Assalamualaikum,
First cycling event for 2023
Dah bertahun lamanya aku tak join any cycling event. Walaupun ada a few events yang menarik dalam tahun 2022 ni, but for no particular reason, I just don't feel like doing it. Tapi ada 2 events yang aku teringin nak ulang buat. First, the round island cycling event. The one and only time aku join cycling round island ni was way back in 2018. Back then, my younger self completed the loop in 3 hours 49 minutes. Aku ingat lagi aku kayuh my Dahon Dash Altena, a 20" basikal lipat to complete that 82km loop. Penat sungguh. Tapi puas hati sebab dapat completekan that event. Back then, aku takut aku pancit dan tak dapat kayuh habis. Bila dapat sampai finishing line aku rasa lega sungguh. That was my longest ride and still is until now. 3 days from now, 2nd January to be exact, aku akan participate in my second round island event. Kali ni aku tobat tak nak kayuh guna basikal lipat dah. Kali ni, I'm going with a proper bike. I'll take my Merida Speeder 400 (nicknamed Emily Jean Stone). Aku agak nervous sikit sebab my Emily ada sedikit masalah to downshift, a problem yg aku detected 2 days ago. Tak ada masa aku nak hantar for repair, so ada risk during the event yg aku tak cukup gears during climbing. That is a risk I'm willing to take, memandangkan option lain yg aku ada ialah guna my 10 speed 16" folding bike. Aku akan cuba repair sendiri in the next couple of days. Kalau problem masih tak selesai, aku dah made up my mind untuk still ride with Emily. No turning back.
Event kit pun aku dah ambil. Jersey kainnya selesa, design so-so je lah.
Second event yg aku nak repeat ialah kayuhan 2 jambatan. Last event ni aku join back in 2019. Lebih kurang 65km, bermula dari Queensbay Mall di pulau, kemudian ke jambatan pertama untuk ke mainland dan dari mainland sana tu kembali ke Queensbay Mall di pulau melalui jambatan kedua. Jadi cover both bridges. Bukan senang nak dapat peluang nak kayuh di atas both jambatan Pulau Pinang tu. Tapi ini mungkin kali terakhir aku join kalau organizer tak turunkan registration fees. Fees dia mahal sungguh. Untuk kali ni, aku pejam mata dan bayar je. But, it might not be the case kalau still mahal in the future.
4,000km selesai...
Last week, aku dapat target 4,000km cycling distance aku untuk tahun ni. Untuk tahun depan, aku tak nak set a target. Aku akan just go out and ride. Reason behind it? Ada beberapa life changing decisions yg aku plan nak ambil untuk next year, which may or may not impact hobi aku yg satu ni.
Beverly
Aku ada beli basikal lipat yg baru. 16" with 10 speeds. First ride aku ialah ke masjid untuk solat Jumaat. This will be my multipurpose bike, yg aku guna untuk ke kedai, surau, masjid, beli goreng pisang, pegi gerai mee kuah pak sharif etc. This will be my travelling bike as well, basikal yg aku akan usung bila balik ke kampung supaya aku still dapat kayuh. Plan untuk usung to holidays as well. Due to all those reasons, aku pilih a 16" foldie sebab bila dah dilipat, ia agak compact. Itu plan aku la, to keep myself as active as possible while heading into my twilight years.
Nama pun aku dah pilih. It's Beverly.
Comments
Post a Comment