Assalamualaikum,
Tajuk khutbah hari ni ialah "lembut lidah membawa padah".
1. Bila kita mula berbicara atau berkata-kata, kadang-kadang kita lupa akan batas agama. Sanggup memfitnah, berbohong dan secara sedar atau tidak sedar menyebarkan berita palsu tanpa sebarang selidik.
2. Jangan lupa yang niat itu tidak halalkan cara.
Al Hujrat ayat 11
3. Panduan berkomunikasi:
- Jgn merendah-rendahkan dan mencaci orang lain.
- Jgn sebarkan keaiban dan keburukan orang lain, walaupun ada niat yg baik.
- Jgn gelar orang dgn gelaran yg buruk.
- Jauhi prasangka, selidiki dulu dan jgn jadi agen sebar fitnah.
- Jaga lidah supaya tidak mendatangkan kemarahan orang lain.
4. Ingatlah, perbuatan kita ini akan dihisab di akhirat nanti. Bahayanya lidah ni sehinggakan orang yg banyak beribadat tetapi berbohong, kuat memfitnah, ibadatnya tu tak mampu menampung dosa lidahnya.
5. Berkatalah yg baik, kalau tidak ada yg baik untuk diperkatakan lebih baik diam sahaja.
Al Kahfi ayat 49
Betul2 menusuk di hati..
ReplyDeleteha ah....
Deletetersedar yg kadang-kadang tu mulut lebih laju dari otak...