ada, jadi buatlah decision dengan baik.
Bye for now.......
Comments
Post a Comment