Assalamualaikum,
Dah lama tak menulis ni. Sejak jadi Abah utk kali ketiga dan sejak kembali menjadi student ni, masa tu amat kurang nak buat extra curricular activity macam berblogging ni. Susah nak cari masa. Ini pun curi-curi masa untuk menulis.
Berbulan yg sudah, saya ingin mencuba menanam Pokok Kemboja Cina. Kebetulan di rumah adik saya ada sepokok pokok ni. Jadi bila saya berkesempatan ke rumah adik saya tu, saya pun meminta la dipotong rantingnya sikit supaya saya dapat cuba tanam di rumah saya.
Sampai ja ke rumah, experiment pun bermula. Saya tanam kedua-dua ranting tu. Lebih kurang seminggu ditanam, daun asal dah start luruh. Masuk minggu ketiga, daun-daun baru dah start tumbuh. Lebat juga daunnya.
Tapi sayang, satu ja yang bersemangat nak hidup. Satu lagi dah mati. Tak tahu kenapa. Tanah, baja dan air sama dgn yg satu lagi. Tak dapat nak cari root cause kenapa mati.
Kesimpulan yg dapat, pokok ni boleh ditanam dari ranting ja. Mudah. Sekarang ni tengah tunggu untuk berbunga ja....insyaallah, bila berbunga nanti, saya akan share a few pics here. Till then, salam...
Projek yang menarik.. saya suka gak berkebun gini.. tapi setakat ni kat rumah kami belum ada spesis tumbuhan hiasan ...cuma ada tumbuhan untuk masak.. haha.. yang terkini ialah cili padi.. seronok walaupun baru 7 biji buahnya
ReplyDeleteTumbuhan utk memasak tu pun idea best tu. Teringin juga nak try..
DeleteAssalam bro ajip,
ReplyDeleteseb baek satu tu tumbuh santek naaaaaaaaaa
Salam..tu la, satu pulak yg menjadi...harapnya berbunga elok..
Delete