Assalamualaikum,
Last week (8 Julai 2017), saya berkesempatan bawa my mom and dad ke Balik Pulau. Our main mission ialah mencari durian musang king. Dah bertahun-tahun tak makan durian musang king ni.
Our default kedai untuk mencari durian musang king ni ialah kedai Durian Cap Kaki. Kalau ada yang berminat nak tahu dengan lebih detail kedai ni, boleh la click link di bawah ni.
Kami pergi pada hari tu full with excitement. Mana taknya, dah lama tak pekena musang king ni. Isinya yang kuning dan tebal tu dah terbayang-bayang di kepala.
But, all those excitement bertukar jadi kecewa yang teramat sangat. Sebabnya? Harga durian musang king untuk tahun ni ialah RM70/kilo! I repeat, RM70/kilo.Just imagine satu biji durian musang king yang saiznya seperti yang my dad pegang dalam gambar di bawah ni harganya dah RM90 selepas ditimbang. RM90!
Jenuh saya tepuk dahi. Hasrat nak makan durian king on that day kami terpaksa kuburkan. Tak sanggup rasanya nak keluarkan duit RM90 untuk satu biji durian. Yang menulis ni bukannya jutawan, hanya seorang warga kilang jer. Tak sanggup...In the end, makan durian kampung je la...
So, fellow durian lovers out there, if you still want to satisfy your craving for musang king, make sure you bring along a briefcase full of money. Credit card is not accepted. Good luck!
Comments
Post a Comment