Kayuhan D'Sawah Edisi 3.0 2016 - Satu pengalaman..

Assalamualaikum,

Pada 31/01/2016 yg sudah, for the first time aku dapat join event kayuhan MTB. Dah lama teringin nak join event macam ni, tapi banyak halangannya. Hal itu lah, hal ini lah. Bila dah nampak peluang yg event ni aku boleh join, aku plan baik-baik masa aku tu utk able to fit in this event.

Selesai solat subuh pada pagi 31/01 tu, aku dah mula getting ready utk mula berkayuh ke starting line. Yup, instead of bundling my Merida into my car and drive to the starting line, aku decided yg aku akan kayuh dari rumah. Malas la nak masukkan Merida aku tu ke dalam kereta. Kena tanggal tire la, nak kena lapik la, itu la, ini la. Leceh...lebih baik kayuh je terus ke starting line. 

Bila hampir sampai ke starting line iaitu di bangunan MPSP di Bandar Perda, dari jauh aku nampak cantik pula bangunannya. Hari pun masih agak gelap. Matahari baru ja nak keluar. Cantik pagi tu...



Menjelang pukul 8 pagi, semua cyclists getting ready utk acara perlepasan atau flag off. Dari info yg aku dapat, hampir 200 orang yg daftar for the event.

Walaupun official attire pada hari tu ialah t-shirt berwarna hijau, tapi aku tengok ramai je cyclists yg pakai jersey sendiri atau jersey kumpulan masing-masing. Ada satu group tu serba merah, a team dari Penang airport kalau tak silap aku.





Selesai flag off, masing-masing terus bergerak. Ada yang laju, ada yang controlling their own paces dan ada yg santai. Memandangkan ini first time aku join event yang semacam ni, aku tak tahu macam mana nak pace kayuhan aku. Teringin nak join first group yang dah jauh dihadapan, tapi takut aku yang pancit. Nak habiskan lebih kurang 24km (tak termasuk distance yang aku kayuh dari rumah), kena pandai manage energy. So, aku stick to original plan aku untuk kayuh pada kelajuan yang aku comfortable with.

Tak dapat aku nak share gambar semasa tengah berkayuh. Terlalu sibuk managing pace aku, sampaikan tak sempat nak bergambar. Sepanjang 24km tu, ada 2 kali kayuhan diberhentikan. Ini dibuat supaya group yang dibelakang dapat dikumpulkan kembali bersama group yang didepan, supaya lebih senang penganjur nak manage all of the participants.

Bila berhenti ni la baru aku sempat ambil gambar sikit. Yang dibawah ni di sebatang pokok di tengah-tengah sawah padi. Alhamdulilah dapat berteduh sekejap sebabnya hari tu panasnya, Tuhan saja yang tau. Panaih lit-lit kata oghang Kedah.



Gambar di bawah ni pula di tempat kedua kami berhenti. Di sebuah jalan kampung. Memang jalan tu diconquer oleh geng cyclist ni. Penuh...


Yang dibawah ni gambar selepas selesai kayuhan 24km tu. Masing-masing tengah berehat. Ada band tengah main lagu kat belakang tu. Ada lucky draw, tapi aku malas nak tunggu. Lepas sampai di garisan penamat tu, aku rehat for a good 30 minutes and then cabut. Nak kayuh balik ke rumah lagi. Kalau tunggu lebih lama, hari pun akan jadi lebih panas.


So, all in all, pada pagi 31/01 tu, aku covered 32km. 24km untuk event dan 8km utk pergi dan balik dari starting line tu. Letih? Memang letih...


Hopefully aku ada peluang untuk join other events. Dapat kawan baru, dapat explore tempat yg selama ni aku tak pernah pergi, dan dapat ilmu baru.

Satu benda yang aku belajar...semasa menunggu event bermula, aku dapat tengok cyclist yang pelbagai. Ada yang kurus, ada yang besar, ada yang muda, ada yang tua. Dan ketika tu, aku dapat bersembang dengan seorang cyclist ni yang sudah agak berumur. Dia beritahu aku yang dia sudah berumur 50 lebih. Dia inform pada aku bagus kalau start berkayuh ni dari usia yang muda. Dia inform aku yang dia start lambat, start pada usia yang dah agak lanjut. Terdetik di dalam hati aku yang aku mungkin tak ada masalah untuk keep up to pace atau outpace dia yang sudah berumur 50 lebih. Dalam hati aku sure kacang jer nak kayuh lebih laju dari dia. I have the perception that orang yang berumur tu sure tak boleh keep up dan senang aku nak "makan". 

But, I WAS WRONG! Rupa-rupanya dia yang set the pace untuk semua other cyclist. Flag off saja, dia yang terus ke depan. Laju nak mampus dia kayuh! Yang aku ni terkial-kial nak keep up. Memang tak terkejar. Malu aku kalah kepada orang yang sudah masuk 5 Series. Perception aku salah. Respect sungguh aku pada dia.

Moral of the story. Kita mungkin ada perception terhadap orang lain. Orang tu tak ada degree, kita anggap dia bodoh dan tak tahu nak buat kerja. Orang tu kaya dan berduit, kita ingat dia pecah amanah dan makan duit orang. Bermacam perception. Tapi semua yang kita anggap kita betul tu, mungkin salah sebenarnya. To make it worse, due to perception, kita sebarkan benda tak betul yang berbaur fitnah pulak. Dah la pahala tak banyak, siap tambah dosa lagi. Dosa dengan Allah, kita boleh minta ampun dari Nya. Tapi kalau buat fitnah kepada orang, kena minta maaf direct dari orang yang difitnah. Buatnya dia tak maafkan, atau kita ni yang mati dulu sebelum sempat minta maaf, jangan harap la nak cium bau syurga....

Ok, that's it for this post. Insyaallah, kalau berpeluang lagi masuk event MTB ni akan aku sharekan disini. Till then, adios....

Comments