Bila abah masuk dapur untuk memasak time pkp / mco

Assalamualaikum,

"Kari ayam Abah tak sedap". Teringat lagi bila anak-anak complain masakan aku tak sedap. Dah lebih 4 tahun kejadian tragis tu berlaku. Time tu wife kena kerja malam dan maid balik kampung. Jadi aku yang kena masak. Kari ayam aku tak menjadi. Sedih bila anak-anak complain tak sedap. Terasa hati. Time belajar dulu memang kerap aku memasak untuk diri sendiri dan housemate. Tapi bila dah kahwin ni, memang dah amat jarang aku memasak. Skill tu memang dah lama tak berasah, banyak yang aku dah lupa. Sukatan bahan pun banyak aku dah tak ingat. Fast forward ke bulan 3 tahun 2020 ni. Nak tak nak aku perlu turun ke dapur dan aku kena memasak masakan yang sesuai dengan selera anak-anak aku yang tak ke sekolah disebabkan Covid-19. Ini lah masanya aku cuba buat sendiri masakan yang menjadi kesukaan anak-anak aku kat rumah tu. Contohnya sago gula melaka kat bawah ni. Ini aku buat sendiri, jangan tak percaya pulak.


Sepanjang PKP / MCO ni aku bekerja dari rumah, work from home (wfh) kata omputih. Wife kena kerja. Tinggal aku dan anak-anak sepanjang hari di rumah. Kadang-kadang malam pun wife tak balik, jadi aku la yg uruskan semua hal rumah tangga.  Semenjak tahun 2020 ni, aku dah tak ada maid. Dah tak ada keperluan untuk ada maid bila anak-anak semuanya dah masuk sekolah. Jimat duit aku bila dah tak ada maid ni. Boleh rasanya beli basikal sebijik lagi ni. Hati pun lapang bila tak ada maid.

Semasa PKP / MCO ni aku busy la jugak. Mana taknya, kerja nak kena buat, dateline nak kena meet, isu kerja nak kena settle, attend mtg conference call yg tak kira siang atau malam, rumah nak kena kemas, baju nak kena basuh, sidai dan lipat, kelas online anak-anak aku kena monitor, kerja dan assignment anak-anak aku kena tolong, nak kena layan kerenah wife lagi dan ultimately aku kena memasak untuk anak-anak. Aku la abah, aku la mama, aku la bibik, aku la pekerja kilang, aku la cikgu sekolah dan cikgu tuition, aku la chef, aku la segala-galanya. Jenuh dibuatnya. Kedai jual lauk banyak yg ditutup sepanjang PKP / MCO. Takkan nak order KFC, McD dan Pizza jer. Gemuk la aku. Mau kopak aku kalau asyik order makan dari luar. Dah ler aku keja kilang jer. Sekali order luar, mesti dah nak dekat RM50. Aku pasang azam untuk memasak sekerap yang boleh. Lagipun aku memang tak nak banyak interaction dengan manusia kat luar time Covid-19. Aku tak nak bahayakan anak-anak kat rumah ni.

Aku tau yang banyak skill memasak aku dah takde. Terlalu lama tinggalkan aktiviti memasak ni. Memang berkarat. Jadi apa yang aku buat ialah cari resepi. Jenuh aku melayan internet nak cari resepi. Selepas mencuba beberapa resepi di awal PKP / MCO ni, aku tau tekak anak-anak aku ni sesuai dengan resepi dari dua blog ni, Azie Kitchen dan Buat Orang Lapo. Blog Buat Orang Lapo tu siap ada youtube channel lagi. Memang cantik presentation dia, gambaq-gambaq pun lawa dan importantly senang nak faham. Aku memang cuba sedaya upaya follow resepi dari blog-blog tu secara total, 100%. Kadang-kadang jer aku akan cuba improvise bila ada ingredient yang tak ada kat rumah atau bila ingredient tu boleh sebabkan aku allergic. Start kat bawah ni ada beberapa jenis makanan yang aku masak sepanjang PKP / MCO ni.

1. Nasi tomato

Ini masakan yang sangat dekat di hati. Ini resepi bukan dari blog Azie Kitchen dan blog Buat Orang Lapo. Ini my mom punya resepi. Nasi tomato ni my mom akan masak setiap kali hari raya. Kalau giliran aku dan adik-beradik yang lain balik ke kampung pada hari raya, mak akan bangun sebelum subuh untuk start masak nasi tomato untuk kami semua. Sebelum solat raya, kami anak-beranak akan bedal nasi tomato seround dulu. Kadang-kadang balun dua round siap. Anak-anak aku pun peminat setia nasi tomato Tok depa ni. Masing-masing memang tunggu jer nasi tomato ni. Dalam first day raya tu, anak-anak aku ni berulang-ulang kali makan nasi tomato. Tak jemu-jemu. Tambah pulak my mom sediakan nasi tomato tu dengan ayam masak merah dan gulai daging. Memang anak-anak aku suka la.

