Khutbah Jumaat 22022012

Intipati khutbah Jumaat dari Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang

 
1. Surah An-Nahl Ayat 58 dan 59 menceritakan bagaimana golongan musyrik dan kufur akan merasa malu serta bersedih jika dikurniakan anak perempuan.
 
 


 
2. Negara kita kerapkali dikejutkan dengan beberapa insiden yang melibatkan anak-anak gadis dan kaum wanita Islam khususnya. Melalui akhbar dan media massa lain kita dibentangkan dengan berita-berita yang menyayat hati yang telah dilakukan terhadap kaum wanita seperti pembunuhan, penderaan, rogol, pelacuran dan yang seumpama dengannya. Perkara ini adalah masalah yang berat dan tidak boleh dipandang sebelah mata.
 
3. Allah menjadikan makhluk di alam ini berpasang-pasangan. Kaum wanita dijadikan pasangan untuk kaum lelaki. Dari segi tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, Allah tidak membezakan antara lelaki dan wanita dalam memberi ganjaran amal soleh yang telah dilakukan. Ini diterangkan dalam Surah An-Nahl ayat 97.

 
4. Kaum lelaki diamanahkan untuk melindungi kaum wanita. Tanggungjawab ini seiring dengan sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah. Kaum lelaki perlu  memahami kehendak dan keperluan wanita. Allah berpesan kepada kaum lelaki yang mereka adalah pemimpin kepada kaum wanita seperti di dalam Surah An-Nisa ayat 34.
 
 




 
5. Islam mengangkat martabat wanita.
 
6. Terdapat ekploitasi dari kaum lelaki ke atas kaum wanita. Kita akan sedih dengan berita wanita diperkosa, didera secara fizikal dan juga mental. Tetapi terdapat kaum wanita sendiri yang rela dieksploitasi dan menjadi bahan iklan murahan, akibatnya semakin ramai kaum lelaki yang mengambil kesempatan. Oleh itu, untuk menjaga martabat kaum wanita, perubahan sikap perlu bermula dari kaum lelaki yang sepatutnya menjadi pemelihara dan pelindung kepada kaum wanita. Serta kaum wanita sendiri perlu menghargai diri sendiri dan bangun menyatakan hak mereka. Orang beriman sahaja dapat memikul tanggungjawab ini. Tidak sempurna imannya jika tidak memelihara hak wanita walaupun sudah banyak amalan dan ibadah yang telah dilakukannya. Marilah bersama-sama menghormati hak wanita. Kebahagian kaum wanita adalah menjadi asas kepada kebahagian rumah tangga.
 

Comments