Tumpang tidur di Staybridge Suites, Austin Texas

Assalamualaikum,

Hmmmm...orang semua sibuk nak pilihanraya, saya pulak sibuk nak share pasal hotel. Takpa la kan. Tetiap hari bercerita pasal pilihanraya pun bosan jugak. So ini cerita saya for today. Selamat membaca.

Semasa saya di Austin pada bulan April yang sudah (saya attend conference time tu), saya ditempatkan di Staybridge Suites. Saya tiba di Staybridge pada pukul 3 pagi selepas lebih 36 jam perjalanan dari Malaysia. Letih nak ma*p*s. Honestly bila saya jejak jer kaki ke Austin Airport, tempat pertama yg saya cari ialah toilet. Kenapa? Rasa nak muntah. Saya muntah semahunya. Habis isi perut. Kepala rasa pening (tak cukup tidur) and badan rasa sangat letih. Rasanya sepanjang 36 jam perjalanan tu (door to door), langsung tak dapat tidur. So, rasa lega bila dah sampai ke tempat penginapan. Badan dah letih,mata dah tak larat nak dibuka, jadi bila dah dapat tilam empuk, rasa syukur sangat. Finally dapat rehat...

Ini la “rumah” saya untuk 2 minggu. Bilik saya sederhana saiznya. Tapi apa yang saya suka, bilik ni dilengkapi dapur, peti ais, microwave,dan dish washer. Jadi boleh la memasak. Tak payah la nak keluar makan luar tetiap hari. Sebelum travel ke Austin tu, saya sempat beli satu buku sabun taharah. It’s my mom’s idea. A very good idea. Bolehlah saya samak dulu segala pinggan mangkuk and utensils yg diprovidekan hotel. So, boleh diguna tanpa was-was macam barang keluaran Zaitun zaman dulu-dulu tu..hahahah..









Satu saja yang saya tak suka dengan bilik tu, aircond unitnya bunyi kuat sangat. Tak selesa. Jadi apa yang saya buat, saya setkan room temp at auto. Kalau auto temp bilik akan dimaintainkan pada 24 deg celcius. Jadi aircond unit tu akan hanya start operating kalau suhu tinggi dari24 deg. Selalunya payah suhu bilik lebih 24 deg sebab kat luar nak cecah 20 degpun susah. Jadi aircond tu tak la blowing sepanjang masa. Senyap la sikit.

Other facilities yang ada kat sini ialah laundry room, gym and swimming pool. Kesimpulanya sama ja dengan hotel-hotel di Malaysia. Teringin jugak nak gi swimming. Tapi memandangkan cuaca sejuk, dan tak mau masuk hospital kat sana, idea gi swimming to dicancelkan ja la. Ada free breakfast. Honestly saya tak sure varieties untuk breakfast macam mana. Saya tak pernah turun walaupun sekali for breakfast. Selalunya, for breakfast, saya bancuh hot chocolate di bilik dan makan sedikit bekalan kuih dari Malaysia. I’m not a heavy breakfast person, jadi makan minum secara ala kadar dah mencukupi. Tak cerewet. Itu yang wife saya sayang kat saya tu...saya ni low maintenance. ..agaknya la, wife saya mungkin tak bersetuju dengan statement saya tadi..hihhhiiihh. Overall, tempat tu comfortable, facilities yang ada mencukupi. Ohh..lupa nak cakap...ada free wifi. Very fast. Setakat nak tengok Running Man kat Youtube tu tak ada masalah la...

Selalunya kalau kita Malaysian ni travel oversea, saya rasa  kita tak perlu bermewah sangat dengan tempat untuk menginap. Ini personal opinion. Orang lain mungkin ada buah fikiran masing-masing. Duit yang lebih tu boleh diguna untuk travelling (minyak kereta,sewa kereta, tol), makan, and importantly beli souvenir (yang mana ada wife, beg Coach rasanya dah jadi kemestian..huhuh..pokai la para husband). Tapi kalau dah mampu untuk bermewah, apa nak dikata.

Kat bawah ni saya share a few more pictures of Staybridge Suites. All pictures were taken during night time. Enjoy...









Comments

  1. Tempatnya nampak bersih dan kemas..
    Bawa kuih apa dr msia tu? Cukup bersarapan sampai dua minggu? Plan cukup bagus nampaknya, siap dgn sabun taharah lagi.. Really great..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bawak banyak kuih bahulu ngan penderam. Banyak stock :)...memang lebih dari cukup. Nanti ke korea tu jgn lupa bawa sikit bekal, rasanya makanan halal payah nak cari kat sana..

      Delete

Post a Comment