Assalamualaikum
Intipati dari Khutbah Jumaat dari Masjid Kampung Seronok, Pulau Pinang pada hari ini 01/02/2012.
1. Praktikkan Islam secara total. Dari surah Al baqarah ayat 208 “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kesuluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.
2. Jaga maruah islam. Nila setitik rosak susu sebelanga.
3. Jaga kesucian agar tidak dipandang serong oleh non-muslim. Hayatilah islam sepenuhnya.
4. Mengapa umat islam tidak dipandang tinggi di mata dunia? Kerana mengamalkan Islam hanya dalam ibadat tapi tidak dalam kehidupan harian.
5. Contohi akhlak Rasulallah, yang tidak pernah keluarkan kata kesat atau maki hamun.
6. Islam anjurkan sabar dan berbahasa secara lembut.
7. Tutuplah aurat dan menjaga maruah.
8. Berdosa jika muslim sendiri memperkecilkan agama Islam.
9. Orang non-muslim mengukur Islam daripada penganutnya. Kalau baik, baiklah dari pandangan mereka dan kalau jahat, jahatlah dari pandangan mereka.
10. Baca dan pelajarilh kisah kehidupan Rasulallah supaya timbul rasa cinta pada beliau.
11. Pastikan ibadat dan kehidupan kita berlandaskan Islam.
12. Makmurkan rumah Allah dengan ibadah berjemaah.
Comments
Post a Comment