Raya Puasa tahun 2020 ni lain sikit. Nak balik ke kampung di Kedah tak dibenarkan. Rentas negeri tak boleh untuk elak berlakunya penularan Covid-19. Jadi aku anak-beranak beraya kat rumah jer di Pulau Pinang ni. Jadi untuk dapatkan feel raya, aku bagitau anak-anak yang aku akan masak nasi tomato during raya. Seronok depa. Excited. Time tu aku dah start tanya mak tentang cara nak masak dan bahan-bahan yang perlu. Berkali-kali aku call dan buat video call untuk timba ilmu. Tiba malam raya, aku ada minta wife aku untuk tolong masak ayam masak merah dan aku concentrate masak nasi tomato jer. Waktu tu aku terasa pressure takut  kalau aku masak kedua-dua sekali dan dua-dua tak menjadi, habis kami sekeluarga nak makan apa time raya. Tapi wife aku nak aku masak kedua-duanya. Ok lah, time tu memang gabra habis. Tapi aku akan cuba buat yang terbaik.

Selepas selesai imamkan keluarga aku untuk solat raya, jadi khatib baca khutbah, bergambar serba sedikit dan buat video call dengan adik-beradik dan mak dgn abah di kampung, aktiviti memasak pun bermula. Bahan-bahan semua aku susun elok. Time masak tu berkali-kali aku telefon mak, minta guidance. Memang aku tak nak screw up. Wife aku entah kenapa berubah fikiran. Dia volunteer nak masak ayam masak merah. Jadi aku memang concentrate nasi tomato jer.  Alhamdulillah, nasi tomato menjadi. Tak sebaik seperti mak aku masak, tapi the taste was there. Within one day satu periuk habis licin. Feel raya tu ada.



2. Sago gula melaka

Aku tahu anak-anak aku suka sago gula melaka. Tapi selalunya makan di luar dan tak pernah dibuat di rumah sendiri. Jadi ini first time buat di rumah sendiri. Aku buat ni semasa di dalam bulan puasa. Wife ada tanya kenapa buat banyak sangat? Takut tak habis especially di dalam bulan puasa. Tapi anak-anak aku punya suka, within 2 days semua habis. Tersenyum aku.




Hari ni, iaitu hari yang sama aku tulis post ni, aku ada tanya anak-anak nak ke sago gula melaka lagi?  Abah nak buat ni. Bila masing-masing excitedly jawab nak, bertambah semangat aku ni nak buat. Insyaallah weekend ni ready.

3. Ayam panggang ala Kenny Rogers

Ini aku sendiri yang teringin. Aku memang suka baked chicken atau ayam panggang. Healthy dan sedap. Aku selalu makan di office. Bila terjumpa resepi memang aku terus nak try. Ini sedikit gamble, sebab tak sure anak-anak aku akan suka atau tak. Tapi aku proceed jer dengan harapan anak-anak suka. Aku beli drumstick semata-mata nak masak ni. Bahagian lain tak nak. Ini pun aku buat time bulan puasa.



Alhamdulillah anak-anak aku suka. Tapi anak yang kecik sekali tak nak. Rasa pun tak nak. Mungkin tak biasa tengok kut. Since first time masak ada mendapat sambutan, aku repeat masak lagi sekali. Tapi kali ni aku masak guna pemanggang ajaib instead of oven. Saja nak try. Tapi personally aku suka taste yang guna oven. Pemanggang ajaib punya tak berapa best walaupun ingredient sama.


4. Kambing panggang

Ini tak payah cerita panjang. Kambing beb. Kegemaran seisi keluarga. Insyaallah akan repeat buat dalam masa terdekat.




5. Kek batik

Ini pun personal favorite. Aku sendiri yang teringin. Anak menakan aku selalu buat bila dia balik raya kat kampung. Memang aku kerja ulang makan jer. Ini resepi anak menakan aku la ni. Another dish yang aku buat semasa bulan puasa. Tapi ada sedikit larat. Jenuh aku mencari biskut marie semasa pkp / mco ni. Memang sangat susah nak dapat. Merata kedai aku cari. Agaknya orang lain pun buat kek batik jugak kut. Entahlah. In the end dapat jugak. Tapi biskut marie coklat. Akhirnya tak jadi colour kek batik ler jawabnya. Satu warna jer, coklat. Tapi taste sama. Time ni la aku punya daily calorie intake naik mencanak. Mana taknya, asyik bedal kek batik. Habis satu dulang.




That’s it, sedikit sebanyak highlight makanan yang aku masak sepanjang PKP / MCO ni. Ada banyak lagi masakan yang aku dah cuba, cuma tak larat nak share semua. Those five are my personal favorite. Dah ada plan nak explore beberapa jenis masakan lagi. Cuma nak cari masa yang sesuai untuk buat. Mungkin boleh share in part 2...

Comments

Post a Comment