Kayuh - Mei 2022

 Assalamualaikum,

Kayuh

Kalau dulu, aku selalu guna title Cycling Distance Target untuk bercerita tentang target berbasikal aku untuk tahun-tahun yang lepas. Fokusnya untuk update mileage yang aku dah dapat versus target aku untuk tahun tersebut. Tapi untuk tahun ni, aku nak tukar sikit title tu. Bukannya apa, aku ada rasa yang aku ni agak taksub dengan target mileage aku tu sampai kekadang tu aku terlupa kesoronokan berkayuh ni. Asyik nak kejar mileage jer. Capai jer basikal, mileage ler yang bermain dalam kepala. Nak kejar masa sebab nak dapatkan sebanyak mungkin jarak tu. Memang tak dinafikan masa yang aku ada untuk berbasikal ni tak berapa banyak, jadi memang kena guna masa yang ada tu dengan sebaik mungkin untuk kejar mileage. Tapi aku nak tukar sikit untuk tahun ni. Tak nak terbeban dengan perasaan nak dapat mileage tu. Nak keluar berbasikal tu dengan lebih rasa tenang dan seronok. But don't get me wrong, target untuk berbasikal sejauh 4,000km untuk tahun ni masih kekal. Itu motivation aku untuk keluar dari rumah, kayuh dan keep my health in check. Let see how it goes.

Berbasikal ke Setia Fontaines

Aku dapat tahu tentang tentang tempat ni beberapa tahun yang sudah. Time tu aku sengaja survey rumah setingkat. Mungkin boleh dijadikan rumah pencen nanti. Senang nak maintain bila hanya setingkat. Tak payah la nak susah naik tangga bila dah tua nanti. Awal tahun ni, Setia Fontaines tu jadi viral disebabkan Heritage Park kat situ. Cantik tempat tu. Aku ada bawak family ke sana, untuk tengok rumah dan suasana sekitar projek dan importantly Heritage Park tu le. 

Ada sekali tu terdetik nak kayuh ke Setia Fontaines dari rumah aku, just nak hang out dekat sana tu, enjoy the scenery. Ini hasilnya selepas berkayuh lebih 60km pergi dan balik.











Senja

Setakat bulan Mei, mileage aku untuk tahun ni agak rendah. Dapat 1,235km jer. Aku tak dapat kayuh di atas beberapa sebab. Antara sebabnya ada kat bawah ni. Banyak kali aku kena ke hospital, untuk 3 jenis appointment yang berbeza. Dari bulan Februari sehinggalah bulan April. Atas arahan doktor, aku tak dibenarkan kayuh untuk seketika. Tapi aku ada ada curi-curi kayuh gak, tak jauh, cuma nak lepaskan gian. Tapi to be honest, it was a stupid thing to do. Kalau jadi apa-apa, kan susah.



Tapi sekarang alhamdulillah semua dah ok. Harapnya tak jadi lagi. Kali pertama jadi was on the morning aku sepatutnya naik flight ke Shanghai. Itu pada tahun 2018. Terpaksa batalkan trip tu. Feb 2022 ni kali yang kedua. No repeat please, amin.

Comments