Kuliah Maghrib Ustaz Kazim Elias - sayangkan anak tangan-tangankan

Assalamualaikum, 
Malam tadi, 11/5, saya berkesempatan menghadiri kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Kazim di Masjid Al-Hidayah, Jalan Baru, Perai. Bukannya apa, topicnya bagus dan relevan kepada saya seorang abah. Disini saya cuba sharekan serba sedikit intipati yang saya dapat tangkap dan tulis. Topicnya "Sayangkan anak tangan-tangankan".

Kenapa anak anak bermasalah dan apakah cara atau usaha untuk kita sebagai ibu dan bapa menanganinya? Ada 4 puncanya.

1. Apa yang kita sebagai ibu bapa alpa ialah tanggungjawab kita mendidik dan membekalkan agama pada anak-anak. Segalanya perlu menjurus ke jalan agama. Solat kena ada. Solat tak boleh tinggal. Amalkan membaca Al-quran, jangan tinggal amalan membaca Al-Quran.

2. Bincang sesama suami isteri apa salah kita, apa dosa kita selama ini kerana dosa-dosa ada kesannya kepada anak-anak kita. Dosa sebelum kahwin, dosa sesudah berkahwin, bincangkan.  Jadi bertaubatlah nasuha, kerana dosa kita dulu ada kesannya pada anak-anak kita, atau cucu cicit kita kelak.

3. Makan dan minum. Jgn salahkan anak kalau anak degil atau bermasalah. Rezeki mestilah halal dan perlu beramanah serta bersungguh dalam bekerja. Jgn jadikan pendapatan itu syubahah. Duit pusaka yang tidak diagihkan secara betul juga boleh mendatangkan masalah pada anak atau cucu. 

4. Ibu dan bapa bersikap tidak tegas dalam mendidik anak-anak. Walaupun salah, langsung tak tangan tangankan. Kalau dah 10 tahun, kalau tak sembahyang, rotan (jgnlah sehingga memudaratkan). Jgn rotan anak-anak kurang dari umur itu. Pentingkan solat dan bukannya puasa buat anak-anak yg masih kecil. Sayanglah anak anak tapi tegas dlm hal agama, tegas dlm hal akhlak. Jgn percaya bulat-bulat apa yg anak buat. Ibu dan bapa perlu ada sikap mengambil berat dan mengambil tahu apa yang anak-anaknya buat.

Dibawah ini Ustaz Kazim ada share petua dan doa untuk membantu kita dlm mendidik dan menangani anak-anak bermasalah.

1. Surah As-Shura ayat 19.  Letakkan tapak tangan kita dia atas ubun-ubun anak dan baca ayat tadi ketika mereka tidur. Sesuai untuk anak-anak yg degil. 


2. Ambil sehelai rambut anak, genggam dan baca ar rahman dan ar rahim sebanyak 1000 kali. 

3. Surah Yasin ayat 82. Ini untuk semua hajat. Berhenti pada "kun" kemudian doa meminta apa yang dihajati dan sambung dan akhiri dengan "fayakun".


Harapnya sharing ini dapat memberi manfaat pada yg membaca...

Comments

  1. memang banyak cabaran jadi ibu bapa, kan?
    jom cuba amalkan sebaik mungkin nasihat ni....

    ReplyDelete
  2. Mohon share. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalammualikum ase nye x susah kalau ibu bapak ni jujur seadanya pada anak2....iklas ngan anak dan ibu bapak x penting kan diri sendri dan ego.....dan yang pasti nya bukan salah anak-anak 100% allah dah kata kalau dari awal hingga akhir nya sentiasa mendidik anak2 bukan secara paksa mendesak hingga membuat anak memberontak dalam diri mereka didik dengan iklas....tp skali ibu bapak membohong dan menipu anak2 akan pasti anak2 akan mengikut begitu juga fikir kan la......

      Delete
  3. tq share .. mmg nak mendidik anak sekarang satu cabaran yg besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...saya sangat setuju. Berat tanggungjawab tu...

      Delete
  4. anak kami bagi nasihatpun degil dan memberontak, suka pulang lewat malam, blh sya baca ayat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah mencuba. Lagipun itu utk anak sendiri. Jgn patah semangat.

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini. :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih ats ilmu yang dikongsikan

    ReplyDelete
  7. SHARING YANG SANGAT BAGUS.TQ

    ReplyDelete
  8. Ilmu bermanfaat.. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment