Assalamualaikum,
Dalam masa 2 minggu lebih lagi, kita yg beragama Islam ni akan menyambut datangnya Syawal. Dah tak lama tu. Pejam celik, pejam celik jer tibalah hari raya yg ditunggu tu nanti. Memandangkan hari raya tu akan jatuh di pertengahan bulan, di mana wang yang berada di poket tu sudah agak berkurangan, jadi saya nak syorkan rancanglah perbelanjaan raya anda. Rasanya masih sempat nak buat plan perbelanjaan time raya nanti.
Saya pun baru sekejap tadi selesai mengadap Excel untuk buat budget raya. Saya cari dan korek berapa wang yang available untuk dibuat belanja dari gaji bulan ni (jangan sesekali keluarkan duit saving untuk beraya yer....amaran keras ni..). Maksudnya, belanja sekadar yg mampu. Kemudian, saya listkan ke mana duit tu akan dikeluarkan. Contohnya, duit akan keluar untuk diberi pada mak, abah, anak-anak, anak-anak menakan, duit minyak, duit tol, duit nak berbbq, duit berbelanja di kampung etc etc. Selepas list ke mana duit tu nak keluar (kena detail listnya....kalau tak detail susah la sebab terlalu banyak unknownnya), baru la saya setkan jumlah yg nak dikeluarkan berdasarkan duit yg available dari gaji bulan ni.
Ayat penting di sini ialah, berbelanjalah ikut kemampuan. Tak perlulah nak berbelanja boros sangat. In the end, bukan orang yg lain suffer. Diri sendiri juga yg susah...siapa suruh...
Itu jer, selamat buat budget....
Assalam ajip,
ReplyDeletehuawaaaaaaaaaaa
minyak naek
tol nak naek
sudaaaaaaaaahhhh