Cycling distance target for 2020 - ke laut jadinya...

Assalamualaikum,

Sebelum saya continue with my write up, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sanak saudara serta rakan taulan yang mengenali diri saya serta semua umat Islam yang meraikannya di seluruh negara atau di mana juga anda berada. Semoga kita dapat menyambut Aidiladha pada tahun ini dalam keadaan selamat dan semoga dihindari dari bahaya. Ambillah peluang ini untuk bergembira bersama sanak saudara dan rakan taulan sepanjang Aidiladha ini.

Seperti tahun-tahun yang lepas, saya akan set target untuk sejauh mana saya nak kayuh dalam tahun ni. Asalnya saya target 3,000km. Sama seperti tahun sudah. Tapi bila aktiviti berbasikal tak dibenarkan pada awal PKP/MCO ni, apa yang saya rancang semuanya dah terbengkalai. Setakat hari ni, saya hanya dapat kayuh sejauh 1,221km. Dah nak masuk bulan Ogos, tapi half distance pun tak sampai lagi. 2020 hanya berbaki 5 bulan. Kalau dikira secara kasar, saya masih ada 20 minggu untuk cukupkan 3,000km. Ini bermakna, bermula minggu depan jer saya kena berkayuh sekurang-kurangnya 89km setiap minggu sehingga ke hujung tahun.




Perit jugak tu. Ada ke masanya? Sempat ke nak sampai target? Personally saya rasa cukup susah. Tapi deep down mungkin still achievable. Cuma lepas ni saya kena pandai curi-curi masa. Nak kena minta kebenaran dari wife untuk bagi lesen kayuh tiap-tiap hari. Tak kira pagi, petang, siang atau malam. Bila ada masa, capai jer basikal and kayuh. Harapnya dapat la capai target 3,000km tu...


Comments